Ketahui 6 Kebaikan dan 5 kekurangan MLM (Multi-Level Marketing)

MLM atau multi level marketing, saya tahu pasal bisnes ni sejak dari zaman belajar kat universiti lagi, sebabnya kawan saya yang beriya-iya dok promote bisnes ni, tapi sayangnya aku tak pernah berminat sebab apa sebab aku kena buat pembayaran RM200++ sebagai syarat kelayakan, aku RM 200 pun aku tak ada time tu tup tup terus nak jadi jutawan simply gitu. Haha, tapi aku tengok kawan aku ni tak jutawan juga sampai sekarang. Bagi aku - aku memang tak pernah berminat dengan marketing macam ni lebih-lebih lagi kena cari orang yakinkan orang dan paling pelik produk apa yang di jual sebenarnya ? Aku tak pernah faham apa MLM ni, jujur aku akui.

Apabila aku men-google kembali dan cuba memahami MLM ni. Rupanya ada kebaikan MLM ni.
So aku senaraikan beberapa yang aku rasa agak relevan dan mungkin logik juga.

6 Kebaikan MLM (Multi Level Marketing) 

  1. Salah satu level bisnes untuk mencapai impian menjadi Kaya-raya secara mudah dan cepat.Sejujurnya saya tidak pasti ini adalah benar atau tidak, tapi rata-rata ramai yang banyak duit berkata ini adalah bisnes yang mereka telah usahakan dengan titik-peluh mereka sendiri dan terbukti sebenarnya ramai juga telah berjaya dengan bisnes ini.
  2. Bagi yang anti-sosial inilah waktunya untuk anda buktikan yang anda sebenarnya suka berkawan.
    Tahukah anda Bisnes MLM ini selalu menjalankan aktiviti dengan mengadakan kelas dan juga majlis di mana mereka akan mengumpulkan ahli-ahli mereka untuk bertemu antara satu sama lain dan berkongsi rahsia untuk menjadi ahli yang cemerlang dan berjaya dalam bidang ini tidak kira umur, bangsa, dan sebagainya.
  3.  Kerja tak perlu ikut masa.Yang ini paling seronok, tak payah kerja macam makan gaji, datang ofis pukul 8 habis kerja pukul 6, yang ni bebas bila-bila masa sahaja boleh buat tak kira hari dan waktu. Seronok kan?
    Kalau makan gaji 8 jam dibayar untuk 8 jam, kalau bisnes ni kalau 16 jam buat kerja kadang-kadang boleh dapat lagi duit kalau pandai cari downline katanya.
  4. Masih boleh bekerja lain dan jadikan MLM sebagai pendapatan tambahan.Yang ini sedap telinga mendengar, sambil kita bekerja jual karipap sambil buat MLM rasanya tak salah, ingat lagi dulu zaman sekolah, cikgu-cikgu di sekolah bawa macam macam phamplets dengan brochure tentang bisnes MLM apa lagi ramailah cikgu yang join sekaki, sambil mengajar sambil buat duit, memang multi-tasker betul, sejujurnya ramai wanita yang berminat dengan MLM sebab mereka mempunyai "Mulut" yang berbisa dan mampu mengolek-golekkan pendengar sekali gus terus berjaya memikat hati yang diajak masuk MLM.
  5. MLM tujuaannya adalah untuk membantu orang lain.Saya masih tak tahu kebenarannya macam mana, kalau macam ada syarikat MLM yang menggunakan produk kesihatan dan bertujuaan untuk membantu orang lain menjadi sihat dengan produk yang ditawarkan rasanya tiada masalah dan memang betullah tujuannya untuk membantu orang lain. Selalunya produk MLM yang mempunyai produk untuk dicanang-canangkan kepada downline lain rasanya tiada masalah. 
  6. Menjadi BOS pada diri sendiri.
    Bagi saya sudah semestinya, sebab apa-apa bisnes yang kita lakukan memang kita akan kendalikan dan menguruskan bisnes itu secara sendiri, dan bukan dengan arahan oleh supervisor dan orang kuat atasan sahaja, kita hanya perlu bersosial dengan mana-mana rakan untuk membeli produk yang kita tawarkan.
     
5 Kekurangan MLM (Multi Level Marketing)
  1. Kena rajin promosikan bisnes MLM kepada orang ramai (perlu cari orang)Jujur saya akui saya memang tak gemar cari orang lebih-lebih lagi bila mereka yang saya nak dijadikan downline kena bayar pendahuluan jika mahu turut serta, rata-rata ramai yang tidak pernah akan berminat dan bersetuju untuk menyertai bisnes ini lebih-lebih lagi kalau tiada produk lagi susah untuk menyakinkan mereka.
  2. Terpaksa berbohong yang saya sudah menjadi kaya dengan bisnes MLM.Ini yang saya boleh nampak ramai yang tayang duit, ramai yang pakai kereta mewah, duduk bungalow mewah hakikatnya sebenarnya sama ada bukan rumah dan harta sendiri ataupun sebenarnya rumah masih bank punya iaitu dengan berhutang.
  3. Paling menyampah kena maintain kan bayaran bulanan kepada upline.Yang ini saya hanya dengar cerita yang mereka kalau nak rank tinggi kena pastikan tiap-tiap bulan buat bayaran kepada upline, betulkah ? Tak tahu ini betul atau tidak sebab banyak MLM yang menindas orang bawahan.
  4. Ramai yang buat MLM hanya separuh jalan sebab tak tahan dengan tekanan cacian.Yang ini saya akui memang tak salah lagi dan pasti bila nak cari orang mesti terpaksa dengan cacian dahulu yang mereka tak berminat MLM, MLM penipu itu lah ini, betulkan ? Saya tengok dah ayah saya sendiri pun pernah terjerat dengan MLM ni tapi akhirnya dia berkeputusan tak buat sebab malas nak beri penerangan pada orang.
  5. Kos sampingan.Saya memang tak suka bila saya terpaksa keluarkan duit untuk buat bisnes macam ni tapi apa pun bisnes memang kena ada modal, cuma saya masih tak bersedia ke arah itu lai sebab saya tak nampak cahaya dalam bidang bisnes MLM ni, mungkin bukan rezeki saya di sini.

Kesimpulannya - jadi inilah yang apa yang saya rasakan tentang bisnes MLM, bukan saya sahaja rasa macam ragu-ragu tentang bisnes ni tapi rupanya ramai juga. Tapi disebalik keraguaan - ternyata ada juga yang berjaya dalam bisnes MLM ni. Mungkin rezeki mereka di situ. Saya punya rezeki mungkin berlainan ataupun mungkin saya masih tak berusaha keras lagi.. ;)

#KTTSHAKLEE sebenarnya saya dah terjebak dalam bisnes MLM, iaitu dalam bisnes Shaklee, setakat ni saya masih belum rasa di tipu lagi, sebab diri saya sendirilah testimoni shaklee. Saya sendiri yang mengamalkan produk kesihatan dari shaklee. Saya yang jadi duta pada produk ni sebab saya nampak kebaikan produk ni pada diri sendiri malahan saya sendiri yakin untuk berkongsi rahsia kesihatan dan kebaikan prosuk shaklee. Tak terlewat jika anda turut serta dalam bisnes Shaklee, ramai yang dah berjaya dan juga ramai yang bertambah sihat - kalau tak percaya boleh google memang ramai yang dah berjaya dengan Shaklee. Selamat Maju Jaya ye rakan-rakan ! ;)


Sumber image : https://goo.gl/t5ezGZ

 

1 ulasan :

  1. Excellent information on your blog, thank you for taking the time to share with us. Amazing insight you have on this, it's nice to find a website that details so much information about different artists. كوبون خصم نمشي 2019

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com