Emosi tak stabil waktu hamil.

12/03/2015 09:42:00 AM

Tak tahu nak cakap apa lagi dah. Kadang-kadang bila hamil ni memang emosi sangat-sangat terganggu. Menyampah semua ada. Lebih-lebih bila tengok suami tidur macam tak bergerak langsung lagi lah kita bengang. Ramai kata tak baik waktu hamil ni marah-marah semua kata macam tu tapi yang tengah alami kita sendiri jiwa kita sendiri. Apa yang mereka faham tentang jiwa kita ? Kadang-kadang salahkan suami kalau tak nak Anak ni kenapa nak buat juga. Macam-macam lah persoalan keluar timbul dalam otak ni. Kadang-kadang fikir nak mati terus je waktu bersalin. Tekanan emosi semua bercampur-baur. Kadang-kadang paling parah bila orang cakap kat kira ada orang tak boleh hamil langsung jadi bersyukurlah boleh hamil. Pfft. Memang sememangnya mengundang kemarahan dalam hati ni.

Emosi kita memang sangat tak stabil yer lah dengan masalah ekonomi lagi, harga barang naik ! Harga pampers Masha Allah sampai cecah RM35 1 pack, paling parah harga susu tin untuk budak pun RM40++ Alhamdulillah susu nenen je anak pertama ni, cuma sekarang dia dah 3 tahun takkan nak bagi susu tetek lagi kena ah tukar susu lain pula. Fuh. Kadang-kadang bila harga terlampau mahal apa lagi 1 hari makan sekali je la. Hihi.

Baca berita hari hari pasal bayi kena dera, aduhai lagilah tak stabil emosi ni.

Ada kucing lagi dok lepak rumah lagi lah - emosi tak stabil.

Nampak habuk sebutir pun jiwa jadi tenteram. Alamak. Macam mana ni. Semoga Allah permudahkan lah kelahiran bayi kedua ni, Ammiin.

Gambar sekadar hiasan. haha !

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee