6 masalah kulit dapat ditutup dan dirawat dengan hanya 1 tiub kecil Skinbase : NikisiA Glowing Skin Base

Harini syafierayamin.com berpeluang untuk mencuba satu produk yang dikatakan berkesan untuk mengatasi 6 masalah kulit yang di alami orang Asia terutamanya di Malaysia. Nikisia Glowing Skin base ni telah dihasilkan oleh Chemist yang pakar dalam masalah kulit antara-bangsa dan elah diadun dengan teliti untuk memastikan skin base ini berkualiti dan berkesan untuk semua bangsa.

Produk ini juga dikatakan mempunyai kandungan Vitamin E, anti-oksidan yang tinggi dan Titanium dioxide membantu untuk mengurangkan penuaan kulit daripada radikal bebas. Boleh juga membantu memulihkan masalah kulit, pori terbuka, pigmentasi, sekali gus menjadikan kulit sangat lembut dan selesa sepanjang hari !

Warna cecair skin base lebih kepada warna kulit Asia, coklat-coklat macam tu.
Sebelum sapu mekap, gunakan skin base ni untuk ganti foundation atau concealer yang kita selalu pakai,
6 Fungsi  & Kelebihan Nikisia Glowing Skin Base
  1. Dikatakan boleh mencerah dan melembabkan kulit wajah.
    I say : Mula-mula pakai dot-dot kat kulit wajah lepas tu pakai macam pakai pelembab, I mula letak sebelah kanan dulu kemudian buat perbandingan, memang wajah lebih lembab cuma rasa macam melekit sedikit.
  2. Sesuai untuk semua jenis kulit.
    I say : Bagi mereka yang ada masalah jerawat tak perlu risau, cuma bersihkan wajah sebelum pakai untuk dapatkan kesan glowing tu.
  3. UV filter, anti-rekahan dan tidak kelabukan kulit.
    I say : Best kalau ada pelindung matahari sekali, tak payah nak pakai sunscreen yang lain bila keluar waktu tengah panas, memang tak merekah langsung sebab dia buat kulit nampak segar dan bercahaya je, saya punya kulit memang tona kuning langsat kalau pakai memang tak nampak kelabu, tak pasti mereka yang bewarna kulit gelap.
  4. Tekstur sangat halus & tidak melekit.
    I say : Dari segi tekstur saya suka sebab macam pakai angin je dekat wajah cuma terasa dia macam lembab sikit kalau letak banyak hihi, overall Okay.
  5. Menutup cela, mengurangkan garis halus pada wajah, merawat parut jerawat & mengecutkan jerawat.
    I say : Masa pakai, terus sapu dekat jerawat tak dinafikan memang ianya tutup jerawat, paling best garis halus pun hampir terlenyap disembunyikan oleh skin base ni, saya teruja bila ianya dikatakan boleh mengecutkan jerawat dan boleh kurangkan parut jerawat sambil kulit nampak kelihatan cantik. Maknanya boleh dikatakan sebagai produk yang boleh menyorokkan masalah kulit sambil merawat.
  6. Yea, syafierayamin.com sangat gembira bila dapat tahu skin base ni mendapat kelulusan daripada KKM, lulus Labtest, Halal & Kilang bertaraf GMP serta bebas dari bahan kimia yang berbahaya !
Cara nak pakai :
Berishkan wajah, lap muka sehingga kering. Dan boleh  terus sapu dekat muka, pakai jari boleh pakai berus mekap pun boleh. Lepas tu terpulang pada korang nak pakai mekap ke atau tak, kalau tak pakai pun muka still nampak berseri-seri.

Wajah sebelum, selepas dan selepas pakai Mekap.
Harga SM : RM80, WMRM83 untuk 10g

Mana nak dapat produk ni?
Boleh pergi lawat : www.perfectlady.com.my
Ataupun Facebook : Perfect Lady Trading

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com