Bio-Essence 24K Bio-Gold Water ( Produk kegemaran Kak Suria Lekat Lekit )

Bio-Essence 24K Bio-Gold Water - Sebenarnya produk ni dah lama berada dalam wardrobe skincare aku, antara sebab aku sanggup beli sebab ada emas kot, aku masih tertanya-tanya emas 24K yang berada dalam gold water ni, kaya betul emas original ke macam mana, setahu aku emas 24 k atau pun emas 999 1 g je dah RM150++ untuk bulan September 2015. So aku andaikan ianya hanya emas sadur sahaja mungkin.

Bila aku google kembali produk ni, rupanya memang 98% 24k asli. Bio-essence berani berjanji yang produk ni boleh mengimbangi keremajaan kulit dan memastikan kulit berseri dari dalam.

Produk ini dikatakan sangat bagus, antaranya :
  1. Sebagai salah satu agen anti-oksida dan merangsang pertumbuhan kulit baru yang sihat sekali gus menegangkan kulit wajah.
  2. Emas sama sekali tidak akan berkarat - jadi masalah penuaan kulit boleh di cegah dengan Bio-gold (anti-oksida yang tinggi) dan membantu melambatkan proses wajah berkedut dan kehilangan kolagen.
  3. Formulasi 24K Bio-gold water sangat unik di mana penyerapan cecair ini boleh memberikan kulit anda kelembutan yang berpanjangan, kulit wajah nampak lebih muda, kulit akan dilindungi dengan perisai yang kuat untuk melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan kulit. 

 
Warna jernih dan ada gold flakes*

Antara sebab aku suka sangat produk ni :
  • Sememangnya lambat habis dah lebih 3 bulan tak habis-habis lagi.
  • Cepat meresap dalam kulit.
  • Bau pun macam sweet kemikal.
  • Sebab ada emas. (jujur sememangnya aku gila emas ) 
  • Botol saiz besar so bila pakai rasa macam jimat
Antara sebab aku tak suka :
  • Mahal sangat lebih dari RM50 ( Paling tak suka Watson kena bayar GST )
  • Dalam botol kaca - kena simpan elok-elok nanti anak main mungkin pecah barangkali
  • Pakai sikit-sikit sebab tak mampu beli baru haha !
Produk ni kesukaan Kak Suria Lekat Lekit, dia suka update pasal produk ni :
Boleh baca dia review : http://lekatlekitgurl.blogspot.my/2015/08/ini-bukti-produk-bio-essence-sebenarnya.html

 Harga produk ni tak tentu : Kadang-kadang ada diskaun, aku syorkan korang beli waktu ada diskaun sebab last time aku beli ada 30%, aku dapat RM60  macam tu la. Tak silap waktu happy hour.   Kalau Original price atas RM80 gitu, so beli lah secara berhemah, ingat pihak atasan dah membebankan rakyat marhaen macam kita ni. Kita nak cantik pun kena bayar Cukai !

Untuk maklumat lanjut pasal produk ni, sila lawati :
http://www.bioessence.com.sg/products/24k-bio-gold/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com