Punca anak-anak derhaka, wajarkah ibu bapa dipersalahkan ?

Hari ni aku dah buat silap apabila mengungkit kenangan pahit dahulu pada orang tua ku. Tak pasal-pasal terpaksa hadam respons dari mereka,  

"nanti anak kau buat macam tu balik dekat kau baru kau tahu"

pfft, itulah orang kata tak baik mengungkit benda lama. Biasalah benda lama itu dalam memori kita kot kadang-kadang mestilah nak teringat balik kan, Macam cerita Inside Out.

Parents dia walaupun anak-anak dia melarikan diri tapi disebabkan memori indah buat anak dia kembali dekat ibu bapa dia balik.

Biar aku dalam bab keagamaan orang pandang macam layak ke ? Tapi aku tetap belajar juga, tak terlambat pun nak belajar, perjalanan masih jauh, jadi aku suka juga nak berkongsi. Jangan di nilai seseorang dari luaran.

Bab paling Rayyan dan aku suka tengok dalam Inside Out.
Rasanya syafierayamin.com tak perlu sangat lah nak cerita masalah keluarga pada orang lain sebab I yakin rata-rata rakyat Malaysia dalam Malaysia ni memang masing-masing ada kisah suka dan duka dalam hidup sendiri. Jadi kita sama-sama lah 50-50 kan, sedangkan pemimpin kita pun pening dengan kita apatah kita sendiri lagi pening dengan diri sendiri.

Jadi ini kisahnya - Saya bukan mencari Anak Derhaka Pada Ibubapa tapi saya mencari Mengapakah anak-anak menjadi derhaka pada ibu- bapanya, Saya cuba mencari di google. Masih lagi rata-rata menjawap ala-ala kaunselor :
  1. Biarpun sekali pun ibunya pelacur, etc etc - anak-anak tetap tak berhak melawan atau derhaka pada ibunya lebih-lebih lagi anak lelaki.
  2. Macam mana pun ibu bapa kita, mereka yang melahirkan kita ke dunia ni dan menjaga kita sehingga besar, etc.
  3. Doa ibu bapa lebih termakbul untuk anak-anak.
  4. Ibu bapa lah pembuka rezeki untuk anak-anak.
Saya tak nafikan memang apa yang saya jawapan yang saya jumpa adalah jawapan memang sebetulnya.

Tapi saya masih tertanya-tanya, apakah punca Anak-anak derhaka pada anak ? Saya sebagai ibu saya terpanggil dan terasa nak tahu sangat-sangat puncanya, sebab saya terasa macam saya ni seorang anak derhaka je. Jadi saya terjumpa satu pandangan menarik pada saudara yang tak kenali dari page Halaqah.com.



Jadi kalau kamu dah baca artikel kat atas ni, jom lah berkongsi pendapat masing-masing tentang kisah apakah penyebab anak-anak jadi derhaka, takkan nak salahkan anak-anak je kan ? Macam lah kita ni malaikat betul je semua, sampai anak kita sendiri terpaksa memendam rasa bersalah padahal ibu bapa sendiri yang bermasalah.

Jangan lah buka peluang dan ruang untuk anak-anak kita menjadi derhaka. Jadikan mereka sebagai rakan kita, cuba tengok non-muslim rata-rata anak mereka pun ada baik juga walaupun mereka bukan orang islam pun. I kenal mereka tu sebab saya boleh berkata macam tu, kadang-kadang ikatan kekeluargaan mereka jauh lagi kuat dari kita yang duduk berceramah dan mencari salah orang sahaja.

Jadi persoalan ini masih belum terungkai sehingga saya terjumpa sajak dari seorang penulis :

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

– nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat! :)
http://tudungsicomel.com/nasihat-bagi-yang-ibu-bapa-yang-suka-marah-marah/
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/s : Ibu bapa  sekalian bolehlah belajar perbaiki diri sendiri dan hadam. Apa punca anak-anak jadi derhaka. Yang tua pun masih boleh belajar, belajar dari kesilapan. Penat I google dan membaca ini sampai lewat pagi untuk mencari ilmu tips keibubapaan. Maish belum terlambat selagi tidak mati lagi. Terima kasih kerana sudi membaca. Apa yang buruk datangnya dari saya, apa yang baik datangnya dari Allah <-- ayat biasa yang selalu dengar dari penceramah.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com