Lotus Birth atau Uri yang viral sekarang.

9/21/2015 12:25:00 AM

Korang ingat tak haritu pernah update pasal wanita Indonesia serta anak perempuanya yang baru dilahirkan.. Gara-gara wanita Indonesia tersebut memakai tudung jadi ramai yang sudah tersalah faham dengan apa yang berlaku dalam gambar siaran tersebut.

Wanita bersama anak yang dilahir dengan Lotus birth dalam besen diletaknya, bukan bermaksud nak aib kan wanita tersebut tu sebab saya malas nak paste gambar dorang, biar yang pernah baca tentang kisah ni je, Boleh dikatakan agak viral juga dalam Group ibu hamil dan pantang.

Ramai percaya lotus birth tu masih ada khasiat yang masih baik untuk anak yang lepas dilahirkan, tapi saya masa beranak anak pertama dulu pun tak pernah tengok uri sendiri, doktor potong terus letak dalam surat khabar, and terus bagi dekat husband, husband lah yang tolong cuci letak garam lepas tu emak tanam bawah pokok kelapa katanya. Saya sendiri pun cam seram je nak tengok lotus birth ni. hehe. Sebab macam daging organ dalam kita je tengok.

So saya sebenarnya tak minat sangat nak makan atau buat benda pelik pelik dengan organ dalaman sendiri. So dah ada doktor terangkan pasal ni, saya lebih rela ambil pendapat doktor ni.

Yang rasa nak join perbincangan saya embed kan kat bawah.


mulakan pagi dengan sesuatu yang bermanfaat..Lotus Birth#ilmu
Posted by Hafiza Hartini Halimi on Friday, 18 September 2015

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee