Bilalah TM nak pasang Unifi dekat rumah kita ni?

Ye harini syafierayamin.com nak update sangat apa yang terbuku dalam hati ni. Sudah hampir 10 bulan duduk dikawasan perumahan baru ni tapi masih tak ada lagi jalur lebar internet. Sudahlah harga internet dalam Malaysia agak mahal - tapi betullah orang kata ilmu tu kan mahal.



Sebab nak ada internet tanpa batasan :
  1. Nak search education info for anak - interactive youtube songs ABC, Alif Ba Ta, matematik dan sains.
  2. Nak update resepi, tempat yang dilawati dalam blog.
  3. Nak tahu pasal isu semasa. Taknak fokus media televisyen sangat sebab sudah tentu ditapis.
  4. Cerita pasal ekonomi negara yang turn naik turun naik.
  5. Nak tengok Hypp TV - sebab tak pasang Astro - tak mampu bayar Astro sebab siaran pun ulang-ulang je. Rasa macam rugi bayar bulanan kalau dok tengok benda sama.
  6. Internet memudahkan untuk dapat informasi melalui hujung jari.
  7. Boleh main DOTA 2 haha untuk kaki gamers.
  8. Jimat tak payah fikir takut nak download benda-benda berinformasi.
  9. Whatsapp dengan rakan risau data habis cepat.
  10. Tak mampu bayar internet lain mahal.
Tapi tu la, dah telefon TM - TM suruh penghuni penduduk taman buat request/petition kalau boleh lebih dari 30-50 orang supaya TM nampak demand kat tempat ni. Rata-rata dah ramai yang applied internet TM kat sini tapi masih tak ada respons dari TM lagi, sedih je. Bajet 2016 dah buat peruntukan tau untuk internet jalur lebar di kawasan pedalaman tapi masalahnya saya tak rasa perumahan saya ni kawasan perdalaman.. pelik sebab nak access Ampang pun tak sampai 10 minit nak pergi KLCC pun tak sampai 20 minit. Yang lagi pelik taman perumahan atas, bawah dah ada Unifi, tapi kenapa TM tak nak pasang dekat area rumah ni. Takkan alasan paling tak boleh terima 'kalau tak ada demand, TM tak nak pasang Unifi kat area sini' padahal ramai dah applied ni. Kesian tengok jiran depan, dah appplied internet sebab nak suruh anak dia study tapi masih tak ada lagi respons.

Paling pedih TM asyik Promote je - Unlimited internet tu ini tu ini.. kalau pergi shopping complex asyik kena kejar dengan agen suruh apply apply tapi bila cakap port area sini tak ada suruh apply suruh apply padahal TM sendiri pun tak luluskan lagi suruh duduk apply buat apa lagi, kali ni dah 3x tayang muka dekat TM Ampang untuk minta pasang port.. sekarang tengok dah berapa bulan ? Dah nak masuk November 2015 ! Letih tau !

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com