Mengapakah kita diberi sepasang mata ?

9/09/2015 12:59:00 AM

Ingat tak masa kecil-kecil dahulu, ye saya masih ingat, saya gunakan mata untuk membezakan warna yang saya nampak pada helaian kertas bewarna, saya gunakan mata untuk membezakan 7 warna yang ada di pelangi. Saya juga pernah mengkaji diri sendiri mengapa mata mengeluarkan air mata ? Banyak yang saya lakukan pada mata saya. Saya mengenal wajah ibu dan ayah saya melalui pandangan mata. Ya Allah bersyukurnya kadang-kadang mempunyai mata. Saya terasa sayu bila memikirkan orang yang tak mampu melihat, mereka jauh lebih kuat dari kita yang mempunyai sepasang mata yang sempurna dan lengkap. Mereka melihat dunia dengan mata hati mereka. Bayangkan mereka yang tidak dapat melihat senantiasa membawa al-quran di tangan mereka, bagaimana kita pula yang mempunyai mata tapi tidak menggunakan sebaiknya. Malunya alangkah tuhan itu maha adil.

Ramai manusia punyai sepasang mata yang mampu melihat tapi perkara yang melalaikan juga menjadi pilihan, ye saya akui saya memang lemah. Lemah dari segi iman, cerita cintan cintun tu la yang selalu dipaparkan di kaca tv - cintan cintun bukannya pada tuhan tapi lebih kepada laki laki dan perempuan. Perempuan goda suami orang, perempuan mulut jahat pada suami. Itu yang selalu kita nampak dalam kaca tv, kalau itu dah ada dalam tv tak mustahil dalam realiti hidup. Semuanya melalui dari pandangan mata.




Mata juga buat kita mengenal bentuk dan wajah. Mata juga mampu melahirkan ikatan silatulrahim yang kuat. Mata juga sebagai alat untuk alert pada amaran. Banyak kelebihan mata yang kita pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu.

Bayangkan jika manusia tiada mata, bagaimana lah kita melihat dunia ? Sempurnya Ciptaan Allah pada manusia diberi kelengkapan yang cukup pada anggota badan. Tapi kebanyakan daripada kita tewas dengan anugerah mata terutamanya bagi wanita - pantang melihat jualan murah padahal barang yang dijual tu  kita tak perlukan pun, tapi apabila nafsu menguasai diri duit yang sepatutnya diderma pada anak yatim kita beli barang yang tak berfaedah itu. Degilnya nafsu. =( Itulah antara sebab saya berkeputusan untuk pergi ke mall lama, itu adalah sebab terbesar, benda yang tak berguna dibeli sudah jadi satu pembaziran.

Wanita kebanyakan diberi sepasang mata yang cantik, ada yang mata besar, ada yang mata bulat, ada macam bentuk buat almond dan ada yang sepet, tapi kadang-kadang  ada yang tak pernah nak bersyukur, ada yang terus buat pembedahan nak nampak mata macam anak patung. Kadang-kadang yang lebih gila cucuk liquid berwarna dalam mata. Argh sakitnya dan azab nya  bila kita sendiri melihat ada juga yang sanggup butakan mata sendiri.( dah macam cerita melayu dulu kasim selamat ) yang tak sanggup melihat penipuaan lagi.

Mata juga ada penyakitnya - ada yang rabun jauh ada yang rabut dekat ada yang dipenuhi selaput katarak, ada juga mata buta disebabkan penggunaan kanta lengkap.

Jadi ada mata jaga lah elok-elok.

#KTT korang tahu tak  yang shaklee ada makanan tambahan yang bagus untuk mata ? Yes siapa yang ada masalah mata tu boleh lah korang cuba-cuba usha produk shaklee ni dan cari COROTOMAX, dengar cerita melawan kanser dan tinggi dengan anti oksida ianya juga boleh mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism, mata kering, kelesuan mata, glaucoma, kataraks, eye bags dan gegelung hitam di mata.



Walaupun saya penjual Shaklee nampaknya saya jauh lebih teruja dengan produk bagus macam ni, BELUM cuba belum tahu. :)


You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram