Bila rezeki di Kuala Lumpur.

Ya Allah benda yang paling sedih untuk Februari ni mungkin dugaan ye, bila terpaksa berhutang sikit duit dengan adik adik- malu lah walaupun sikit je. Prinsip dia tak nak berhutang tapi untuk bulan ni terpaksa, ye betul sebab ter 'overspending' itulah orang kata belanja ikut kemampuaan. Tapi untuk bulan ni terpaksa, sebab kalau nak tahu kami jarang nak balik kampung sama ada belah family sendiri dan family dia..ye satu sebab taknak terlebih kos bajet, faham-faham je la dengan situasi ekonomi yang melampau ni, tol naik +minyak naik turun nya, harga barang pun naik..

Nak nak lagi kita ni hanya suri rumah - blogging asalnya memang dapat duit tapi ada je company bagi product percuma tapi tak bayar suruh review, product tu pun consider okay lah juga tak payah nak beli dah. Alhamdulillah rezeki lah tu tapi imagine lah kita bayar blog domain bayar internet, company lain ambil kesempatan dekat bloggers - katanya kalau tak nak mereka boleh ambil blogger lain sebab ramai je bloger lain inginkan produk dan makanan percuma.. macam tu la gayanya orang ambil kesempatan pada blogger picisan nampak macam terdesak lah ye kami kami ni.. hu3.

Ramai dah bising kenapa tak beli kereta besar sikit anak dah ramai dah tak muat kereta tu tak selesa, Ya Allah bayangkanlah itu lah kereta punca cari rezeki, kalau tak terbayarlah rumah yang baru beli ni, ramai bising kalau hidup terdesak nape beli rumah mahal-mahal. Ya Allah je lah lagi sekali mulut orang tak bisa aku tutup, biarkan je la,

Inilah satu-satunya rumah yang paling dekat di Kuala Lumpur dia pergi kerja tanpa bayar tol Alhamdulillah, rumah di area Kuala Lumpur rege harga especially rumah teres pun dah RM500Ribu ke atas, yang kami dapat RM390K itu pun dah bersyukur sangat, yang penting sudah ada rumah atas usaha, tenaga dan keringat si dia untuk ahli keluarga penyambung generasi dia pun sudah Alhamdulillah, ini bukan lagi menyakitkan hati, kami sudah banyak beban di sini ditambah dengan beban orang lain.

Telefon emak like everyday, emak this month bajet a bit lari lah, mungkin tak dapat melawat for this month especially kondisi kesihatan si dia not in good.  Seriously memang segan nak minta duit parents, mostly  si dia yang banyak support his wife but dia lebih suka wife dia buat kerja dari rumah instead of bekerja out side kot, ye la dekat sini taska mahal paling murah pun mungkin rm200-rm300 seorang tapi macam kesian kat anak-anak kesian juga dekat pengasuh suruh jaga anak-anak kita, yer la kita yang ibu pada anak-anak pun membebel sakit belakang macam mana pula dengan pengasuh kan hihi.

Perit juga kehidupan lebih-lebih lagi berjauhan dengan keluarga, ye rezeki kami di sini, rezeki awak di sana.. emak selalu kata balik sahaja rumah dia tinggal di sana, tapi suami kata kita kan dah ada keluarga sendiri takkan nak tinggal dengan ibu bapa lagi, ye lagi pun lebih selesa kan tinggal di rumah sendiri at least makan telur pun nobody cares..sebab takut takut kita terambil kesempatan dengan ibu bapa sendiri, lebih-lebih lagi ada parents kita mulalah suruh dorang jaga cucu pula kalau kita nak keluar rumah, kalau cucu jenis duduk baik tak pe ini yang jenis lasak lompat sana panjat sini, tak ke letih emak abah nanti ?  Sudah lah mereka penat jaga kita last last kita bebankan dorang dengan anak-anak kita, jadi prinsip saya biarlah saya jaga anak saya sendiri, kalau ada events ke saya tetap bawa anak-anak.

Life is not hard actually but yang buat life kita susah adalah dari mulut orang.. actually husband and I sudah bahagia even tak de kereta besar, tak de sofa tak de perabot dalam rumah, tapi orang yang datang singah rumah cakap macam macam beli lah tu beli lah ni, last last laki bini gaduh sebab bini suruh beli perabot laki cakap no bajet.. ini boleh bikin masalaah rumahtangga sebab benda remeh temeh semuanya bermula dari mulut orang lain..

Reason why don't tell people your gaji berapa.. expectation from several people about money we are having, sudahlah kerajaan pun kerah kerah duit dari rakyat.. terpaksa bayar juga kalau tak nak makan apa ? Tapi dari orang lain lagi.. ye happening to us, we are running budget low, ye because we are not tinggal with parents, we are all by our own je, makan apa yang ada, like me berpantang sendiri for second because pertama banyak menyusahkan parents je jaga I..seganlah nak suruh orang masakkan untuk kita sediakan air panas untuk kita MANDI.. last last kita terpaksa terhutang budi pula.. lagi parah, tu sebab I muncung muncung ngan husband minta dia buat kerja rumah time pantang kedua ni and dia memang buat, thanks husband..segannya terpaksa menyusahkan orang sekeliling.. Bila nak drive husband risau kereta dia is not in good condition, he seems like not giving the chance for me, a lil worried here, sometimes bila fikir I kena ada kereta sendiri because sooner I dah kena start hantar anak pergi school, now terpaksa cari income lebih..that's why kalau ada yang ambil kesempatan dengan tenaga kita menaip.. lookin some member semua dah ada big car big house yea thanks to their parent.. but I feel luck my parents tak beli kan I kereta and house and so on, from there baru I kenal erti kesusahan, I tengok juga jutawan jutawan seperti Dato' Seri Vida - beliau pun mempunyai sejarah beliau sendiri.. ( kadang-kadang tengok anak oran kaya - wow they are terribly lucky, study pun dah ada iphone6, think positif mungkin mereka bekerja sambil belajar that's why never judge )

Ini semua dugaan, now can't wait for Gaji March nak bayar hutang rumah. hu3

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com