6 Tips Kurangkan Kekejangan Kaki Ketika Hamil

10/05/2015 11:56:00 PM

6 Tips Kurangkan Kekejangan Kaki Ketika Hamil


Kekejangan kaki atau otot tidak asing lagi bagi kebanyakan para ibu hamil, saya mengaku saya salah seorang daripada ibu hamil yang selalu  mengalami kekejangan ketika hamil anak pertama, sampai satu tahap apabila berlaku kekejangan, bekas lebam boleh ternampak jelas di bahagian betis saya. Waktu tu tak banyak benda yang saya tahus sebab hamil anak pertama jadi ilmu tu masih kurang, bila hamil anak kedua baru saya tahu bagaimana nak mengelakkan kekejangan pada betis sekali gus saya tak perlu rasa sakit setiap kali bangun pagi. Beberapa tips yang saya nak kongsikan bersama ibu-ibu hamil sekalian.

Gambar hiasan semata-mata imported dari google





1. Banyakkan minum air yang bersih setiap hari.
Air adalah salah satu bendalir yang teramat bagus untuk membekalkan oksigen ke seluruh sistem saluran darah. Ianya juga mampu menghilangkan toksik yang tersangkut dalam lemak-lemak badan sekali gus memudahkan darah berjalan dengan lancar dan mengurangkan tekanan pada otot yang mengakibatkan kekejangan.

Antara koleksi minyak sebagai emergency bila kaki kejang secara tiba-tiba

2. Sapu minyak panas sebelum tidur.
Kekejangan kaki selalu berlaku ketika hamil dalam waktu tidur. Pastikan urut bahagian yang selalu kekejangan dengan minyak panas supaya otot tidak keras.

3. Jangan lupa pakai stokin sebelum tidur.
Ini adalah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh ibu hamil mahupun ibu yang dalam pantang supaya angin tidak masuk dengan senang. Tapak kaki ibu adalah benda yang 'fragile' memang mudah masuk angin kerana kulit tapak kaki sangat tipis. Pakai stokin yang tebal adalah lebih baik.


Antara tungku yang paling aku suka sebab tak payah pakai duit : Tungku batu

4. Bertungku setiap kali sebelum masuk tidur.
Teknik ini saya dah lakukan hampir setiap malam sebelum tidur ketika hamil, ianya memang mengurangkan risiko kekejangan kaki. Apabila kita tuam tungku yang sudah dipanaskan pada bahagian yang kejang, urat yang tersimpul dalam dalam otot sudah dapat memberi ruang untuk darah meneruskan perjalanan dan sekali gus kekejangan kaki dapat dikurangkan.

Ostematrix salah satu pil kalsium yang sesuai untuk ibu hamil dan ianya organik !

5. Ambil kalsium yang cukup.
Tahukah anda ketika kita hamil, kalsium dalam badan kita diserap oleh bayi dalam kandungan ? Jadi kita perlu double boost-kan pengambilan kalsium, bagi ibu hamil yang ada kencing manis - saya syorkan ambil ostematrix shaklee 4 biji setiap malam. Ianya mampu mencegah kekejangan kaki yang boleh mendatangkan kebengkakan pada kaki ibu hamil. Hubungi saya kalau nak beli Ostemarix.

6. Kurangkan penggunaan penghawa dingin atau kipas yang laju atau minum benda berais
Memang betul ketika hamil kebanyakan ibu akan mengadu badan panas berpeluh dan rasa tidak selesa. Tetapi dengan pengurangan pengambilan benda-benda yang sejuk mampu mengatasi masalah kekejangan otot.

Selamat mencuba ibu-ibu sekalian ! ;)

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram