Jom lindungi kulit anda daripada cahaya matahari yang membahang dengan 5 Dalam 1 Sunscreen Hada Labo UV Gel SPF50+ PA+++-

Hi semua !

Macam biasa saya akan review produk kecantikan harini iaitu produk pelindungan daripada sinaran UV yang berbahaya. Produk kali ini tersangat mudah sangat tak perlu buang masa untuk pakai pelbagai pelapis tabir suria lain semata-mata untuk lindungkan kulit daripada matahari.

Ianya bertindak 5 dalam 1 untuk memastikan kulit sentiasa nampak lebih cantik walaupun di dalam negara yang panas dan lembab macam di Malaysia ni :
  1. Bertindak sebagai 'sunscreen' dengan perlindungan UVA & UVB spektrum.
  2. Formula yang direka khas untuk sapuan yang ringkas dan menyerap lebih pantas ke dalam kulit, jadi tak perlu tunggu lama-lama gel ni kering.
  3. Saya paling suka bila ianya boleh dijadikan seperti 'face primer' ataupun sebagai aplikasi asas sebelum memakai mekap.
  4. Makeup di wajah menjadi lebih tahan lama. ( tak sabar nak cuba )
  5. Sangat sesuai dan lembut pada kulit wajah dimana ianya bebas fragran, pewarna dan juga minyak mineral.

Pelindung tabir suria dari Hada Labo Mentholatum ni ditambah dengan kelebihan pelembab dan diformulasikan dengan 3 jenis 'Hyaluronic Acid' untuk kulit yang kering.



Masa awal-awal saya sapu pada kulit, saya dapat rasakan 'cooling effect' rasa macam sejuk-sejuk masa sapu dekat kulit. Lepas tu kulit jadi macam lembut sangat. Rasa macam kena air sejuk bila kulit dalam keadaan membahang. Nanti nak cuba dengan panas terik nak tengok efektif ke tak efektif gel ni.

Saya paling suka bila dia cepat meresap dalam kulit. Tak perlu nak tunggu lama-lama bawah kipas macam pakai lotion.

Saya rekomen untuk mereka yang suka duduk berjemur bawah panas matahari. Belum cuba belum tahu, rasanya dah ada dekat pasaran boleh dapatkan di Watson dan Guardian atau farmasi yang lain.

Hada Labo 5-dalam-1 Gel suncsreen boleh didapatkan dengan harga RM52.90, 50g.

Untuk maklumat lanjut boleh lawati
www.mentholatum.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com