Kisah Asam Keping Mengenyam.

Sudah hampir 10 tahun kami bertemu semenjak aku dari bangku sekolah lagi biasalah remaja perempuan bila asam keping mengenyam belum habis belajar je dah mula mencari lelaki. Nasib baik lah lelaki yang dicarinya jenis yang sudah bekerja cari rezeki sendiri.

Waktu itu umur ku baru sahaja menginjak ke 14 tahun aku pun tak pasti. Bagaimana aku berkenalan dengan lelaki ini? Ianya bermula pada konsert AF yang pernah famous satu masa lalu di mana Astro telah menyediakan platform chatting di @15. Di situ kami telah mesej privasi untuk memulakan perkenalan kami.

Sumber gambar : http://tiny.shopstylers.com/?HbUhc2723

Setelah berkenalan perkara yang ku tanya sudah tentulah pekerjaannya. Dia kata dia bekerja sebagai jurutera perisian. Apa lagi naik lah asam keping aku bila tahu dia bekerja sebagai jurutera.

Kami hanya bermesej di dalam telefon sahaja memandangkan aku pun masih study baru form 2 kot, gila ah sebab tu lah orang kata bila remaja perempuan dah akil baligh memang boleh nikah dah sebab Yer la mengenyam namanya. 😂

Bila lama sangat bermesej dalam telefon rasa macam nak berjumpa la.. buat apa mesej lama lama tapi tak pernah berjumpa bentuk muka pun tak tahu mestilah nak tahu kan zaman dulu mana ada canggih macam zaman sekarang sudah boleh tayang muka sendiri di laman Facebook and so on. Zaman dulu pun paling famous pun zaman MiRC tu kan. Aku kan gila aplikasi komputer satu masa dulu sebab bapak aku sudah sediakan kemudahan  internet sampai malam tak tidur emak pun membebel je sebab tak tidur ha3. Dulu famous game Ragnarok kan.

Jadinya waktu itu umur aku 15 tahun aku pun tak pasti konon nak pergi berjumpa la dengan lelaki yang dah lama aku mesej lama lama ni. Memang poyo la aku ni memang jenis suka bergaya dan suka melawa, masa time aku sekolah dulu memang kawan-kawan aku yang baik ngan aku 3-4 kepala je yang selebihnya aku tak pernah nak ambil tahu atau pun nak melayan walaupun otai sekolah cuba cari pasal dengan aku.

Okay balik cerita dengan lelaki yang dah lama aku main mesej dengan dia ni, aku ni pun decided nak jumpa dia, maka mungkin sudah jodoh berjumpalah aku dengan dia.
Eleh zaman dulu pakai baju nak nampak ayu aku pun pakai baju kurung kuning kakak aku la, pakai bedak sikit pakai Lipstick sikit - mengenyam wooo pakai lawa lawa nak jumpa lelaki ni. 😂 Zaman sekarang tak macam dulu dah. Jumpa strangers dalam phone sampai banyak kes Naya wei.

Paling tak leh bla siap baca doa bila jumpa lelaki ni sebab takut di apa apa kan. Ha ha.
Jadinya mana nak jumpa? Aku teringat waktu tu aku suruh dia tunggu aku sebelah Mcdonald kat Kajang tu Ha.

Jadinya aku duduk la tepi tu menunggu dia, seram weii inilah lelaki pertama yang bakal pernah aku temui dalam hidup aku. Fuyoh ini lah penangan asam keping mengenyam.

Kedengaran bunyi tapak kaki sudah hampir, apa lagi hati dan jantung bagai nak bergegar dan meletup lah. Bila dia dah sampai aku pun segan nak tatap muka dia lama-lama HahA. Kalau nak tahu dia sebenarnya tak tahu pun umur aku ni, aku cakap umur aku 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu doktor gigi 😂 Yer lah takkan lah nak beritahu aku umur 14 tahun confirm Ah dia tak nak melayan budak sekolah kot. Amboi terror juga kan aku berkelakuan macam orang dewasa itu lah nak kata asam keping menggatal atau dikenali sebagai "puberty" hit.

Kalau ikut aku nak kata lelaki ni hensem ke tak ? Aku rasa dia biasa biasa je tak de la hensem macam Zul Arifin tapi sedaplah mata memandang. Lelaki Melayu biasalah warna kulit coklat sawa matang, ketinggian boleh tahan dalam 175 cm juga, okay lah ada lah ciri ciri lelaki idaman dari segi ketinggian tu. Jadi dia pun bertanya nak pergi mana ? Aku cakap aku lapar jadinya dia tanya aku nak makan apa?

Aku pun runsing nak makan apa waktu dah nak petang around 4pm like that. Disebabkan aku malas nak fikir aku terus decided nak makan KFC je kot Heh dia pun Agreed jadinya kami pun pergilah makan.
Lepas dah pergi makan yang aku perasan dia sambil makan sambil baca surat khabar bukannya pandang aku pun. Aku pun tak pasti lah. Dah selesai makan. Aku decided nak bawa diri nak baliklah kang bising emak aku kan Anak dia tak balik balik lagi.

Jadi bila nak balik tu. Lelaki yang aku temui tadi dia suggested nak hantar aku balik. Aku dah menggelupur kot aku cakap tak pe aku boleh balik sendiri tapi dia cakap nak hantarkan juga apa lagi aku gunakan akal otak aku aku cakap aku balik naik kereta sendiri, kereta aku jauh dari situ aku cakap aku parking atas mall and then dia pun kata dia nak tolong hantarkan aku kat kereta aku. Woii tersentak dalam hati aku, aku cakap tak pe tak pe aku boleh balik sendiri, haih baru berkenalan nak lebih lebih dah ni- hangin aku haha. Tapi dia agak gentleman lah sebab aku rasa dah macam wife dia sanggup jaga aku elok elok tau walaupun pertama kali berjumpa.

Tiba tiba dia suruh pejam mata, dia serahkan 2 utas gelang kristal tau. Lepas tu I terus balik tak kol kol dia tapi dia yang sebuk kol. Haha. Seram je lah tu la nak test sangat market "asam keping" mengenyam kan. Ambil kau. Lepas tu pertemuan kali pertama tu hari -hari je dia kol tapi aku macam nak tak nak angkat je. Wei aku ingat cukuplah pertemuan sekali lepas tu tak nak dah jumpa jumpa. Lama juga lah aku mendiamkan diri. Biasalah budak je lagi bukan dah keje pun menipu je cakap dekat dia assistant doktor gigi. Sampai ada masa tu dia siap suruh aku bayar balik  KFC yang dia belanja tempoh hari dan pulangkan gelang kristal  tu balik. Korang expect apa dah lah aku noob gila wei man's tahu ada pos laju servis and waktu tu dulu akaun bank pun tak ada. Jadi aku rasa trauma dan serba salah wei. Aku mampu diam je lagi memang aku taknak jumpa dia dah.

Padan muka aku nak test sangat "asam keping mengenyam" ni kan. Sekali dah test makan diri terjerat lah. Waktu tu mana ada hubungan asmara asmara macam zaman sekarang ni sampai buang Anak. Zaman dulu masih boleh behave lagi wei ha3.

Lelaki tu asyik kol je tiap tiap malam akhirnya masuk umur aku 15 tahun. Waktu ni bila " Asam keping mengenyam" aku ni jadi dilemma dan trauma yang sangat teruk. Waktu zaman kejatuhan aku. Waktu tu family aku decided nak pindah rumah ! Waktu tu aku dah nak jawab Exam PMR ! Ini semua kerana gara gara jiran rumah aku ada deal ngan bapak aku untuk kendalikan sebuah restoran tapi jiran tu telah sakit hati dengan bapak aku - korang boleh bayangkan gji yang dia nak Everyday rm50 sehari ! Padahal bukan dia banyak keluar duit untuk pembukaan restoran tu! Sejak tu dia telah menggunakan "Black magic" pada keluarga aku siap aku balik rumah sampai demam panas Woo. Then apa lagi bapak aku pindah rumah tapi paling Best Area Kajang juga !

Waktu ni aku masih tempoh sedih, benci dan sebagainya ye la dah la time PMR waktu dah nak jawap Exam aku kena pindah sekolah tapi jawap Exam dekat sekolah lama lagi. Time ni kebodohan aku dah melanda aku benci nak jawap paper aku benci nak study sebab tekanan melampau bila pindah rumah. Aku rindukan kawan kawan lama sekolah aku. Aku tak suka kawan sekolah aku yang baru. Memang aku tak boleh ngam lah.

Bila jadi macam ni disebabkan kesedihan mula lah "asam keping mengenyam" aku datang melanda. Tiba-tiba pula aku telefon lelaki yang pernah aku jumpa satu masa dulu aku pun mengadu domba dengan dia. Aku siap tanya mana dia tinggal - OMG rupanya dia tinggal satu kawasan perumahan aku kot ! Yahoo. Dan aku juga bagi tahu perkara sebenar yang aku masih muda masih budak sekolah lagi. Rupanya sejak kau beritahu macam tu dia macam acuh tak acuh je. Aku rasa dia macam tak berkenan pun dah. Rasa macam minat dia tinggal 25% je. Eii sedihkan. Waktu tu la baru aku sedar aku sudah melepaskan peluang yang sedia ada. Apa lagi terpaksa lah aku memendam perasaan benci hiba dan sebagainya.

Tapi masa aku form 4 lah kan memang boleh dikatakan aku suka juga kawan dengan budak kolej yang ada kat Area kawasan rumah aku. Budak budak kolej ni perangai Nauzubillahminzalik lah. Pantang  tengok perempuan pegang sana raba sini. Macam haram je perangai ! Kalau korang nak tahu time ni Nora Danish masih tak popular lagi rasanya waktu ni dia ada bekerja di restoran  area Kajang tu kan -restoran emak dia tak silap, budak kolej Area situ memang ramai tergila kat dia. Tapi bukan panggil Nora Tak silap aku mungkin panggilan Fara rasanya. Haha.
Aku ni yokyo je. Yer lah tak silap aku Area bukit kajang tu la dulu tempat tinggal dia satu masa dulu.

Kalau nak tahu dulu aku sekolah dekat taman kajang utama la pindah masa form 4 setelah aku habis belajar dari sekolah Men jalan bukit. Ya ampun memang aku kurang gemar pun sekolah tu. Aku masuk je 1st day kat situ dahlah kelas sains ada sebuah je jadi aku ditempatkan dalam kelas pertama golongan kelas budak bijak lah katanya. Eii poyo je aku  ambil "sains stream" padahal bodoh dan bangang gila sudahlah ada 11 subjek. Nak muntah aku tengok mata pelajaran banyak banyak ni.

Paling tak Best aku masuk je kelas ni ada seorang lelaki sebaya Eh nama dia tak nak lah aku cerita budak lelaki sekelas juga dia seorang pengawas sekolah dia berkenan lah kat aku layan aku baik-baik tiba tiba bagi aku hadiah time birthday dia. Korang tahu tak aku bercinta monyet dengan dia tapi aku tak ada lah minat dia pun. Aku layan macam kawan biasa je la. Aku tak selesa kot bukan aku tak suka kat dia tapi kawan kelas je ni tak boleh lah leleh wei. Tapi tak sampai berapa minggu dia pun minta putus/clash haha. Macam bodoh je la percintaan budak budak sekolah kan.

Aku yang masih lagi berhubungan dengan lelaki pandangan pertama aku, Yes kembali lagi "asam keping mengenyam" aku nI aku telefon dia kembali ajak dia pergi jalan wei. Yer lah orang tu dah bekerja nak pergi mana-mana pun heaven wei kau minta itu kau minta ini dapat HahA ! Benda pertama aku minta ialah sepasang kasut harga dia dalam Rm49.90 Wow boleh tahan juga pilihan kasut yang aku suka. Jujur aku katakan time ni aku lebih sayangkan dia setelah banyak masalah aku alami secara mendadak lepas pindah rumah. Aku jadi malas GILa belajar. 😊 kuat main game zaman dulu paling femes game Ragnarok tu la ha3 ! Degil wei jadi lepas tu kata kata mak abah pun tak dengar lagi pun bapak aku pun jenis jarang ada rumah entahlah dia biasalah dah ada bini baru sorang dua orang jadinya yang ada rumah emak aku la. Kakak kakak aku semua dok asrama adik aku masih form 3 lagi. Jadinya dia ngan aku ngan emak aku. Tapi adik aku belajar lagi pandai lah dari aku. 😣

Ustazah kat sekolah tu tak suka aku sebab aku bukan kaki bodek kah kah kah. Tengok kawan kelas aku baju ungu memang kaki bodek je aku tengok, nak muntah HahA !

Aku pergi sekolah selalu lambat sangat sampai pukul8-9 pagi juga lah. Memang teruk GILa perangai wei ha3. Waktu 16 tahun memang makin mencabar makin besar memang makin mencabar. Pelajaran merosot - asyik keluar rumah-merayap sana sini, Ah ini lah Anak dara baru nak kenal dunia. Memang dunia makin rapuh aku tengok, kebencian memang semakin jelas ketara semakin lama semakin jauh dengan keluarga makin jauh dengan apa yang sepatutnya, yang aku mahukan  ialah "Freedom" kebebasan dari segalanya. Kadang-kadang aku curi curi juga keluar dari rumah pergi ke Kuala Lumpur sendiri sendiri ialah waktu nak kenal dunia hebat di luar sana. Aku memang suka berjalan sebabnya dulu jarang sekali nak keluar jauh dari rumah. Culture shock wei. Dari gadis yang naik terus jadi macam tak baik tapi tak de la sampai 12 malam aku balik aku masih behave aku tak sentuh benda benda yang memabukkan apa pun just explore the world. I think it's normal kot untuk explore the world. Aku masih behave lagi tau. Tak de la sampai hisap dadah atau berzina dengan entah apa apa masyarakat.
Tapi apa yang aku tahu aku belajar pakai Make up - hehe start Dari situ aku sudah tahu apa yang aku nak fokuskan iaitu bidang kesenian atau pun lebih kepada barang Makeup ! Ha dekat situ lah bermulalah seorang gadis yang suka Makeup tebal tebal ! Waktu tu muka pula penuh jerawat apa lagi dok cover lah dengan Makeup yang tebal !

Wow waktu ni hubungan aku dengan lelaki pandangan pertama aku masih berhubung dengan dia dan berjalan tiap tiap minggu juga dengan dia dan paling seronok dengan dia, dialah yang bantu aku explore the Kuala Lumpur. Dia belanja makan sedap-sedap wah so heaven nya. Sejak dari tu dengan dia je aku kongsi masalah hehe.

Sampai ada satu masa aku dipilih untuk masuk ke sekolah teknik Gombak jadinya aku pun pergi  lah sebab aku memang tak suka sekolah kajang utama tu tak suka pun kawan kawan kat situ sampai sekarang pun aku tak pernah nak ambil tahu pasal dorang sampai dorang kata aku sombong tapi aku peduli apa memang aku malas nak ambil tahu pasal dorang dan dorang tak perlu ambil tahu pasal aku. Hehe.

Lepas dah masuk sekolah teknik tu, berkenalan lah dengan budak dorm asrama, Ya ampun strict gila peraturan ! Dari kau yang tak suka solat tu kau kena solat wei tak boleh tinggal langsung, lepas tu kau tak boleh pakai baju seksi-seksi nampaknya kena senantiasa tutup aurat. ALLAH time tu  kau tak tahu perasaan aku. Memang Stress gila kan. Haha aku sedih lah Yer lah GILa lagi terkongkong dalam asrama. Aku suruh lelaki pandangan pertama aku datang tolong bawakan buku tapi budak dorm aku dah salah interpretasi. Sejak tu aku benci diaorang gila benci sampai dorang selalu buat bincang ngan aku lewat malam konon nak tarbiah aku. Korang bayangkan 1 dorm ada 12 orang. Aku terpaksa dipanggil tiap malam untuk di tarbiah, aku dah lah degil wei sampai satu masa aku tak tahan duduk dalam asrama tu Eh aku peduli apa dengan budak budak tu jadi aku paksa bapak aku keluarkan aku dari situ HahA tak sampai 1 bulan pun aku belajar dekat sitU sebab nak muntah darah aku tengok budak budak bajet bagus dan bajet alim. Amboi keras juga hati aku masa time 16 tahun wei.

Bila dah keluar dari asrama teknik gombak tu apa lagi terpaksa lah balok kat sekolah Kajang utama. Argh terpaksa la aku buat muka tak tahu malu jumpa kawan yang aku tak rasa nak kawan, terror tak aku. Macam biasa tiap minggu sabtu dan ahad aku hanya keluar berdatangan bersama lelaki pandangan pertama sahaja. Hihihi.

Bila aku form 5 sekali lagi diuji bapak aku decided nak pindah Nilai pula ! Huwaa sedih tau tapi aku happy juga dapat pindah sebab  aku dah malas memendam rasa dengan  kawan kawan kat sekolah kajang utama tu. Wow terror tak ! Bila pindah rasa macam heaven kot Yer lah jauh la dari kajang. Tapi aku masih lagi dengan lelaki pandangan pertama dia semakin lama makin naik pangkat di companynya. So rasa macam tenang lah juga. Lelaki pandangan pertama tu la pendengar masalah setia aku hihi kalau korang nak tahu la.

Masuk je sekolah baru iaitu sekolah menengah dato'Mohd said nilai. Ha kelas ni memang Best sebab ramai kaum cina dan India Melayu pun sikit sikit je. At last ! Disebabkan  bangsa Melayu sikit dalam kelas aku tu jadinya aku rasa agak freedom juga lah cuma dekat sekolah berapa kerat je budak pandai korang jangan tanya aku la. Aku masih  perangai " whatever" study pun macam hampas ! Hampir semua mata pelajaran aku gagal ! Add math aku dapat 8/100 je haha. Bangga kot jadi pelajar paling tercorot dalam kelas. Aku macam biasa pergi sekolah selalu lambat paling Best bila lambat panjat pagar sekolah HahA ! Cikgu kat sekolah tu pun suka melaram pakai kristal sampai penuh 1 tangan. Masuk bilik guru je penuh dengan katalog baju baju kuih muih sebab dorang berniaga rasanya dalam tu. Aku ni juga jenis suka melukis time tu dekat sekolah tu aku discover aku more to arts tapi jangan harap aku dah terlambat aku pernah nak drop Add math dengan sains pertaniaan sebab aku rasa aku tak mampu bawa subjek ni tapi kena bayar lah pulak ! Ingat time sekolah dulu aku ada duit ke nak bayar. Makan pun rm1 sehari haha. Yer la rumah aku dekat dengan sekolah ni. Jalan kaki sejengkal je. Haha ! Memang tak lah aku drop emak aku pun  galakkan suruh ambil je subjek tu. Adoi.

Waktu tu tiba tiba ada cikgu praktikal lah baru balik dari Michigan tak silap aku dia cikgu pelatih kot tak silap aku. Eh boleh tak Skip  pasal dia. Skip je la. Haha.

Sampai lah aku habis jawap Soalan Spm dan dapat result. HahA result Spm aku korang nak tahu ke ? Tak payah lah A langsung tak ada yang banyak C D E F Je. Hebat tak student the best ni haha. TapI tak kisah pun aku rasa heaven je lepas habis sekolah. Aku dapat rasakan FREEDOM Yahoo.

Officially 18 years old ! Time to make the change time to find my own money ! Yes truly heaven of course ! Aku pun bekerja di Avon selama sebulan okay waktu ni ramai juga yang nak berkenalan aku tau. He hehe biasalah dah habis sekolah time ni lah nak berkenalan dengan entah mana mana lelaki lah. Tapi yang bestnya aku ni jenis materialistik for sure yang kerja besar besar tu aku sanggup kenal kenal yang kerja biasa biasa aku tak pandang dan satu sorang dua tu semua atas 27 tahun bukan yang sebaya sebab aku tak pernah nak meminta lelaki yang sebaya tau ! Biasalah ini belum lagi beekahwin just kenal kenal je tak lebih dari tu ! Tapi perkenalan biasa biasa je tak ada lah adegan sentuh sentuhan dan jauh sekali bermalam dengan dorang. Just keluar macam biasa biasa je. Tapi aku masih setia lagi dengan lelaki pandangan pertama !

Waktu tu aku bekerja di butik Avon Eh tak ada masa lah aku nak fikir pasal lelaki. Aku cuma fikirkan apsal cari duit sendiri aku nak beli macam macam. Heaven gila bila pegang duit sendiri. Kau tak perlukan sesiapa pun dalam hidup tapi sayang aku hanya bekerja selama sebulan je di Avon tu sebab aku tak mampu melayan supervisor yang garang tu Annoying gila perangai dia rasa nak ketuk ketuk je. Huhu alasan aku berhenti sebab aku nak continue further studies. Jadi aku sambung lah belajar dekat galeri melukis lepas tu ada sebuah kolej tawarkan belajar diploma in computer graphic science Memandangkan aku dulu pemain tegar MySpace aku memang terror juga lah menggunakan html Code. Sebelum masuk belajar aku memang dah pandai bab bab komputer. Nasib baik lah kolej tu nak terima dengan keputusan teruk aku woi.

Sejak dari tu aku belajar bersungguh -sungguh juga Yer la dapat pula subjek yang kita minat, dapat rakan rakan yang sama perangai rasa seronok je. Dan waktu aku study ni aku masih setia dengan lelaki pandangan pertama ! Terror tak ? Hehe. Waktu aku belajar di kolej ni lelaki pandangan pertama ni la banyak beri sokongan kadang2 dia belanja aku lah beli buku seni sebab dari situ bakat aku diasah memang betul betul aku study bersungguh. Matematik aku yang dulunya teruk pun aku dapat A+ masa kat kolej. Hebat tak, aku suka lah sebab dekat kolej tu boleh pakai apa je aku nak pakai baju macam Japanese style pakai mekap tebal tebal. Wow. Memang aku rasa macam supermodel la. Sejak dari tu memang aku seorang yang classy tau. Bergaya and so on. Hehe. Tapi pelajaran dekat kolej ni aku tekad belajar betul betul okay lah dapat juga pointer 3 ke atas walaupun tak 1st class tapi paling tak Best kena bayar ptptn mahal ! Tapi apa pun aku bersyukur sebab aku sudah boleh buat keputusan sendiri untuk hidup bebas. Jadinya aku masih lagi setia dengan lelaki pandangan pertama ni.

Sampaikan orang tengok aku dah macam belangkas dengan lelaki pandangan pertama ni jadinya orang menyampah tengok aku macam belangkas dengan lelaki ini. Asyik berkepit ke sana sini. Emak aku pun decided nak kahwinkan aku dengan dia. Jadi berkahwin lah kitaorang berdua dan bolehlah tinggal bersama tanpa oraNg pandang serong. Lepas tu suka hati kira orang lah nak buat apa kalau dah berkahwin. Jadinya sampai sekarang lah tahap kesetiaan aku dengan lelaki sekarang sampai beranak pinak dah wei. Kenangan nya dari pahit terus jadi indah. Kenangan pahit jadi the sweetest memories. After berkahwin hidup lagi seronok heee. 😊 banyak sangat nak cerita nanti masuk slot baru lah.

Inilah kisah "asam keping mengenyam"

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com