6 Sebab Hada Labo 5 dalam 1 UV Gel SPF50+ PA ++++- terbaik untuk Kulit ketika Cuaca Panas

10/08/2015 04:41:00 PM



Hi semua ! Hari ni saya nak update produk yang terbaru dari Mentholatum Hada Labo. Salah satu inovasi pelindung matahari yang sangat terbaik untuk kulit orang Asia macam saya.

Sebab dekat Malaysia ni selalu sangat mengalami cuaca panas melampau-lampau dan kadang-kadang tahap jerebu yang melebihi IPU 200, nak dikatakan hampir sepanjang tahun rakyat Malaysia macam saya ni terpaksa melalui rintangan cuaca macam ni jadi kulit haruslah di jaga dengan baik untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit, umur baru 25 tahun takkan nak nampak macam orang tua kan. Mestilah tak nak !

Macam ni lah kotak dia. hehe.

Terima kasih dekat Mentoholatum sebab sudi nak beri saya review produk-produk terbaru mereka, memang tak sia-sia lah mak buyung ni jadi beauty blogger boleh cuba dan beritahu korang apa jadi kat kulit kita kalau pakai produk-produk yang baru lagi di pasaran.

Gel lutsinar yang senang meresap ke dalam kulit dan sangat sejuk.

Tujuan Hada Labo 5 dalam 1 UV Gel SPF50+ PA ++++- ini adalah untuk melidungi kulit kita dari cahaya sinaran UV yang berbahaya, sekali gus memastikan kulit dilindungi dari bahang cahaya matahari dan pada masa yang sama kulit menjadi lembut, licin dan sangat-sangat selesa.

6 Sebab Hada Labo 5 dalam 1 UV Gel SPF50+ PA ++++- sangat terbaik :
  1. Formula yang sangat ringan dan senang di sapu pada kulit wajah.
  2. Menyerap dengan pantas ke dalam kulit untuk memberi kulit lembapan dan nutrisi yang diperlukan.
  3. Boleh dijadikan sebagai primer asas sebelum memakai mekap.
  4. Menjadikan mekap yang dipakai lebih tahan lama jika menyapu Hada Labo 5 dalam 1 UV Gel SPF50+ PA ++++- sebagai pelembab asas.
  5. Tak perlu nak pakai banyak krim wajah lain dah sebab Hada Labo 5 dalam 1 UV Gel SPF50+ PA ++++- ni dah cukup. Nak keluar rumah pun tak perlu risau nak pakai banyak sangat pelindung matahari,
  6. Hada Labo 5 dalam 1 UV Gel SPF50+ PA ++++- dilengkapi dengan kandungan kuasa penghidratan yang sangat bagus. Mempunyai pH balance dan bebas dari pewarna, fragran, minyak mineral, penggunaan lemak binatang dan sesuai untuk semua jenis masalah kulit.
Saya sudah mencuba banyak kali produk ni, jadi saya kongsikan apa yang saya rasa lepas sapu produk ni dekat kulit wajah :
  1. Kulit muka rasa sejuk je.
  2. Tak melekit dan kulit jadi sangat selesa sebab rasa lembab je.
  3. Bau yang sangat segar.
  4. Suka sangat tak bewarna dan cepat meresap dalam kulit. 
Bagi yang berminat dengan produk Hada Labo 5 dalam 1 UV Gel SPF50+ PA ++++-  sekarang dijual dengan harga RM52.90 untuk 50g, boleh didapatkan di seluruh farmasi dalam Malaysia bermula June 2015.

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee