Pelancaran Mentholatum Botanics yang di inspirasikan oleh alam semula jadi

 

Baru - baru ini syafierayamin.com berpeluang untuk menyertai The Butterfly Project untuk tugasan Februari tentang produk terbaru oleh Mentholatum berasaskan dan di inspirasi oleh alam semula jadi,
Mentholatum bukan sahaja menawarkan produk alam semulajadi dari bumi malahan menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik bagi setiap penggemar barangan kosmetik dan kecantikan. 

Botanics menggunakan bahan yang berkualiti dari pati herba seperti bunga dan daun-daun yang akan memberikan anda  pengalaman yang terbaik dimana Botanics hanya menggunakan bahan-bahan yang semulajadi. Bunga dan herba dipilih secara teliti untuk memberikan 'results' yang terbaik untuk kulit anda.

Jenis-jenis bunga dan herba sesuai untuk dijadikan teh harian disamping mencatikkan kulit wajah

Pencuci Muka dan Topeng muka Botanics yang berasaskan bahan semulajadi

Antara pengunjung dan bloggers yang hadir untuk memeriahkan Pelancaran Botanics

Antara pilihan produk Botanics yang sesuai untuk pelbagai jenis masalah kulit
 'The Pump Wash' berharga RM21.90/150ml dan mempunyai 2 jenis varian- Sesuai untuk mereka yang gemarkan pencuci muka jenis pam - hanya tekan dan ianya dapat mengawal jumlah penggunaan dan lebih berkesan membersihkan wajah anda secara efektif.

  1. Deep Clean Face Wash (Jenis PAM)
     Sesuai untuk kulit berminyak dan berkombinasi. Mengandungi Ylang-lang dan ekstrak tea tree sebagai bahan utama untuk mengawal minyak dan mencegah jerawat dan menenangkan kulit wajah.Haruman dari serai memberikan anda suasana yang tenang dan santai. 
  2. Moisturizing and Brightening Face Wash( Jenis PAM)
    Diformulasikan dengan minyak Rosehip yang kaya dengan Vitamin C dan ekstrak mutiara membantu untuk mencerahkan dan meningkatkan keserian pada wajah. Sesuai untuk semua jenis
'The Foam Wash' berharga RM 25.90/160ml  
  1. Oil & Blemish Control Foam Wash
    Sesuai untuk kulit berminyak dan berkombinasi, mengandungi Ylang-Ylang dan ekstrak Tea Tree sebagai bahan utama dan mempunyai Wild Pansydan bertindak secara efektif untuk merawat kecelaan pada wajah. Haruman dari serai boleh menenangkan anda setelah sekian lama berada di tempat kerja.
  2. Whitening Foam Wash
    Sesuai untuk semua jenis kulit. Mengandungi ekstrak Aloe vera dan Narcissus yang melembab dan pada masa yang sama mencerahkan kulit wajah anda. Aroma yang harum dari bunga ros dalam pembersih wajah muka anda.
The Sheet Masks, Topeng Wajah 22ml/keping ( RM6.90/satu)
  1. Anti-Oksida : Topeng wajah delima
  2. Merawat liang pori : Topeng Wajah Rosemary
  3. Mencerahkan :  Topeng Wajah Minyak Rosehip
  4. Soothing : Topeng Wajah Lavender
  5. Menghidrasi : Topeng Wajah Aloe Vera

Pencuci Muka (100g)
Pencuci Muka Botanics amat sesuai untuk sesiapa yang lebih suka jenis tiub dan 'squeeze' yang bertindak membersih muka secara efektif. Terdapat 4 jenis pencuci muka Botanics (100g) yang berharga RM14.90 setiap satu.

  1. Deep cleansing face wash( mencuci muka secara mendalam )
    Bau haruman serai dalam pencuci muka ini untuk pembersihan secara mendalam. Mengandungi ekstrak Ylang-ylang dan tea tree serta campuran White tea dan olive tea yang membantu mengimbangi kulit berminyak malahan mencuci liang pori dengan lebih bersih. Ianya juga berfungsi untuk menghindarkan masalah kulit jerawat dan bintik hitam dan sesuai untuk kulit berminyak dan berkombinasi.
  2. Hydra Whitening Face Wash
    Diformulasikan dengan Arbutin Bearberry membantu untuk mencerahkan kulit. Mengandungi Agave yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen disamping melindungi kulit dari radiasi. Pencuci muka ini membantu menghilangkan kotoran dan kekotoran dalam kulit wajah yang berminyak namun ianya tetap mengekalkan keseimbangan air dalam kulit. Amat sesuai untuk semua jenis kulit.
  3. Hydrating Face Wash
    Haruman dari Jasmine akan menjadikan anda lebih tenan terutamanya pada kulit wajah anda. Pencui muka ini membersih secara mendalam dan mengekalkan hidrasi pada kulit ketika dibersihkan. Calendula dan Jasmin adalah bahan utama dan ditambah dengan Ekstrak Aloe Vera dan violet sebagai pelembab kulit. Ia juga membantu merawat kulit kering dan kulit sensitif. Sesuai untuk kulit kerin dan berkombinasi.
  4. Pore Refining Face Wash
    Orange Flower membantu untuk menghilangkan minyak dan kekotoran pada wajah. Mengandungi Rosemary dan Witch Hazel serta Lentil dan Green Tea untuk mengecilkan liang pori, mengawal lebihan minyak dan melawan jerawat disebabkan bakteria. Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit berkombinasi.
Secara keseluruhan : syafierayamin.com mengesyorkan Mentholatum Botanics bagi mereka yang mempunyai kulit wajah bermasalah dan ingin membeli produk yang mampu milik.

Mentolatum BOTANICS kini terdapat hanya di GUARDIAN buat masa sekarang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari.

Website : www.botanics.com.my OR www.facebook.com/botanicsmy

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com