Sakit celah paha/kangkang kiri semasa hamil 3rd trimister

Harini dah macam genap 37 minggu untuk Anak kedua. Rasa macam baby boleh dipersilakan tengok dunia. Teruja je nak tengok baby ni sihat, cukup sifar Insha Allah baik akhlaknya, Amin.

Kalau baca tajuk tu saya nak tanya mommies kat luar sana, anda semua ada tak merasai apa yang saya rasai sekarang. Huhu, rasanya baby dah besar dan dah start masuk dekat tulang pelvis nampaknya, perut pun macam dah turun ke bawah, kaki start bengkak dan macam biasa nak tidur kiri ke kanan semua serba tak kena kot.

Kadang-kadang bila tak selesa  tu mula lah cuba menggeliat sekali tu terus urat jadi tegang dan betis kiri terus kejang. woo. Boleh tahan kekejangan otot rasa satu badan kena tarik urat-urat nya. Mahu tak meraung oo. tu nasib baik laki ada kat rumah yang tinggal sorang-sorang tu nasib le.

Kalau nak tahu pencegahannya rasanya takde pencegahan pun, cuma kena banyakkan bergerak lah atau berjalan, jangan lupa ambil supplement mana-mana yang patut.

Kalau syafierayamin.com dah disuggested oleh Master shaklee sis farah. Ambil ostematrix 5 biji pagi 5 biji malam, up kan b-complex 2 biji. Saya sahut cabaran tu.

Tak sabar je nak tunggu baby ni keluar, lepas ni ringan lah perut mama. AAMINNN semoga dipermudahkan.

1 ulasan :

  1. salam..sya nak tanya sya sakit celah kangkang belah kanan ada cra x nk kurangkan sakit dia

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com