Waktu hamil kedua ada kucing jantan warna mata berbeza-beza selalu datang rumah.

9/20/2015 11:07:00 PM

Kucing yang selalu datang rumah - panggil dia putih je
Kucing putih yang handsome dan muka sangat Otai ni adalah kucing jiran yang tak pernah aku tahu pun, selalu singgah rumah pagi-pagi sebab dia nak makan mungkin, sejak tanam pokok kat rumah yang teramat baru selepas siap di bina. Rumah jadi sejok dan hijau mungkin. Kucing perlukan pemandangan yang cantik mungkin. Selalunya saya pagi-pagi kalau ada sisa makanan lebih macam nasi dan ikan memang letak dalam pinggan and letak kat luar je la supaya kucing-kucing tu datang nanti tahu lah dorang makan. Haha.

Antara sebab kalau masak ada makanan lebih tapi rasa macam taknak makan dah rasa macam sayang nak buang dalam tong sampah, memang expection tinggi akan ada binatang makan-makanan yang bersisa. Hihi. Jadi rasa macam tak membazirlah kalau masak terlebih sikit, mesti ada makhluk lain nak makan kan, weee.

Al-kisah tak pernah pun nak tengok kucing ni sebab bagi makan je, jadi tak ada masa la nak belek-belek dia sebab masa awal-awal sebelum perkenalan dia macam takut-takut nak dekat ngan kita, bila bagi makan tunggu kita masuk rumah baru dia nak jamah makanan yang tersedia. Bila dah seminggu macam tu, tiba-tiba setiap pagi meow meow kan depan rumah, sangat terkejut juga, dah la tak sempat sediakan makanan lagi tapi dia dah minta makan, hehe, lapar lah tu. Lepas tu apa lagi kita keluar tengok dia meow meow terus dia menggeselkan kepala dia kat kaki kita. Alamak dah lah tengah pregnant anak kedua ni rasa macam taknak pegang sebab ramai kata ibu hamil tak elok lah pegang  kucing bahaya bagai takut janin sakit ke apa. Tapi rasanya tu macam mitos semata-mata, sebab kawan bela kucing anak lahir pon sehat. hu3.

Bila dia dah rajin dekat ngan kita, mulalah dia pandang-pandang kita, waktu tu memang tak perasan pun warna mata dia berbeza sebelah hijau- sebelah biru, hihi sebab muka dia otai sangat cuba tengok gambar dia calar-balar hidung tu, mesti kucing abang kawasan ni, paling stress dia ni kan suka sangat kencing merata-rata. Bau halaman rumah hancing dan tengit je, kadang kadang nak jirus dengan air tak tahu bahagian mana dia kencing, paling sedap dia kencing dekat tingkap depan kereta husband, hihi... kurang asam tak berajar betul kote kucing ni ahhaa.. nasib baik lah bukan kucing kita kalau tak kena sunat dah, ha3.

Bila pos kucing ni dekat dalam Group Dunia Kucing ramai kata suruh bela sebab kucing ni rare, tapi tak pe la, rela bagi makan je. Nak bela mungkin tak kot, hihi.

Kenapa panggil rare sebab mata kale dia je, selalunya kucing wane putih yang dapat kale mata berbeza macam ni kan.

Korang nak tahu pasal penyebab mata rare macam ni. Boleh google pasal kucing ( Cat with odd eyes ) hihi. Selamat membaca ye rakan-rakan. Kisses*

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee