Pelan Simpanan Untuk Anak-anak yang boleh dikatakan berbaloi bila diaorang dah besar esok.

9/04/2015 04:54:00 PM

Hi semua,
So harini saya sebagai ibu mestilah nak semua benda-benda baik berlaku dekat anak,
walaupun garang - anak pun tak suka kita marah-marah..
tapi at least kita berusaha lah membentuk akhlak yang baik untuk anak..



Ada ke ibubapa yang tak sayang anak dan taknak anak jadi budak berguna bila besar nanti..
mungkin ada sebilangan kecil tapi rata-rata masih ada ibu bapa yang sayang anak bagai menatang minyak yang penuh katanya..

So saya harini nak berkongsi sedikit apa yang saya dah buat dekat anak saya yang berumur 3 tahun ni..

Perkara paling penting ialah buat SIMPANAN untuk dia..
Masa awal-awal buat lah apa yang mampu..

1. Saya buka kan dia akaun ASBN, Simpan lah duit raya yang dikumpul dalam akaun tu. 3 tahun juga menyimpan naik lah juga sikit-sikit duit dalam tu. Esok naik umur 18 tahun, kau jaga lah elok-elok untuk masa depan kau belajar pandai-pandai jangan sebok dok bercinta buang masa.. ni mama btaw ni..

http://www.asnb.com.my/ASB.php

2. Lepas tu, tiba-tiba baru nak terfikir pasal Haji. So bukakanlah akaun Tabung haji untuk dia. simpan lah duit sikit-sikit dalam tu esok nak pergi Haji senang sementara umur masih muda ni. Mama kau dapat pergi tahun 2063, hopefully In Sha Allah sempat lah ye kita anak-beranak menunaikan haji ye sayang.

http://www.tabunghaji.gov.my/pembukaan-akaun-th


3. Sekarang banyak sangat kes kemalangan dan mati mengejut, so bila dah dapat kesedaran tentang Prudential ni terus buat.. saya ambil coverage mampu milik je ye la bukan orang kaya pun nak buat yang mahal-mahal tapi ada lah just in case anything could happen.. kesian kat laki nak kena cover 3-4 orang termasuk diri dia sendiri tiap-tiap bulan.. buat apa yang mampu jangan paksa kalau tak mampu... rm150 sorang pun dah agak kena ikat perut, tapi tak pe kalau apa apa jadi accident ke ape,, nanti bolehlah pergi claim kat prudential bsn. heheh. Carilah ejen yang korang percaya dan cekap dan yang tak banyak masalah, boleh melawat korang bila-bila masa kalau kononya masuk wad nanti. ;)
Kalau untuk budak tak silap ada simpanan sekali. Nak tahu details korang kena tanya ejen lah.
Yang paling best dengar kalau anak-anak kita belajar cemerlang dalam UPSR PMR dan SPM, katanya prudential nak kasi hadiah gitu. So Rayyan please lah belajar pandai-pandai tau, Mama doakan kamu berjaya cemerlang dunia dan akhirat.


4. Dan akhir sekali SSPN -PTPTN
saya ambil yang basic je untuk si Rayyan ni tak ada perlindungan takaful sebab komitmen kena bayar tiap-tiap bulan. Saya cuma nak masukkan bila ada duit lebih atau duit extra tapi rasanya tiap-tiap bulan Insha Allah bolehlah mencuba masukkan sikit-sikit. Katanya boleh guna duit tu nanti masa dia nak belajar peringkat pengajiaan tinggi nanti. SO Ibu bapa elakkanlah anak-anak berhutang masa diaorang belajar nanti, buat simpanan untuk dorang dari dorang kecil lagi, In Sha Allah boleh, mudah-mudahan.
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan

 5. Yang paling BAGUS lagi, simpan emas 1g satu bulan(999), harga emas ikut harga market kadang-kadang murah dan kadang-kadang terlajak mahal ! Currency Malaysia jatuh menjunam 2016. Seram pulak dengar kalau RM200 1 g, hidup dalam dunia kelam lah nampaknya. :(

Itu sahaja coretan pasal Pelan Simpanan ni.
Korang macam mana ada yang dikongsikan jangan lupa komen tau !

Salam Sayang,
Kisah Ibu Muda
Syafiera Yamin

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram