Minyak Wangi Pilihan - Fragrance Du Bois


syafierayamin.com tertarik sangat dengan minyak wangi Fragrance Du Bois, jatuh hati pada minyak wangi ni masa dapat sample dekat event Poh Kong satu masa lalu. Bau dia Ya Ampun sampai ke malam tak hilang-hilang, aroma dia pun tak kuat, boleh serasi untuk hidung ni. Letak setitik je tu sampai melekat suami.

Jadi baru-baru ni Fragrance Du Bois telah melancarkan satu wangiaan yang baru iaitu London Oud, eii seronoknya kalau dapat sebotol penuh macam ni. Botol pun nampak bergaya, kalau dapat sebotol imaginasi berada di London mesti di dalam otak je.

Pencipta minyak wangi Fragrance Du Bois London Oud ni ialah David Haye iaitu seorang
bekas Juara Tinju Heavyweight Dunia. (former World Heavyweight Boxing Champion) Semuanya gara-gara lagu 'London Calling' yang ditulis dan persembahkan oleh Iconic British Punk Rock Band The Clash. Jadi mungkin disebabkan lagu ni, terciptalah 'London Oud' ni.

Antara kelebihan "London Oud"
  1. 100% Semulajadi
  2. Aroma yang unik, 'Oud-based' yang mencerminkan tentang sejarah kehidupan di London dengan bandar-bandar yang mewah, menunjukkan kekayaan dengan kepelbagaian budaya dan warisan.
  3. Bahan yang terkandung agak unik antaranya  Lemon, lavender, patchouli, marine notes, cedarwood, – Asia Plantation Capital’s 100% pure, natural Oud Oil.




TAHNIAH pada Fragrance Du Bois untuk Ulang tahun Pertama

Sambutan ulang tahun FDB pada Oktober ini telah berlangsung di The Fullerton Hotel, Singapore, dan di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia. syafierayamin.com sangat sedih tidak dapat hadir pada majlis yang grand ni.

Sau-satunya produk wangiaan yang di jamin di uruskan oleh syarikat Asia Plantation Capital yang mempunyai sumber asli Minyak Oud.

Jadi bagi anda yang berminat dengan Fragrance Du Bois, bolehlah layari :
Butik dekat Malaysia :

Malaysia

F6 Explore Floor, Starhill Gallery
181 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: +603 2144 1311
Email: my@fragrancedubois.com

Opening hours:
10:00am - 10:00pm
http://www.fragrancedubois.com/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com