Kisah di klinik kesihatan kerajaan : datang paling awal tapi dapat nombor 8

10/01/2015 11:25:00 AM

So reason aku buat post cerita ni sebab aku tak puas hati dan aku tak tahu mana nak bagi tahu... bagi tahu dekat suami dia suruh beritahu dengan misi yang aku datang paling awal.. witness sudah tentu yang tukang sapu tapi salah aku lah agaknya siapa suruh datang awal-awal kan.. memang stupid juga lah aku ni.

So cerita nya macam ni, semalam aku bangun 5 pagi siapkan apa patut bawa bekal memandangkan nak berjimat cermat la ye. Lepas tu siap siap mandi pakai mekap Like usual pakai minyak wangi cantik cantik.. and then 7.00am terus husband pergi hantar ke klinik kesihatan +++ malas nak mentioned klinik mana pun.

And then dah sampai sambil menunggu dah letak buku dalam bakul semua tu. 7.30am macam tu terus ibubapa yang lain berpusu-pusu letak buku dorang ada juga yang main suka suka ubah kedudukan buku. Aih geram pulak kita. Yer la dah la datang awal lepas tu tak dapat menikmati kedatangan sebagai orang pertama.

 Lepas tu misi pun baru masuk kerja. And then I beritahu dekat dia yang I dah sampai awal. Lepas tu dia siap marah lagi "tunggu je la ada saya bagi nombor lagi" dengan nada meninggi kan suara. Kita pun rasa macam nak tampar pun ada muka misi tu. Tapi sabar je la ye. Memang macam tu kot servis dari kerajaan. Baik kita tak payah datang awal. Reason datang awal sebab kita banyak urusan lain lagi nak di setelkan. Ingat senang senang je ke nak dapat cuti yang kerja jenis swasta ni kan.

Tak pe la aku redha je la kan pengalaman hari ni. Nasib korang kira baik lah dapat orang yang penyabar macam aku ni. Kalau dapat yang panas baran mungkin dekat situ juga kau kena maki. Hu3.

Sedih datang awal tapi dapat nombor yang kelapan. Sian Anak aku teman mak dia yang buyung ni. Ikutkan hati nak dengar cakap mak je tak payah datang klinik hihi.

Servis yang lain okay la cuma kat klinik ni macam malas sikit rasanya sebab ramai sangat kan ibu hamil kat malaysia ni.

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee