Barangan Keperluaan Ibu dan Baby ketika tempoh hamil/berpantang/Menyusu

11/13/2015 02:12:00 PM

Tak lama lagi je dah nak deliver baby ni, Jadi persiapan bayi dan ibu memang dah siap awal-awal hehe. Alhamdulillah beli apa yang mampu je la, banyak sangat barang mahal lah, baju baby sepasang pun ada yang sampai RM20++ kalau ikut bajet harapan nak baju baby murah-murah je dalam RM5 5 helai ke. Haha. Sebab baby ni nanti dah besar sudah tentu tak pakai dah baju newborn ni tapi boleh recycle balik lah untuk adik baru nanti, hehe.

Apa nak Bawa ke Hospital Bersalin Untuk Baby kalau ikut syafierayamin.com rasa nak bawa diri je malas nak bungku-bungkus kalau baby lahir sihat In Sha Allah sehari atau esok tu je dah boleh keluar dari wad bersalin, Jadi tak ada lah nak bungkus barang macam 1 almari nak bawa. syafierayamin.com listkan barang yang penting untuk barangan bayi yang perlu di bawa.
  1. Tuala mandi bayi
  2. Pampers Newborn 3-4 Keping
  3. Baju Newborn 2 helai
  4. Mitten dengan booties 2 pasang
  5. Barut perut bayi
  6. Bedung bayi
  7. Topi penutup kepala
  8. Just In case baby wipes
  9. Minyak telon bayi untuk pastikan bayi dalam keadaan hangat

Kalau untuk Ibu : syafierayamin.com nak bawa ke hospital:
  1. Vitamin Shaklee : Vita-Lea, B-Complex, Sustained Released Vita C, Omega Guard dengan ostematrix sebagai penambah tenaga katanya.
  2. Kurma 
  3. Stokin/ Kasut yang boleh panaskan kaki
  4. Bawa Bengkung moden sebab senang nak pakai nanti
  5. Bawa shampoo dan alatan untuk mandi lepas bersalin
  6. Minyak panas tak nak kasi angin masuk
  7. Pakaian baju dan seluar yang selesa lepas bersalin
  8. Tuala mandi/ Kain batik
  9. Lagi bagus bawa sekali tungku moden, untuk panaskan perut lepas bersalin.
  10. Just In case bawa pam susu - mana tahu nak buat stok susu ke.
  11. Bolehlah bawa surah yasin 
  12. Jangan lupa bawa IC dengan Buku Merah ( kalau lupa mahu tak pening kepala kau nanti )

Waktu pantang : Semua barang yang dalam gambar kat atas memang akan pakai punya. Nak berpantang selama44 hari, jaga pemakanan dalam 3 bulan, pantang dari suami dalam 4-6 bulan. Huhu memang betul-betul nak pulihkan badan ni. Nak kasi badan cantik dan slim macam anak dara kalau boleh biar kalah anak dara. Haha !

Untuk Ibu kat luar sana Good Luck ye ! ;)

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram