Masalah Rabun Bukan Penghalang untuk Kelihatan Cantik.

Semalam syafierayamin.com berpeluang untuk mengikuti kelas dan 'private event' dari Acuvue Define® untuk mempelajari tentang masalah mata, dan kebaikan kanta lekap yang mempunyai perlindungan dari sinaran UV.

Setiap wanita mempunyai keistimewaan sendiri jadi untuk anda yang ingin menyerlahkan kecantikan semulajadi yang anda miliki, Acuvue Define® telah mencipta kanta lekap khas untuk anda.
Banyak aktiviti menarik yang telah dilakukan sepanjang acara berlangsung antaranya :
  1. Ice Breaker
  2. Pengenalan 1 Day Acuvue Define® dengan LACREON™
  3. Pelbagai Games Aktiviti
  4. Pengenalan "Better Vision"
  5. Photo Wall
  6. Hi-Tea
Kanta Lekap Acuvue Define® mempunyai kelebihan yang telah direka khas untuk :
  1. Perlindungan selama 20 Jam untuk memastikan mata anda dalam penghidratan yang baik untuk keselesaan sepanjang hari.
  2. Seperti mana kulit anda memerlukan perlindungan dari matahari, mata anda perlukan perlindungan sinaran cahaya matahari juga, jadi Kanta Lekap Acuvue Define® adalah salah satu jenama yang mengikut Piawaian perlindungan UV.
  3. Rekaan kanta lengkap Acuvue Define® tersangat sesuai untuk mereka yang ingin serlahkan kecantikan secara semulajadi dan mata nampak lebih bersinar.
  4. Setiap 1 kotak Acuvue Define® mempunyai 10 pek kanta lengkap.
  5. Acuvue Define® Khas untuk mereka yang lebih sukakan kebersihan tanpa banyak gunakan tenaga, hanya pakai dan buang, tidak perlu simpan dan tidak perlu dicuci.
  6. Sangat sesuai untuk pemakaian pertama dan mereka yang ingin pakai ketika mempunyai hari istimewa.
  7. Terdapat  3 styles : Accent Style dengan black limbal ring, Vivid style dengan brown limbal ring dan Dark Grey dengan limbal ring+gold shine.
  8. Dijual RM50 Setiap 1 kotak yang mengandungai 10 kanta lengkap.
syafierayamin.com tengah memakai vivid style, mata nampak lebih bermaya dan bersinar


3 warna semulajadi yang anda boleh didapatkan di kedai optometry berdekatan kediaman anda


Acuvue Define® dengan LACREON™  juga mempunyai teknologi BWIC ( Beauty-Wrapped-In-Comfort )  satu kanta lekap paling nipis dipasaran juga menggunakan teknologi unik Beauty-Wrapped-In-Comfort ™ (BWIC™), dimana warna ditanam antara dua lapisan lutsinar kanta nipis yang diperbuat dari Etafilcon A bagi menghalang pigmen dari bersentuhan dengan mata. Teknologi ini bertepatan dengan falsafah Johnson & Johnson iaitu untuk mempromosi kesihatan mata untuk semua.

Pastikan anda melakukan ujian mata di Better Vision sebelum menjadi pengguna kanta lengkap Acuvue Define®
Bagi anda  yang berminat melakukan ujian mata dengan pakar optometrist yang bertauliah dan profesional, anda boleh melawat kedai mata Better Vision. Antara servis yang ditawarkan :
  1. Peralatan disediakan di setiap bilik ujian mata untuk kesihatan mata anda di setiap aspek.
  2. 12 langkah BVAX ujian mata akan dilakukan untuk mengenal pasti dan menilai masalah/keperluaan penglihatan mata mengikut umur, kondisi kesihaan, pekerjaan dan juga gaya hidup.
  3. Di Better Vision juga terdapat koleksi pemakaian sunglasses yang berkualiti seperti Chanel. Dunhill, Prada, Gucci dan sebagainya.
Terdapat 3 gaya semulajadi sari Acuvue Define® untuk mata anda.

Duta Acuvue Define® ialah Jojo Goh  yang telah menjadi testimoni selama 6 bulan.

Kredit Image : Google Galaksi-Media

  • Jojo telah jadikan Acuvue Define® sebagai rutin kanta lengkap dan tidak boleh bayangkan jika Acuvue Define® tiada bersama.
  • Acuvue Define® telah menjadikan Jojo sangat selesa ketika berada di set penggambaran.
  • Ketika berada di luar, Jojo telah diyakinkan bahawa Acuvue Define® mempunyai perlindungan UV mengikut piawaian.
  • Jojo sangat sukakan pek 10/pieces kanta lengkap Acuvue Define® sebab senang dibawa kemana-mana ketika waktu travel juga. 
Untuk maklumat lanjut tentang 1.day  Acuvue Define® dengan LACREON™ dan juga pengedar yang sah sila lawati www.acuvue.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com