Suntikan anti-tetanus untuk ibu hamil

10/01/2015 12:04:00 PM

Semalam semuanya berlaku serentak. Cek Anak cek ibu dan sebagainya dekat klinik kesihatan ibu dan Anak. Yer la sebab husband tak dapat cuti banyak jadi kena jimat cuti.  Kalau tanya aku dengan perut sarat dengan Anak sulung lagi mana lah aku larat nak ke sana sini kalau tiada suami. Takkan nak harap emak kita pula. Kita pandai buat Anak kena lah pandai tanggung Tak mo lah susahkan orang tua kan unless betul2 terpaksa. Tapi keadaan tak ada mendesak sangat lah. Kalau dapat cuti pun rasa macam malas je nak ulang alik ke klinik buat cek up sebab apa sebab dah la ramai orang kena menunggu lama macam batu tunggul je kan. Daripada kita sihat pergi ulang alik klinik terus tak sihat rasanya Yer la kemungkinan kesan Stress gamaknya. Hihi.

Berbalik pada tajuk utama pasal vaksin anti-tetanus sepehamam aku ianya untuk cegah kancing gigi. Dari kecil aku ingat kancing gigi ni gigi terkatup sampai tak boleh buka. Hihi. Masa tu kecil lagi kakak aku tu la cerita kalau terpijak pakU berkarat kena ambil suntikan nanti kena kancing gigi. Dulu pernah terpijak paku berkarat Yer la budak kan lasak dan nakal. Hihi seram juga kena kancing gigi sampai menangis nangis kot. Takut gigi tak boleh buka. Heheh. Masa tu biasa lah imaginasi sampai macam tu sekali.

Jadi apakah sebenarnya tetanus/ kancing gigi ni ?
Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh racun dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Kuman tetanus boleh memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Ia akan merosakkan sistem saraf dan membunuh pesakit. Namun, ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin anti-tetanus (ATT).

Kepentingan Anti-Tetanus untuk Ibu Mengandung.
  1. Mencegah kelahiran bayi pra-matang
  2. Membentuk anti bodi yang kuat untuk mencegah kuman clostridium tetani
Pengalaman ambil suntikan anti tetanus.
Masa kena injection tu memang sakit lah lepas tu tiba-tiba jarum masuk rasa macam nak nangis bila syringe tu kena tekan terus rasa kebas semacam. Tangan belah kiri rasa lenguh je sampai ke malam. Badan jadi teramat letih. Asyik rasa nak berehat je. Tenaga macam hilang. Demam tak ada cuma rasa je macam nak demam. Apa lagi macam biasa panaskan batu tungku sungai tu terus tuam kat seluruh badan. Sebab badan betul-betul jadi kebas dan letih. Memang macam tu  kesan ambil vaksin. Rasa macam tak suka kan. Tapi itulah dorang kata baik mencegah dari terkena kuman yang berbahaya.

Aku hamil yang kedua ni rasanya sekali je kot suntikan ni. Sebab yang pertama 2x kena injection ni. Tak tahulah pengalaman masing-masing kan. Aku cerita je. Info pasal vaksin anti-tetanus ni aku ambil sikit sikit dari google. Hehe.

Gambar sekadar hiasan curi dari google




.


You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee