Oh Rupanya senang je tukar domain nama untuk blogspot.

Hi semua !
So harini bermulalah saya akan penuh news feed saya dengan domain nama baru..wee..
Dengan Nama sendiri rasa mcam seronok je la nak berblogging lepas ni, dah tak payah pening dengan nama www.xxx.blogspot.com panjang panjang.

Memang dari dulu nak create blog atas nama sendiri atas sebab tertentu dan memudahkan orang lain untuk mengenali diri yang tak seberapa femes ni. Hehe.

Nak ada domain nama ni sebenarnya sangat sangat senang tapi paling parah kena bayar lah tiap tiap tahun, tapi saya tak bayar tiap tiap tahun, saya bayar 2 tahun sekali.

Bayaran lebih kurang RM35-RM40 setiap tahun dan RM30 untuk ID protection (add on)

 
Tengah ada promosi tu sebab cepa cepat ngap je haha


Sebenarnya sebelum nak tukar domain ni saya banyak juga buat research dengan rakan-rakan bloggers lain, tapi mereka kebanyakan berkata yang (ada orang lain tolong buatkan) Niat di hati nak tahu directly macam mana and bagaimana, tapi memang betul lah bukan senang bertanya tak ramai yang sudi berkongsi dengan saya maklumat macam ni. ;( tapi betullah orang kata

APA GUNANYA ADA GOOGLE untuk zaman sekarang kan - tak payah tanya dah cuba tanya sahaja MR.GOOGLE. Ramai yang sudi berkongsi maklumat walaupun kita sebagai Silent Reader kan.

Mula-mula saya syok sendiri je google, domain yang murah. Banyak rupanya contohnya godaddy, etc.

Tapi yang keluar dulu kat dalam enjin carian saya ialah Malaysia Web Hosting | Cheap Web Hosting, etc.. dan yang paling best sekali ialah boleh bayar pakai Maybank2U jadi ialah teramatlah senang untuk saya untuk memudahkan proses pembayaran, lagi pun ada track and so on++


Yang saya pakai kali ni - korang boleh pergi sini : https://www.jomhosting.net/

Steps yang saya buat tadi :

1. Register akaun baru untuk diri sendiri
2. Lepas tu pergi check availability domain nama yang nak diguna - contoh : 
( www.syafierayamin.com )
3. Lepas tu kalau dia kata available - pilihlah berapa bayaran yang korang nak buat untuk yang saya ni pilih ( .com )   lebih kurang RM35 setahun  - saya ambil untuk 2 tahun (rm65) Promosi September 2015 rasanya ni + ID protection. ( sila cek harga takut ada perubahan )
4. Lepas tu boleh bayar - saya pakai Maybank2U, senang sikit.
5. Tunggu dorang active kan nama domain tu lepas dah buat pembayaran.

Pergi dekat akaun blogspot korang > Settings > Basic > Publishing 



Dekat bawah tu korang akan nampak
+ Setup a 3rd party URL for your blog - Point your own registered URL to your blog. Okay lepas dah tu nanti letak domain nama yang korang dah beli dan register dekat webhosting korang pilih.


Nanti ada lah keluar yang macam ni - 2 CNAMES


Dah dapat yang ni, pergi pulak dekat korang punya Web Hosting ( JOMHosting.NET )
bahagian CLIENT AREA

Portal Home > Client Area > My Domains

 Tekan Manage Domain tu.


 Lepas tu korang fill in lah Host name, 2  CNAME, ngan Adress yang diberi dari blogspot tadi.


Ada kes ambil masa 24jam-48jam dengar cerita tapi aku sehari je dah siap.

 So ini lah sedikit aku terangkan macam mana nak tukar domain nama dengan JOMHosting.net

Lepas tu korang pergi kat blogspot setting korang balik, tekan save setting. Kalau tak boleh, tolonglah jangan malu-malu OPEN TICKET >TECHNICAL SUPPORT dekat JOMhosting.NET. Diaorang sangat-sangat peka dan sangat laju membalas tak sampai sejam dua jam macam tu, aku rasa macam waktu ofis dorang membantu, memang bagus dorang punya customer service. ;)

Sangat mudah dan tak sakit hati, hari ni decided nak pakai domain nama sendiri, terus harini setel urusan.

Maaflah agak serabut penerangan tapi kalau korang tak faham- MOHON Google sikit + Open Ticket. Dekat situ sangat- sangat lengkap penerangan. Jangan Risau ;))


Salam sayang,
Kisah Ibu Muda
Syafiera Yamin





Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com