Jom Rawat Masalah Anda Yang ketagih Video Lucah

Harini syafierayamin.com nak update cerita yang sebenarnya adalah cerita yang agak asas untuk para suami isteri mendapatkan anak iaitu seks. Ramai yang malu dan agak sensitif pasal topik ni tapi sebenarnya diam-diam cuba-cuba juga ye. Paling parah rupa, pakaian dah tersangat baik, tup tup tup terlahir insan yang tak bersalah pula.

Jadi tak perlu takut dan gusar,m mula-mula macam malu juga nak update pasal ni tapi nak buat macam mana, gejala masalah sosial semakin teruk berleluasa di zaman Pimpinan Najib. Eh tak baiklah salahkan PM kita, tak baik tau.

 Daripada nak salahkan pemimpin kita, baiklah kita yang individu diberikan akal ni gunakan sebaiknya otak tu unless kita ni sendiri ada masalah mental. Hari-hari nak mengadap  benda yang 'syok' tu kan, ha ha ha.

Gambar ambil dari google search : Ibnu Hasyim


Jadi berbalik pada cerita ni, ada pasangan yang tengok video lucah sebab dorang tidak tahu teknik untuk melakukan hubungan seks. Jadi mungkin kerana terpaksaan - mereka menonton lah. Hmm zaman dulu ada ke video-video lucah ni, tengok subur je orang zaman dulu sampai boleh beranak sampai 10 orang anak. Nak tahu rahsianya juga ? Tapi tak mungkinlah dorang tengok video video aksi ni sebab zaman dulu mana ada lagi teknologi akses yang semakin mudah macam zaman sekarang ni. Oh ya, kalau tengok filem-filem lama pun perempuan zaman dulu pun seksi-seksi juga kan. Jadi mana datangnya benda semua ni ? Kalau pendapat saya. Benda ni dah amcam natural untuk segelintir manusia, yer lah setiap manusia memang mempunyai nafsu, dan nafsu ghairah pada seks tu adalah salah satu.

Kalau ikut sains, kalau kita buat hubungan intim > ada kimia akan masuk ke dalam otak iaitu  Dopamine, salah satu bahan kimia yang memberi stimulasi pada diri.

Faktor penyebab utama masyarakat zaman kini ketagih menonton 'Pornografi'
Rasanya bukan orang remaja je yang terlibat malahan orang tua juga tau, ahli politik kita juga takkan tak ingat yang video video nak aibkan ahli politik sorang ni, eh malaslah nak cerita nanti kena simen !
  1. Senang akses dengan teknologi yang ada kini, taip je ' seks,porn,vagina, dan sebagainya' confirm keluar video atau gambar. Paling sadis - korang taip NANAS kat google, apa yang keluar ? Nak cari pasal buah nanas terkeluar pelik-pelik. Jadi taiplah 'Nenas'
  2. Nak kahwin banyak kos, tak tahan nafsu, jadi terpaksa lepaskan nafsu dengan diri sendiri, mencari bahan perangsang ( Pornografi dan sebagainya )
  3. Yang dah berkahwin, isteri tak puas dengan suami ataupun suami tak puas dengan suami, jadi mencari alternatif lain untuk melepaskan nafsu syahwat.
  4. Kurang didikan agama ? Betulkah ? Rasanya yang terdidik dengan agama dari kecil pun kadang-kadang tak tahan nafsu. Susahkan jadi manusia ? Bila nafsu menguasai diri, pelindung diri pun tak dapat terkawal, yang boleh kawal memang syafierayamin.com salute.
  5. Bila terasa sendirian dan tiada peneman juga adalah salah satu faktor mengundang manusia ni untuk melihat pornografi.
  6. Penyanyi-penyanyi dalam TV pun menari melampau-lampau, lebih2 lagi penyanyi Barat & Korea dah mula menguasai media TV kita ni, kalau boleh bergoyang-goyang punggung dengan payudara rasa macam nak tercabut je, stress mak jemah tengok ! 
Kesan-kesan atau impak pada diri jika ketagih menonton video lucah
  1.  Emosi kerap berubah dan mainan mental yang sangat teruk.
  2. Mudah jadi pelupa.
  3. Badan menjadi lebih tidak sihat dan kurang rehat.
  4. Mata jadi lebam kadang-kadang ketumbit tumbuh, haha padan muka.
  5. Kalau selalu tengok cerita lucah, karakter pelakon tu berbeza-beza, impak yang sangat besar jika anda yang sudah berumah tangga, anda jadi tak keruaan melihat orang yang sama sahaja atas katil, anda mahukan wajah lain pula dan aksi lain. Kalau lelaki mulalah gunakan ayat nak kahwin baru sebab isteri pertama dah tak sedap, kalau yang isteri pulak naik muak tengok muka laki sendiri. Haha. Macam  tu lah kot kesannya.
  6. Bila dah tengok video lucah secara automatik akan berlakulah perbuatan onani.
Banyak sangat kesan tapi tak tahu mana yang betul lah. Korang boleh google lagi pasal ni. Banyak rupanya yang update, mungkin diri sendiri pernah buat jadi sendiri nasihatkan diri sendiri.

 Jadi kalau dilihat stastik dalam google, rasanya 'PORN' ni  pun tergolong dalam cari dalam most searched BROWSER google.

Jadi,

Bagaimana CaraUntuk Hilangkan Ketagihan Menonton Video Lucah ni ? Rasanya tak mudah.
  1. Fokus pada aktiviti harian, bagi wanita suri rumah bolehlah cuba resepi masakan baru, bermain dengan anak-anak, kemas rumah, atau fikirkan rancangan terbaik untuk keluarga.
  2. Lupakan terus pasal porno, kadang-kadang bila kita asyik fikir pasal nak berhenti tengok porno, kita akan rasa nak menonton lagi kemudian kata taknak tengok lagi, tapi nak tengok lagi. Macam mana tu ? Susahkan nak kawal nafsu. Seeloknya Lupakan terus je, luangkan masa dengan keluarga.
  3. Lakukan senaman, setiap kali nak tengok porno je, angkat kaki, bangun dan lompat-lompat supaya darah lalu dengan baik, kalau tidak buat aktiviti darah akan terus berada di bahagian kemaluaan, tu sebab mudah terangsang.
  4. Bergaul dengan rakna-rakan yang positif. Hmm. Kalau yang suri rumah tu boleh lah main chit-chat dengan kawan-kawan.
  5. Tanamkan perasaan takut dan malu pada tuhan, sebab tuhan nampak apa kita lakukan. 
  6. Bertaubat dan usaha taknak tengok video lucah lagi, cuba dan cuba, kalau tak boleh juga, pergi rendam kepala dalam baldi.
  7. Tak tahulah, kena cuba kalau tak cuba tak tahu, kalau tak boleh juga, mohon terjun bangunan, pfft. Not so helping kan !
Jadi macam mana ? Saya pun tak pakar dalam bab mental manusia, seperti yang kata kehidupan seks adalah natural, ada sahaja cara untuk memuaskan nafsu tu, samaada diredha oleh Allah dan di benci oleh Allah.

Kalau ikut orang putih bagi diaorang normal, kalau ikutkan agama rata-rata semuanya tak bersetuju cara puaskan nafsu dengan kaedah menonton video lucah dan onani. Jadi mana silapnya ? Apa yang berlaku pada generasi kita semua ?

Kalau dah selalu tu boleh bertaubat bersungguh-sungguh dan hadam ayat ni.


"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (yakni) Orang-orang yang khusyu' dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya" [TMQ al-Mukminun:1-5]


Sumber Rujukan :
https://kokotiam.com/bahan-lucah-memberi-kesan-kepada-diri-anda/
http://cloudboy93.blogspot.my/2013/03/apa-itu-onani-dan-keburukannya.html

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com