Baby Girl Ke Baby Boy Ni ?

10/12/2015 06:32:00 PM

Hi semua, hari ni nak update lagi pasal jantina bayi lelaki ke perempuan, memandangkan syafierayamin.com tengah hamil anak yang kedua dah nak masuk 7 bulan tak lama lagi, jadi nak update lagi pasal Perbezaan jantina anak untuk kehamilan yang kedua.

Anak pertama syafierayamin.com ialah lelaki : Boleh baca Tips nak tahu anak lelaki atau perempuan yang syafierayamin.com pernah update satu masa dahulu :

Baca di sini >>>>>>>  Tanda hamil anak lelaki atau perempuan # Suka-suka

Topik yang sangat famous di cari oleh bakal-bakal ibu yang nak tahu sangat jantina anak mereka.
Kalau nak tahu Bayi Lelaki dan Bayi Perempuan dengan lebih tepat :
  1. Guna teknologi Scan 3D/4D yang disediakan di klinik-klinik pakar Ibu dan Anak, kos dalam RM70-100 setiap kali scan.
  2. Boleh guna sodium bicarbonate yang agak viral dalam facebook. Cara dia, air kencing ibu campur dengan sodium bikarbonat tu kalau berbuih anak lelaki, kalau tak berbuih anak perempuan.
  3. Tips-tips Orang tua.
  4. Naluri ibu.
Sebenarnya banyak cara kalau nak tahu jantina bayi dalam perut, jadi mommies jangan risau ye yang penting anak dalam perut cukup sifat dan sihat, Sudah Alhamdulillah.

Mommies ingat tak masa zaman sekolah dulu kita pernah belajar biologi yang pasal Lelaki bawa gen XY manakala wanita bawa gen XX.

Kalau sperma lelaki bawa gen X bertemu dengan gen wanita XX : XXX : Anak perempuan.
Kalau sperma lelaki bawa gen Y bertemu dengan gen wanita XX : XXY : Anak lelaki

Kalau ikut agama, Allah memberikan zuriat lelaki atau perempuan untuk yang dikehendaki bukan, jadi terimalah rezeki itu seadanya. Alhamdulillah.

Yang pelik pelik tu tak payah tanya lah hihi.

Lepas tu ada kalendar Kuno Cina :
 Masa hamil anak pertama : dia kata saya bakal ada baby girl tapi keluarnya boy.
Yang hamil anak kedua ni : dia kata saya bakal dapat baby boy : masih tak tahu lagi.


Kalau mengikut pengalaman hamil anak pertama dan anak kedua, Nampaknya simptom saya tak banyak beza.
  1. Masa hamil anak pertama, suka makan kambing, suka makan salmon, makan sushi, makan coklat, makan asam, makan manis, pokok-pangkalnya memang kuat makan termasuklah roti satu bungkus manakala hamil anak kedua pun masih melayan kambing, black pepper, keju, ikan. Jadi dalam pemakanan lepas habis trimister pertama memang jadi kuat makan.
  2. Masa hamil anak pertama ada alahan sampai 4 bulan, yang hamil anak kedua pun masih sama, Alahan sampai 4 bulan.
  3. Masa hamil anak pertama kerap tidur, kalau ada masa je mesti nak tidur, tak de perbezaan sama hamil macam anak kedua juga.
  4. Hamil anak pertama perut sangat runcing kedepan dan anak yang kedua pun sama je runcing ke depan.
  5. Rambut cepat panjang ( sama je anak pertama anak kedua )
  6. Suka bersolek ( Sama juga anak pertama dan anak kedua )
  7. Hormon kuat ( sama juga anak pertama anak kedua )
  8. Jerawat naik sikit-sikit tapi kulit glowing dan lembut ( sama juga anak pertama dan kedua )
  9. Scan anak pertama minggu ke 39 doktor kata boy, scan yang kedua 27 minggu doktor kata tak pasti sebab tak nampak apa-apa, scan dekat klinik kesihatan ibu dan anak pakai 2D jadi dia assume mungkin girl tapi dia suruh scan lagi, rasanya tak pe la kot.
  10. Kalau ikut simptom sama macam pregnant si Rayyan dan instict kata macam lelaki juga yang kedua ni tapi tak tahu lagi la.
  11. Memasak ikut mood, kadang-kadang tak lalu nak makan masakan sendiri. ( sama anak pertama dan anak kedua ni)
  12. Dah beri nama-nama lelaki dan perempuan. Nanti senang je hihi.
  13. Nasib baik dulu-dulu sediakan baju unisex so tak pening nak cari baju boy ke girl untuk newborn.
Untuk yang kali kedua ni, tak kisah boy ke girl dah, janji keluar sihat dan cukup sifat sudahlah. Sebab banyak sangat gambar mengarut keluar dalam facebook, ada yang seram, ada yang lucah, duh macam-macam. Doakan yang baik baik je untuk kesejahteraan bayi dalam perut.

So mommies dah dapat tips sikit. Boleh lah try try hihi. ;)

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee