FREE SEATS AirAsia.com ( SALE untuk semua destinasi )

Nampaknya ramai dah update pasal free seats dari Air Asia.com ni, wow lepas sudah kena pelbagai cukai dan tekanan matawang Malaysia yang semakin menakutkan, Air Asia bagi juga golongan rakyat Marhaen macam kita ni untuk pergi travel ke dunia luar. Mungkin tujuaanya nak beri kita peluang pergi ke negara orang tanpa rasa tertekan dengan beban ekonomi sekarang.

Terima Kasih Air Asia.
Saya amat teruja nak ke Jepun, salah satu destinasi yang memang dalam perancangan nak pergi tahun depan lepas dah beranak anak yang kedua ni, Harap dapatlah pergi tanpa rasa terbeban dan minta dijauhkanlah dari hutang sesen pun.


So ni harga untuk ke Jepun sekarang. Harga kelas ekonomi dan harga kelas bisnes, tapi aku mampu yang ekonomi je yang penting janji selamat sampai pergi dan balik je. Seronoknya tak sabar nak pegang bunga sakura. wee.

Tempoh booking : 7 September 2015 - 13 September 2015 ( cepat wooi )
Waktu untuk travel : 1 March 2016 - 29 Oktober 2016 ( tahun depan tu ! Dapat tiket murah )

Amaran keras :
Kena booking sekarang.

Tips untuk dapatkan penerbangan kos rendah,
  • Kena ada akaun AirAsia.
  • Guna IE9 atau pun Mozilla Firefox
  • Rancang perjalanan baik-baik
  1. Sediakan pelan perjalanan  - kalau pelan A tak berjalan at least ada back up plan supaya planning tak mess up.
  2. Pastikan ada nama penuh guests dan D.O.B untuk memudahkan proses tempahan.
  3. Lagi senang kalau korang letak nama-nama kawan korang dalam group di My Family & Friends dalam MY PROFILE untuk memudahkan proses tempahan.
 Peringatan Penting !
  1. Diberi 10 minit je untuk bahagian Carian Tiket penerbangan setiap muka, Kalau lambat irang akan dihantark ke "Waiting Room'
  2. Jangan guna banyak sangat multi-tabs dengan browser yang sama nanti susah nak proceed untuk tempahan/pembayaran mungkin akan berlaku salah tarikh untuk travel/
  3. Pop up window perlu di enablekan supaya senang untuk proses pembayaran.
Waiting ROOM - bila pencarian perlukan sedikit masa, jangan refresh browser masa ada dekat waiting room ni.

Time Out Page - terjadi bila tempahan IF server sedikit busy, boleh refresh dengan tekan butang "I would like to try again" untuk teruskan.

Untuk Maklumat lanjut :
http://www.airasia.com/my/en/book-with-us/airasia-sale-promotion-tips.page





Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com