Sedih MAHAL sungguh Pakej bersalin di sekitar Kuala Lumpur - hajat dalam hati biar mati je ketika bersalin

Siapa yang duduk area Selangor atau Kuala Lumpur ni memang sudah sinonim dengan harga mahal biasalah kerja pun gaji rm2K-RM10K tapi yang macam mana pula gaji RM2K ke bawah tu.

Sudah lah baru-baru ini syafierayamin.com dikejutkan dengan wanita pantang 10 hari bunuh diri sebab post natal depression, wallahualam itu tak tahu lah sebab polis klasifikasikan itu sebagai mati mengejut. Tapi sekarang syafierayamin.com yang tengah gelisah dan dikatakan agak stress juga tengok Harga Pakej Lengkap bersalin ni. Mak aih ada yang sampai mencecah RM 4200 untuk 21 hari.. adoi kalau ambil orang gaji sebulan pun mungkin tak sampai kot RM 4K tu sedangkan orang kerja jadi nurse pun gaji RM1K - RM3K mengikut pangkat.

Bestnya ada orang tolong jaga kita berpantang dekat rumah sendiri - gambar ilusi sahaja


Mula-mula ingat nak berpantang sendiri konon tak nak susahkan Emak atau MIL. Bila cerita dekat husband dia pun risau juga bila kita berkeputusan nak berpantang sendiri kat rumah - dia cakap sekarang banyak sangat nak bayar sampai nak hire orang gaji pun bukan at the moment yerlah baru masuk rumah baru banyak duit guna dekat rumah baru ni, jadi tahun depan baru stabil sikit. In Sha Allah, tapi diberi rezeki anak kedua ni jadi kenalah bersiap sedia untuk semuanya, Mengandung tak susah berbanding kehidupan lepas bersalin. Yer lah waktu pantang kena jaga elok-elok kalau tak nanti sampai angin meroyan naik dekat kepala, Waktu pantang ni waktu ibu. Jadi memang sedih bila kita kena kuatkan mental dan kuatkan semangat untuk elakkan Sakit Jiwa dan hilang pertimbangan.

Sudahlah banyak pakai duit waktu mengandung sampai anak lahir, ye sebab mengandung kena makan benda-benda sihat kalau ada yang nak topup makanan supplement sudah tentu banyak duit nak guna - tapi itulah pengorbanan untuk pastikan anak dalam kandungan sihat jadi tak baik nak pertikaikan rezeki yang dah diberi - ada je rezeki untuk anak ni.  Betullah memang kuat betul ujian nak hidup dekat dunia ni.

Jadi syafierayamin.com kalau boleh nak cari tukang urut yang boleh urut betul-betul badan ni lepas bersalin dengan harga mampu milik. Sebab kalau syafierayamin.com ni orang kaya sudah tentu boleh ambil pakej bersalin RM4,200 tu. Huhu tapi bila fikir, loan rumah nak bayar, prudential lagi..wooh memang tak mampu lah hire sorang dengan kos macam tu sedangkan tukang urut yang bekerja dekat spa tu pun BOS dorang bayar RM900 je sebulan gaji basic, pfft.Padahal dia urut orang 3 hari pun dah boleh dapat RM150+.

Jadi ibu-ibu dekat sana Jom paste nombor telefon bidan-bidan harga mampu milik untuk ibu yang lepas bersalin, supaya ringan beban mereka yang sakit ni.. tolong paste dekat komen.. Biarr semua orang boleh dapatkan khidmat mengurut dari orang yang betul-betul ikhlas nak merawat ibu lepas bersalin ni...

Kadang-kadang bila dah stress sangat - hajat dekat hati biar mati waktu bersalin atau mati waktu pantang.. tapi suami dengar mengamuk dia... sayang dia kat bini dia ni haa... ;((

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com