14 Hidangan Makanan Laut terbaik di JustSeaFood, Sunway Giza

Hi semua, harini syafierayamin.com nak bawa anda melawat restoran yang menyediakan hidangan makanan laut yang sangat-sangat terbaik di Sunway Giza. Ada pelbagai jenis makanan laut yang anda boleh dapati di sini dari ketam yang besar, ketam yang kecil, dan pelbagai lagi jenis makanan laut yang datang dari serantau negara lain di restoran #JustSeaFood ni.

Memandangkan saya pun jenis suka makan makanan laut jadi saya rasakan ini adalah restoran terbaik yang pernah saya cuba sebab makanan lautnya memang tersangat fresh, masa pergi restoran justseafood ni ada juga "brown crab" atau lebih dikenali sebagai "french crab" yang masih hidup lagi, separuh dari ketam  "brown crab" ni bila duduk dalam ais diaorang punya aktiviti pergerakan sangat lambat kemungkinan besar mereka memang jenis tak banyak bergerak ketika dalam keadaan sejuk.

Pemilik restoran ini iaitu Mr Terrence Ham pernah melanjutkan pelajarannya di Australia satu ketika dahulu berkongsi pengalaman beliau semasa berada disana, ramai etnik dari pelbagai negara antaranya dari Vietnam, Indonesia, Filipina dan sebagainya amat sukakan hidangan masakan dari makanan laut dan mereka juga memperkenalkan cara masakan makanan laut mengikut budaya dan etnik mereka. 
 
Antara Minuman paling popular di JustSeaFood ialah "Pandan Lemon Grass" & "Ice Lemon Tea"

Hidangan Pembukaan Pertama atau pun starter meals : Oyster Goreng Tepung ataupun "Oysters Fritter" dan di lengkapi dengan Tartar dipping sauce. RM24
 
Hidangan pembukaan kedua  : Kale Salad with Honey Mustard Vinaigrette, sayur Kale adalah salah satu sayur yang paling sihat di bumi dan boleh dikatakan paling mahal iaitu RM80/kg, dilengkapi dengan  Timun, tomato ceri, bawang merah, nangka dan roti dan dihiasi dengan Sos mustard. RM47 

Oysters with cheese (6pieces) - Dipanggang secara BBQ di atas arang panas dan diletakkan Keju Yang Berkrimer (Creamy Cheese) Antara salah satu hidangan yang membuatkan mampu membuatkan anda rasa sperti di Bomb ! Haha! RM48 untuk 6 keping.

Scallops with Roe, 6 keping scallops yang berisi dan juicy dipaggang secara BBQ di atas arang panas untuk mengekalkan bentuk scallops dan dilengkapi dengan pelbagai perisa yang lazat yang boleh membuatkan anda nak tambah se-pinggan lagi. RM45

BBQ Sting Ray (500g) - Ikan pari yang dipanggang, popular untuk masyarakat tempatan di Malaysia, sesuai untuk dinikmati 2-4 orang RM44

Salted Fish Fried Rice - Nasi yang digoreng bersama ikan masin kurau di tambah dengan pelbagai perisa yang sangat enak dan lazat ! RM37

Grill Sea Bass/ Ikan Siakap Panggang

BBQ Squid (400grams) - Dipanggang atas arang, dan boleh dimakan dengan apa jenis sauces yang disediakan. RM39

BBQ Prawns - 12 batang Udang saiz sederhana besar ala-ala style satay yang telah di perap dan dipanggang dengan BBQ dan boleh dicacah dengan pelbagai sos yang disediakan, memang sesuai untuk peminat udang ni RM49
Asian-Cajun Prawns -  Dimasak dengan Vietnamese Cajun Butter Sauce - Boleh pilih tahap kepanasan. RM49
Ada pelbagai jenis sos pencicah yang boleh dimakan dengan Makanan Laut di JustSeaFood
Sweet & Sour, Thai Seafood Chili, Mustard Chili, Assam Chili, Red Hot Chili, House Green Chili dan Cincalok.
Asian-Cajun Clams - Dilengkapi dengan Vietnamese Cajun Garlic Butter sangat popular di Amerika RM37

Mussels" atau dikenali sebagai kupang antara salah satu makanan laut yang terkenal di restoran JustSeaFood ni, ada yang dimasak dengan cili mahupun kicap, memang kupang ni sedap dimakan dengan makanan lain termasuklah nasi.

Brown Crab/ French Crab yang dipanggang, Brown crab ini selalunya yang betina lebih enak sebab mempunyai isi telur yang banyak dan bersaiz besar. RM129/100grams, anda boleh minta masakan yang lain sama ada nak dikukus atau dipanggang.

Antara set makanan yang dilengkapi dengan Fresh Oysters, Musseld dan male Crabs. Fresh Oysters bila dikunyah tersangatlah juicy dan boleh terasa masin dan ada biji biji yang keras kemungkinan minerals dan oysters tak ada mutiara ye. manakala yang male crabs ni isi dia sangat lembut dan tidak terlalu masin seperti brown crab.
Fried Mars Bars with Ice Cream : Hidangan terakhir ialah hidangan pencuci mulut iaitu coklat bar mars digoreng ranggup dengan salutan tepung dan dihidang bersama ais krim vanilla. Yang ini memang awesome ! RM16


JustSeaFood menggunakan Konsep open Space atau ruang terbuka di restorannya. Hari Sabtu lepas cuaca masih dalam keadaan berjerebu tetapi restoran ini tetap dilawati. Waktu paling ramai orang singgah sekitar 8malam - 12pagi, jangan terkejut restoran JustSeaFood pun masih ada orang berbangsa melayu nak singgah walaupun dah lewat malam. Memang tak dinafikan rakyat Malaysia memang gemarkan sesuatu yang segar dan ringkas tidak kira waktu atau pun masa.


Dan saya sebagai salah seorang peminat makanan laut walaupun tengah sarat hamil ni takkan lepaskan peluang untuk menikmati makanan laut yang segar dan terbaik dari ladang hanya di JustSeaFoodMy Restoran, Sunway Giza ! 

Rasa makanan: 9.4/10
Suasana restoran : 7.9/10
Perkhidmatan servis : 8.9 / 10
Kebersihan restoran : 9.1 / 10
Harga makanan : 7 / 10
Keseluruhan: 8.4 / 10 
Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47810
Petaling Jaya

Waktu Operasi : 4pm - 12am Daily
Nombor Telefon : 03-6144 6366


Facebook: Just Seafood

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com