Kulit cerah, cantik dan gebu dengan KOSÉ SEKKISEI

KOSÉ SEKKISEI dalam saiz percubaan : Bercahaya dari dalam.
Formula keTIMURAN untuk melembab, mencerah dan tona kulit wajah lebih sempurna
(Glow from within. An oriental formula for moisturised, brighter and even skin tone)
 
Hi semua ! 今日は (konnichiwa) Harini syafierayamin.com nak kongsikan rahsia kecantikan wajah orang Jepun dengan KOSÉ SEKKISEI. Hmm orang Jepun ni kulit mereka memanglah sudah putih gebu berbanding kita ni yang duduk dekat Malaysia - kulit sawa matang/ kulit kuning langsat/ kulit gelap.. Untungkan sesiapa yang lahir tu terus dapat kulit putih gebu, lembut, licin dan halus mulus.

Macam syafierayamin.com punya kulit macam-macam masalah sudahlah kulit berminyak, berkombinasi pula, warna kulit tak sekata, jerawat sana sini, berbekas dengan parut-parut lama lepas tu muka berlubang-lubang, adei tak sedih ke ? Sedihkan tapi takkan sebab muka wajah je terus hilang rasa keyakinan diri, better don't. Nasib baik lah ada husband yang masih sayang walaupun muka macam sambal belacan kan.

So, dengan gabungan kuasa bersama atau collaboration syafierayamin.com dengan
maka terjadilah segmen produk review bersama KOSÉ SEKKISEI

Apa lagi jomlah kita terjah produk KOSÉ SEKKISEI ni macam mana nak pakai - apa produk dalam Trial Kit set ni.
Macam perempuan Jepun dah kan model dalam gambar atas ni ? Thumbs up sikit. 👍👍👍

Kotak KOSÉ SEKKISEI bukan main besar dalam tu ada banyak balloons kot, bila buka terbang-terbang semua belon tu.
Korang boleh tengok video tu nanti Okay.

Dalam kotak yang sebesar alam tu terdapat penjagaan kulit asas dan asas dari KOSÉ SEKKISEI
Boleh nampak tak contoh cecair-cecair produk ni ?

Sekkisei Lotion  boleh rendam dalam bihadagoyomi  mask tau.


Penjagaan Asas KOSÉ SEKKISEI dalam saiz percubaan :
  1. Sekkisei White Liquid Wash (Pembersih muka)
    Fungsi dia untuk jadikan kulit lebih sihat dan kekal lembab.
    Cara Pakai : Picit pam 1-2x mengikut amaun saiz muka anda, kemudian letakkan air sedikit. Sapu dan urut wajah sehingga berbuih, kemudian bilas.
    Warna dia putih tau.
  2. Sekkisei Lotion
    So, kebaikan losyen ni boleh jadikan kulit nampak bercahaya dan kulit boleh nampak seakan-akan lutsinar - saya rasa dia macam toner style tau hu3.
    Cara nak guna : boleh pakai dengan cotton pad atau tepuk-tepuk pada wajah atau pun boleh pakai dengan bihadagoyomi mask.
    Warna dia Clear white/putih lutsinar.
  3. Sekkisei Emulsion
    Fungsi dia untuk menjadikan kulit lebih lembab, bermaya, berhidrasi dan lembut.
    Sama juga cara pakai tuang atas 'cotton pad' dan sapu seluruh wajah, kalau nak tempek-tempek dekat wajah terus pun boleh.
    Warna dia macam warna putih awan.
Penjagaan Istimewa KOSÉ SEKKISEI dalam saiz percubaan :
  1. Sekkisei Clear Whitening Mask
    Yang ni jenis topeng kopek atau pun(peel-off) katanya boleh hilangkan bintik hitam, kulit mati dan ketatkan liang pori yang besar tu.
    Cara guna : sapu je kat seluruh wajah lepas tu tunggu sampai kering lepas tu apa lai the kopek time lah paling best !
  2. Bihadagoyomi Mask
    Yang ni adalah topeng muka yang boleh menyerap 10x ganda kelembapan yang boleh mencerahkan dan meremajakan kulit wajah.
    Cara guna : Rendam dalam Sekkisei Lotion, lepas tu letak dekat wajah yang telah dibersihkan, tungulah dalam 10-30minit, dan tak payah basuh muka waktu tu okay.
Masih tak faham macam mana nak pakai ? Boleh rujuk gambar dekat bawah ni :

Nah cara-cara nak pakai produk KOSÉ SEKKISEI dalam saiz percubaan 

Kalau masih tak faham lagi, boleh rujuk video syafierayamin.com dekat bawah ni :


Secara jujurnya, produk ni agak best juga sebab kulit rasa hidrasi sangat-sangat tapi yang sekkisei emulsion rasa macam melekit sikit lah, tapi after few minutes later okaylah my skin can accept.

Bestnya dapat juga kulit wajah merasai macam princess's skin.

KOSÉ SEKKISEI facial whitening wash tu buat kulit macam kasar dan kering memang kena pakai la semua sekkesei lotion dengan emulsion tu. Bihadagoyomi Mask sangat best sebab betul-betul fit dekat muka and nipis je, tak rasa berat - lepas dah cabut pun topeng muka Bihadagoyomi Mask tetap rasa lembab je. Yang peel-off mask tu best yang amat boleh tercabut bintik hitam kot. Lepas tu yang lain-lain tak ada masalah, syafierayamin.com seriously suka sangat saiz travel macam ni senang nak bawa dekat mana-mana tau !

At least nampak juga perubahan  kulit wajah  walaupun tak Fully hilang parut jerawat kan.


ADA BERITA BAIK BAGI ANDA SEMUA YANG NAK CUBA 
KOSÉ SEKKISEI SAIZ PERCUBAAN NI.


Dapatkan Saiz percubaan Sekkisei dengan HANYA RM99 di kaunter yang terdekat denga rumah anda ! Jimat sehingga 60 % apabila anda membuat pembelian ini. Cepat sementara stok masih ada!



Terima kasih berikan masa anda membaca ulasan syafierayamin.com tentang produk ni.
Sila komen ye ! 
Love you all !!
Good Luck !!
Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, sila layari : 
website : www.kose.com.my
Facebook : KOSÉ Malaysia

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com