Cabaran berpantang seorang diri. Persediaan awal.

10/12/2015 01:20:00 AM

Harini dah nak masuk 7 bulan hamil anak kedua, jadi tempoh untuk bersalin tak lama lagi sahaja. Takut ada, gelisah ada, semua ada, siapa yang tak takut memang I respect lah. Huhu.



Sebab perasaan takut tu ada antaranya
  • Fikir macam mana baby nak keluar sama ada secara normal atau czer ( anak pertama bersalin normal)
  • Perlu ke kena ambil ubat tahan sakit/ epidural. ( Kalau boleh taknak )
  • Doktor apa yang nak sambut ( Lelaki ke perempuan )
  • Macam mana dengan suami dapat masuk ke tak ? ( Yang pertama dekat hospital kajang, suami tak dapat masuk ) Yang kedua ni Insha Allah ( Hospital Ampang, dengar kata suami boleh masuk ) Tapi persoalannya, siapa nak jaga anak pertama. Kalau boleh memang tak nak susahkan orang walaupun saudara-mara sendiri.
  • Bayi apa yang keluar ( baby girl ke baby boy ) Tak nak scan lah sebab nanti kecewa dengan apa yang diidamkan jadi tunggu je la baby apa yang keluar je. 
  • Bentuk muka, bentuk badan baby. ( kalau biarlah cukup sifatnya )
  • Baby sihat tak lepas bersalin ? ( Insha Allah baby tolonglah sihat jangan ada sakit-sakit ye atau jaundice)
  • Nak berpantang macam mana ?
Itu antara perasaan yang aku tengah alami sekarang ni. Masa berpantang anak pertama dulu, aku pantang dekat rumah sendiri seminggu, lepas tu 2 minggu rumah MIL, 4 bulan rumah mak aku. Aku kesian dekat suami aku tiap-tiap minggu dia datang melawat aku ketika aku berada dekat rumah mak- mak aku. Tak sampai hati tengok dia ulang-alik tapi itulah orang kata pengorbanan suami tu.

Masa berpantang anak pertama - memang sangat sukar. Sebab aku habis je beranak suami bawa aku pergi makan dekat Muslim Chan. Dah lah letih badan lepas tu terus pergi makan dekat restoran tu, kesian tak aku ? Memang aku tak boleh nak marah dan nangis sebab memang aku tak larat. Sudah-sudah restoran tu sudahlah level bawah ramai orang - terpaksa naik level 2 korang bayangkan aku naik tangga nak naik ke level atas kot. Seram weii bila teringat kembali.

Lepas tu berpantang dekat rumah seminggu, kena travel jauh balik rumah MIL, bayangkan letih woo perjalanan yang jauh. Lepas tu balik rumah emak sendiri pula - perjalanan yang jauh telah membuatkan aku  jadi (PANTANG TRAVELLER). Meroyan lah aku nampaknya nasib baik waktu tu badan cepat juga lah sembuh - tak ada masalah tertumpah darah and so on. Alhamdulillah aku amalkan set Shaklee waktu tu ( Masih belum jadi ahli waktu tu ) Memang paksa suami belikan lah set pantang shaklee. Tak kira-tak kira. Hihihi.

Yang berpantang anak kedua ni memang aku nekad nak pantang sendiri seriously ( Tak kira apa nak jadi pun ) emak macam tak bersetuju dia suruh pantang dekat rumah dia sebulan. Tapi tu la memang aku kata tak nak susahkan sesiapa, dia cakap tak baik abaikan saudara yang nak tolong, Ya Allah memang betul aku serba salah bila terfikir emak cakap macam tu. Bukan aku tak nak orang tolong tapi aku taknak susahkan orang, aku ingat lagi dulu waktu aku kahwin ada yang tolong - tapi tak sangka ada yang mengungkit - mungkin bukan dari kalangan keluarga aku tapi ada je mulut-mulut lain, rasa tak sedap lah kan sampai ada yang kata kita tak kenang budi gitu. Stress tak ? Jadi itu memang keputusan aku nak berpantang sendiri. Memang aku tak nak harapkan bantuan orang sebab nanti kita hidup pun terpaksa secara individual kan. Antara sebab nak berpantang sendiri :
  1. Prefer lepas bersalin dekat hospital terus balik rumah sendiri - tak nak singgah mana-mana, tak nak singgah kedai makan, dan tak nak travel jauh-jauh walaupun dalam kereta.
  2. Suami ada - ofis dia dengan rumah lebih kurang 30 minit je, jadi hari-hari dia boleh tengok anak dia, tak macam masa zaman berpantang anak pertama dulu, seminggu sekali je boleh lawat sebab dia kerja jauh dari rumah MIL mahu pun rumah emak sendiri.
  3. Memang tak nak susahkan sesiapa.
  4. Nak berpantang tanpa gangguan orang lain kalau boleh nak quarantine diri sendiri dengan anak-anak macam kucing hutan, hihi.
  5. Rumah sendiri nampak macam selesa untuk berpantang sendiri.
  6. Emosi dekat rumah sendiri rasanya lebih baik, sebab kalau dekat rumah orang lain, bukan emak sahaja yang ada, tapi orang lain maksudnya ada abang ipar atau lelaki yang lain, walaupun dengan ayah sendiri pun kadang-kadang kita sendiri tak selesa kan ? Kita bukan boleh banyak bergerak, kalau sudah duduk setempat sudah tentu malas nak bangun, kalau duduk dekat ruang tamu sambil menyusu anak sebab nak tengok TV - orang lain sudah tentu nak tengok TV- tak ke masa menyusu tu nak kena tutup tutup pula, alahai stress sungguh.
  7. Tapi memang jujur aku katakan kalau boleh masa aku berpantang aku taknak lelaki lain tengok selain dari suami dan anak aku je. Aku rimas hehe.
  8. Kalau pantang dekat rumah sendiri, nak pakai baju apa apa pun boleh, lagi satu selesa sangat kalau tak tengok muka orang lain.
  9. Kalau pantang dekat rumah sendiri tak payah nak dengar orang lain berceramah macam mana nak jaga anak, etc- etc. Sebab lagi kita dengar orang berceramah lagi kita rasa down je rasa macam tak reti jaga anak pulak ye tak ? 
  10. Pengalam berpantang yang pertama membuatkan aku nak berpantang sendiri di rumah.
Cuma memang aku selalu terfikir, aku kan ada rumah sendiri, aku ada suami, peralatan dekat rumah serba-serbi lengkap. Ada mesin basuh elektrik, pemanas air yang 24hours ON, peti ais, kalau nak katakan memang lengkap lah, kalau duduk rumah aku ni memang rasa taknak balik lah, jadi aku terfikir aku lebih selesa duduk dekat rumah sendiri, sebab waktu aku mengandung kan duduk dekat rumah sendiri, jadi aku fikir anak dalam kandungan ni selesa sudah duduk dekat rumah ni. Persekitaran rumah pun agak selesa, sejuk sejuk suam.

Bila di google kembali bolehkah aku berpantang sendiri ? Mula-mula macam ragu-ragu sangat. Tapi ada yang kata boleh berpantang sendiri, jawapan dia sama macam dalam fikiran aku taknak susahkan orang lain. Stress juga oh bila memikirkan perkara sebegini.  Aku tak nak fikir emosi orang lain semasa tengah pantang, sebab ramai yang macam makan hati bila aku kata nak berpantang sendiri. Pleaselah doa lah aku boleh berpantang sendiri instead of sakitkan hati aku dengan kata-kata ( Kalau sakit badan sendiri tanggung sendiri ) What to expect? Memang lah lepas bersalin sakit badan kan - waktu berpantang tu waktu untuk penyembuhan lah, ada ke yang tak merasa sakit waktu lepas bersalin ? Cuba bagi tahu siapa yang badan kuat sangat lepas bersalin tu?

Persoalan : Cabaran Bersalin seorang diri untuk anak kedua.
  1.  Bila suami pergi kerja, siapa nak jaga anak pertama ? Anak pertama sudah tentu tak nak tinggal dengan orang lain sebab selalu dengan mama dia je.
  2. Bila suami pergi kerja, siapa nak basuh berak anak pertama kalau dia berak waktu ofis hour suami, siapa nak mandi kan baby ? Pfft, pening juga.
  3. Kalau suami terlupa nak masakkan nasi panas, ikan bakar, apa lah kita nak makan ye ?
  4. Boleh kah kita bangun nak uruskan diri sendiri seorang diri ?
Cadangan untuk persoalan yang berlegar-legar dalam kepala :
  1. Yang pertama apa aku perlu buat kalau nak berpantang sendiri, aku dah prepare awal-awal lagi sebelum bersalin - Aku siapkan pam susu, vitamin shaklee, stoking, bantal panas sendiri.
  2. Mental kena kuat - ini lah yang aku nak praktik kan sebab macam tak tahu lah macam mana mental aku waktu tu. Doakanlah aku kuat ye.
  3. Sebelum suami pergi kerja aku dah pesan awal-awal tolong sediakan nasi panas, air suam, mandian panas pagi-pagi. Banyak juga kerenah aku, tapi aku dah boleh nampak waktu aku hamil anak kedua ni dia banyak membantu kot, kadang-kadang dia masak, dia tolong sidai kain, dia lipat kain, dia tolong angkat makanan, tolong sapu rumah, mandikan anak pertama dan boleh dikatakan dia banyak membantu sangat-sangat, Alhamdulillah.
  4. Sudah tempah awal-awal tukang urut. Yang ni memang tersangat aku perlukan, aku nak urut selama 5 hari berturut-turut. Memang itu lah yang aku nak sangat-sangat.
Apa yang aku harapkan memang aku nak berpantang sendiri kalau boleh dengan tak ada masalah. Aku nak sangat belajar macam mana berpantang sendiri sebab pengalaman pantang dulu dengan orang, aku memang tak selesa sangat, bila terkenang kembali macam sedih. Jadi kalau dah sedih cara berpantang pertama, takkan lah aku masih nak fikir berpantang dengan orang kan ? Baik berpantang sendiri, Insha Allah boleh. Good Luck untuk diri sendiri. Jangan stress-stress. =D



Aku doa time ni aku bersalin secara normal lah, kalau Czer (minta dijauhkan) mungkin perlukan bantuan orang terdekat. Hee. ;)





 

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee