Apa Yang menarik di Kedah ?

Assalamualaikum semua, harini syafierayamin.com nak update lah cerita perjalanan dari KL ke Kedah awal Februari 2016 yang lalu.

Dengan berbekalkan bajet RM50-RM200 sahaja, cuma bayar minyak sikit, dan tol sikit menemani ibubapa kesayangan untuk menziarahi kakak yang tinggal di sana, akhirnya dapat juga pergi ke rumah baru kakak yang baru siap di ALOR SETAR- lepas tu abah nak ke Kedah sebab nak melawat Kilang Gano, tahu tak produk kesihatan yang berasaskan tumbuhan cendawan. Alaa tak ikut pun, encik husband je pergi - gambar cendawan tu dalam phone dia.

Bertolak hari Sabtu petang- waktu tu hari suami cuti hari wilayah so boleh lah ke Kedah - Kakak pula p ambil cuti 2 hari Ahad dan Isnin, sebab kat Kedah berbeza dengan KL, kita ahad cuti depa hari Ahad kerja.

Perjalanan agak jauh dan penat juga lebih kurang 5 jam dari KL ke Kedah, tapi seronok yer la dah lama tak berjalan jauh. Jadi kepenatan tu sebagai memori yang indah.

Sampai-sampai je rumah kakak - masing-masing tidur terbungkang, ha ha aha haha ! Yang penting bila semua dah ada energy esok tu boleh lah melawat Negeri Kedah Negeri Jelapang Padi.

Rata-rata semua rumah kampung dan tak banyak pun bangunan tinggi-tinggi macam kat KL, tenang je duduk sana la kat KL ni serabut dengan trafik jam - tol bertimbun  boleh bikin  habis duit hu3.

Jelapang padi Kedah
Ini adalah kawasan jelapang padi yang sempat singgah - belum lagi dituai, menarik kan ? Selalunya drama drama memang suka berlakon dekat area jelapang padi kan ?

Pagi-pagi Ahad tu dah bangun tapi keluar lambat juga sebab uruskan anak-anak dulu - sambil bertekak suara dengan husband minta tolong urus itu ini padahal dia perlukan energy nak drive kan ? Haha.

So sebelum nak berjalan jauh, emak pun apa lagi singgah mana-mana kedai nak beli macam-macam, belum sampai ke tempat yang patut di tuju dia dah serabut nak singgah mana-mana kedai juga, katanya bukan selalu dapat pergi haha.

Kitaoran nak singgah Wang Kelian - aku ni punya lah susah nak sebut Wang Kelian ni haha. Tempat dia macam bukit-bukau katanya famous jual barangan murah area situ sebab dah nak dekat sempadan Thailand kan ? Tapi ada cerita horror area Wang Kelian ni - cerita terjumpa mayat-mayat orang Rohingya yang mati area situ sampai tempat ni orang takut nak datang or dah kena jaga tu tak ramai datang singgah dah kot, memang lengganglah macam dah tak ada orang datang tapi ada je yang masih berniaga dekat situ.

Bila tengok barangan pun macam berhabuk je.
Rumah- rumah yang ada jika nak ke arah Wang Kelian.

Area Wang Kelian.

Area Wang Kelian.

Kedai yanga ada di Wang Kelian.
Waktu ni cuaca panas betul lah - dapat singgah 2-3 kedai je, emak bertarung dengan tauke kedai sebab tauke tu jual kuali mahal haha. Sampai kena warning dengan tauke tu awak tengok je dia malas nak angkat kuali banyak kali, haha.

Lepas tu dah setel abah dengan emak shopping barang untuk cucu cucu diaorang - tak puas hati lagi singah la Padang Besar, masing-masing muka kebulur so singgah lah kedai thailand islam.. adui aku lagi letih anak-anak pula muka penat dan buat perangai, woo geram juga..

So inilah makanan yang sedap-sedap dekat Padang Besar ni dimasak oleh oran Thailand-Kedah ni.

Asam Laksa Kedah pelikkan warna dia ? Time ni pantang lagi dalam 40 hari gitu tapi bantai makan juga, haha

Pulut Manga, sedap tak ?

Nasi Goreng
Lepas dah habis makan tu, terus shopping dekat area Padang Besar, mak aih kuali dia lagi murah berbanding kuali dekat Wang Kelian. Tapi shopping-shopping safierayamin.com beli ikan bilis, gajus dan macam-macam, Habis RM50 juga lah shoppin tapi barangan memang murah berbanding dekat KL ni.

Lepas tu nak balik sebab tak tahan panas area Kedah ni, anak-anak dah merengek-rengek adoi, so inilah perjalanan balik ke rumah akak.


Air mangga ori dan sangat segar bugar, sedap weii.
KOnon NAK balik sekali tengok ada festival dekat area D'Aman Park, dah alang-alang perjalanan singah taman ni, best sebab ada BUGGY car, so dapat lah drive keliling taman ni, Buggy car ni 1 kereta RM17.


Lepas tu terus balik rumah kakak, masing-msing lagi sekali tidur terbungkang sebab kepenatan.

Esoknya Isnin - me and emak dan budak-budak semua stay rumah kakak - husband ngan abah pergi melawat kilang Gano, Lepas petang sikit tu emak masak macam macam so makan lah dengan suka hati. Petang tu sebelum nak balik KL sempat singgah Pantai Leman, tempat yang menarik juga.

Kawasan Pantai Leman

Ada makan-makan kat tepi Pantai Leman tu

Dekat sini lah orang Kedah cari makanan area Pantai Leman.
Lepas tu terus balik KL, sampai rumah 3 pagi, best tak ? hehe.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com