Bela Kucing waktu hamil- HELP ME HELP ME HELP ME, Mana nak letak kucing ni ?

11/12/2015 10:46:00 PM

HELP ME HELP ME HELP ME, Mana nak letak kucing ni ?

Hari ni dah genap syafierayamin.com hamil selama 33 minggu, tak lama lagi je nak deliver baby ni, masa tengah pregnant ni ada lah seekor ibu kucing datang, kita pun teruja lah nak bagi makan tengok macam kucing stray cat yang kelaparan tak sampai hati pula tengok badan dia kurus macam tak makan. Bila dah kerap bagi makan, ibu kucing tu apa lagi jadi melekat lah dekat rumah, Last-last dia beranak pun dekat rumah kita, masa tu babies dia masih kecil lagi memang tak sampai hati lah pergi buang, biar ibu dia cukupkan penyusuaan, sekarang dah nak dekat 2-3 bulan dah anak-anak kucing tu macam (toddler) dah, dah pandai makan pandai main, dan pandai berak.

Inilah kucing-kucing jiran- kucing jenis outdoor dan tak divaksin mungkin dah duduk melekat dekat rumah
Mula-mula dia berak belakang pasu, belakang kotak-kotak, memang letih juga nak cuci taik dorang ni dengan perut yang terlampau sarat sangat ni, nak bongkokkan badan pun tak boleh -  kucing-kucing ni outdoor memang syafierayamin.com tak bagi masuk rumah sebab tengah pregnant ni memang tak tahan bau dengan bulu kucing, tapi tu la, sayang nak buang, sebab kalau pagi-pagi dah macam ada penunggu tunggu dekat luar minta makanan. Haha. Kadang-kadang kitaorang makan nasi dengan ikan kalau tak habis, gaul-gaul bagi je dekat diaorang. At least tak membazir makanan ada yang tolong tukang habis.

Cara sediakan makanan untuk mana-mana kucing yang kelaparan tapi tu la bila bagi makan dia melekat pula dekat rumah kita

Bila dah melekat dekat rumah, berak merata-rata, aduhai terpaksa sediakan cat litter tray supaya berak tak merata, nasib baik pandai berak dalam tu tapi satu hal la pulak asyik nak kena bersihkan je taik diaorang, kalau husband balik lewat kita pula yang tak tahan bau taik kucing dan lalat masuk ke dalam rumah

Baru-baru ni bila anak-anak kucing dah semakin besar makin kerap diaorang berak. Jadi kitaorang sediakan cat litter tray dengan makanan yang jenis bijirin tu ( Pro-diet) Fot kitten, kadang-kadang syafierayamin.com rebus ikan sardin yang beli pukal sebab murah campur nasi, memang kegemaran anak-anak kucing tu.Tapi kalau malas nak rebus bagi je diaorang makan makanan kucing tu.

Cuma dorang ni memang pandai berak dalam cat litter tray tu tapi kadang-kadang taik bersepah, syafierayamin.com memang tak pegang taik kucing tu, cuma guna penyapu luar rumah dengan penyodok kecil untuk tanah - kadang-kadang masa cuci taik dorang tak ada pula pakai sarung tangan sebab dah pakai penyodok kecil tu kan, ambil taik dorang letak atas kertas lepas tu balut balut buang dalam tong sampah. Tak pasti lah macam mana dan ke mana taik-taik kucing tu kalau buang dalam tong sampah, alahai kesian pengutip sampah terpaksa tahan baru taik dorang.

Gigih cuci satu halaman rumah dari taik-taik kucing sampai rasa macam nak terberanak je, syafierayamin.com ni memang pantang waktu hamil ni tengok rumah bersepeah seriously satu butir habuk pun buat syafierayamin.com ni rasa hidup tak tenteram. Tak tahu la kenapa, memang terlampau rajin sangat bila time hamil ni.

Ramai kata bahaya bela kucing ketika hamil, memang syafierayamin.com tak bela kucing tapi kucing tu dah melekat dekat rumah kita nak buat macam mana kan. Ada yang kata tahi kucing ni ada parasit lah bagai alahai lagila rasa macam serba salah sangat. Kesian kat baby dalam perut, sebab waktu hamil ni memang ada kekejangan kaki, demam selesema lepas bela kucing, tapi baby dalam perut still aktif dan bergerak seperti normal.

Ada yang buat ujian darah juga untuk pastikan bayi dalam perut tak terkena parasit tu.
Bole tak sesiapa yang share pengalaman bela kucing ketika hamil dan uruskan tahi kucing yang out door ni. Pengalaman anda sangat penting. hee. At least bukan kita je yang buat bersihkan taik kucing outdoor waktu hamil. huhu

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram