1 Tiub Vitamin B12 mampu menyelesaikan masalah Kulit Kronik

Produk buatan Switzerland adalah kali pertama syafierayamin.com dapat cuba. Selama ni banyak guna produk buatan US, Malaysia, China and Korea je. Yerlah produk mampu milik. Tapi kali ni rasa bertuah pula berpeluang nak cuba produk yang dalam 1 Krim mampu untuk menyelesaikan masalah kulit yang kronik. Memandangkan kulit syafierayamin.com memang ada masalah pun lebih-lebih lagi dengan parut jerawat yang lama dan liang pori yang terbuka luas.

Ini adalah salah seorang testimoni Krim Vitamin B12 Swissbel

Kotak Kecantikan yang syafierayamin.com terima dari Swissbel siap ada biskut lagi tu.


Contoh Krim yang anda boleh lihat di tangan syafierayamin.com

Selama seminggu dalam proses percubaan rasanya syafierayamin.com amat suka krim ni lebih-lebih lagi ianya boleh bertindak untuk mengembalikan keanjalan wajah dan keremajaan kulit sekali gus merawat kulit yang bermasalah seperti masalah parut jerawat dan liang pori terbuka.

"Swissbel Laboratories dermatologist" telah menghasilkan satu produk yang boleh dikatakan agak sesuai untuk semua masalah kulit iaitu "Vitamin B12 Cream PLUS." Fungsinya :
  1. Menaikkan Seri (Boost Radiance)
  2. Menganjalkan (Lifts)
  3. Perbaiki (Repairs)
  4. Mengetatkan (Tigthens)
  5. Melembabkan (Moisturises)
  6. Melicinkan (Smoothes)
Di Sebalik Rahsia Kecantikan untuk Kulit Sempurna dengan Swissbel Vitamin B12 Cream Plus
  • Sesuai untuk semua jenis Kulit
  • Bebas pewangi
  • Bebas-paraben
  • Tidak berkodemik
  • Diuji hypoallegenic (alergi)
Keberkesanan Vitamin B12 di bawah kajian klinikal
  1. Melicinkan parut baru dan parut lama
  2. Mengurangkan kedutan dan garisan halus
  3. Mengetatkan Liang Pori
  4. Mengurangkan kemerahan kulit
  5. Menganjalkan dan memudakan kulit dan leher
  6. Menghidrasi dan melembutkan kulit

Syafierayamin.com dapat 2 sample size dari Swissbel

Ni masalah kulit syafierayamin.com
 Masalah kulit ni dah lama dari syafierayamin.com 15 tahun lagi.
  1. Masalah parut jerawat lama dan yang baru
  2. Masalah parut ChickenPox
  3. Bibir kering kalau badan dehidrasi
  4. Masalah Liang pori terbuka yang tak reti reti nak tutup
  5. syafierayamin.com pun selalu tidur lewat tu sebab mata pun hitam macam panda
Pakai macam biasa, cuma sapu je kat kulit dan kat bibir lepas tu buat urutan supaya krim tu meresap dalam kulit


syafierayamin.com punya kulit lepas buat urutan pakai krim swisbel ni, nampak ketara tak lebih-lebih lagi bahagian bibir tu

Yang ni hari pertama cuba krim ni, boleh tahan juga kelembapan kulit yang dapat dirasai.

Lepas 5 hari, baru kurang sikit ketebalan parut jerawat dan liang pori terbuka tu
Mula-mula pakai boleh rasa lah krim ni sangat lembut rasanya sangat sesuai untuk sesiapa yang ada masalah kulit sensitif sebab bahan kimia dia tak panas, paling best bebas dari paraben tu. Lepas ni tak payah nak pakai mekap tebal-tebal untuk cover parut parut kat wajah. Cuma sapu je krim ni dekat bahagian yang bermasalah tu.

Kandungan Aktif yang ada dalam Krim ni :
  1. Vitamin B12 
  2. Squalane
  3. Rosa Centifolia Flower Water
  4. Salicylic Acid (BHA)
  5. Hyaluronic Acis
  6. Vitamin E,C, B3, Pro vitamin B5 
Saya berpuas hati lah juga dengan krim ni walaupun tak 100% kulit licin macam gadis k-pop tapi paling best dia dapat kurangkan sikit masalah yang ketara sangat tu. 1 Tiub ni macam masih banyak lagi walau pun dah guna dalam tempoh 5 hari. Bagi korang yang nak cuba produk ni bolehlah lawat

Swissbel Official Website: www.swissbel.com
Swissbel Malaysia Facebook Fan Page: https://www.facebook.com/SwissbelMalaysia

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com