Teknik Kegel atau Dikenali Teknik Kemut Rawat masalah kelonggaran faraj dan pembuangan air kencing untuk Ibu Hamil

10/22/2015 05:38:00 AM

Semalam macam biasa pergi temujanji dengan Klinik Kesihatan, biasalah tiap-tiap bulan kena lawat nak tengok kesihatan ibu hamil dan anak yang dikandung, telefon emak, emak kata masa dia 7 bulan baru jumpa misi sebab zaman dulu tak kisah sangat tengok-tengok je keluar je budak tu. Emak siap cakap mana ada minum air gula time dulu. Jealous I dengar.

Zaman sekarang mungkin banyak sangat penyakit tu la kena buat macam macam ujian, dari air kencing, darah, tekanan, sampailah cek gula dalam darah. Woo. Lengkap tau treatment ni paling best free cuma kena tunggu lamalah seab ramai sangat orang mengandung. Rasanya tak free lah sebab kita bayar cukai tiap-tiap bulan kan. Jadi duitnya arap sampai lah ke peruntukan untuk kesihatan rakyat Malaysia, tak gitu.

Latihan Kegel atau kemutan atau senaman lantai Pelvis. Tujuannya adalah untuk :
  1. Menguatkan Otot Lantai Pelvis.
  2. Mencegah masalah selepas bersalin yang akan timbul seperti kelemahan mengawal pundi air kencing dan rahim mengelakkan dari rahim jatuh.
  3. Mempertingkatkan kelennturan otot semasa proses bersalin.
Posisi :
Duduk, berdiri atau baring sambil tu kena lutut di bengkokkan.

Langkah-langkah :
  1. Bayangkan macam nak terkencing tapi kita tahan sambil tu ketatkan atau kemut otot pelvic untuk elakkan kebocoran.
  2. Bernafas perlahan-lahan sambil tahan otot 5 saat
  3. Lembutkan otot di sekitar pinggul dan peha.
  4. Rehat 10 saat
  5. Ulang 10x.
gambar google : Food4Health

Sebenarnya banyak senaman yang boleh dilakukan oleh Ibu Hamil, semuanya untuk mempermudahkan proses bersalin dan memberikan tenaga pada ibu juga.

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram