Berapa ramaikah antara kita mempunyai Tahap kesedaran tentang Autism? Ketahui simptom ini lebih awal !

Apa sebenarnya Austism ni ? Kalau nak tahu inilah 'biggest concern' untuk para ibu bapa terutamanya saya sendiri, masa anak lelaki saya lahir dulu, saya memantau setiap proses perkembangan dia antara salah satu sebab 'austime' ni la, selalu juga saya 'google' pasal austime ni, ingatkan dalam Malaysia masih rendah lagi kes ni berbanding dari Amerika. 

Kalau google lagi secara mendalam, ada yang mengatakan vaksin yang diterima oleh anak-anak kecil adalah salah satu punca utama, masih tidak ada lagi bukti kajian yang kukuh pasal vaksin penyebab utama austime.



Macam mana nak tahu anak-anak kita ada austime ? Minta dijauhkanlah, ramai parents dekat luar sana nak anak lahir secara normal tapi kalau dah dapat kita kenalah teruskan kehidupan dan waktu tu baru kita akan alert untuk jadi parent fokus pada anak. 

Baru tahu yang austisme ni adalah gangguan perkembangan yang mengakibatkan  masalah kemahiran sosial dan komunikasi, sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Austime boleh dikesan dari umur 12 bulan - 3 tahun.  Apabila ibu bapa dapat mengetahui anak-anak mengalami autisme ibu bapa akan digalakkan untuk memastikan anak-anak ini untuk dilatih menguruskan diri sendiri supaya apabila mereka besar kelak tidak akan menyusahkan orang lain.

Antara simptom-simptom Autisme
  • Tantrum ( rasanya anak aku pun ada perangai tantrum dia siap baring- baring lagi atas lantai kot tapi tak sampai peringkat mencederakan diri sendiri lah, kalau tengok anak-anak lain pun ada juga perangai cenggini )
  • Tidak berminat berkawan dengan kanak-kanak lain tapi lebih selesa bermain dengan diri sendiri (setakat ni Si Rayyan masih lagi boleh bermain ngan kawan-kawan lain)
  • Tak suka dipeluk kalau kita nak peluk dia akan melentikkan badan dia dan suka menyebut perkataan berulang-ulang ( rayyan pula dia ulang apa yang kita ajar macam ABC, alif ba ta dan lagu-lagu kartoon kegemaran dia, dan rayyan tak ada masalah untuk dipeluk )
  • Kanak-kanak autisme lebih cenderung bermain pada permainan tertentu sahaja (Rayyan semua dia main, main periuk, main tangga, panjat tangga, main komputer kadang-kadang sampai kita naik angin je, hu hu)
  • Tidak balas senyuman rasanya aku pernah jumpa kanak-kanak autisme, dia siap senyum lagi dan salam kita, rasanya simptom ni tak sesuai kot. ( anak aku kalau dengan orang yang dia tak kenal dia pandang orang tu semacam siap tunduk muka lagi kot )
Kalau tengok simptom ni rasanya aku rasa aku masa kecil dok buat nakal, degil macam ni juga haha tapi sekarang dah besar tak ingat dah tapi rasanya masa kecil orang selalu ingat aku ni macam budak bodoh je, huhu.

Jadi, Baru-baru ini, program kesedaran mengenai autisme di kalangan rakyat Malaysia dan proses pengumpulan dana bagi Persatuan Kebangsaan Austisme Malaysia (NASOM) telah dilancarkan di bawah Program Sunshine September 2015 oleh Alamanda, Mesra Mall dan Suria KLCC.

Kanak-kanak autistik telah diberi peluang untuk menyerlahkan bakat mereka dalam bidang yang mereka minati. Setelah 6 tahun bermula dari 2010, program ini lebih memfokuskan penyebaran maklumat tentang tahap kesedaran mengenai austisme selain daripada mengumpul dana.

 

Turut hadir yang memberi sokongan ialah selebriti-selebriti antaranya Deborah Henry, Daphne Iking, dan Adibah Nor yang turut mendendangkan dua buah lagu di majlis tersebut.  Bila tengok gambar kat atas ni cuba tengok kanak-kanak ni rasa macam tak ada beza dengan kanak-kanak normal lain, kemungkinan besar mungkin mereka lebih 'behave' dari kanak-kanak yang lahir normal.




Banyak aktiviti yang telah dijalankan semasa Program Sunshine September diadakan. Antaranya :
  • Persembahan Koir Autistik  pertama di Malaysia
  • Persembahan hebat dari remaja autistik berbakat, Umar Hasfizal
  • Aktiviti pengumpulan dana dengan membeli kemeja-T, set alat tulis, set sudu garfu serta hasil seni oleh kanak-kanak NASOM dari 2hb hingga 30hb September.
  • Selain itu, anda boleh menderma dengan membeli barang jualan bagi produk kraftangan dan lukisan oleh kanak-kanak NASOM dan 100% hasil jualan akan disalurkan kepada NASOM.
Kepada ibu bapa, janganlah bersedih jika mempunyai anak-anak autisme, sebenarnya mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan normal cuma kita perlu memainkan peranan yang besar dengan melatih dan memberi galakan kepada mereka untuk menjadi yang terbaik, siapa tahukan kanak-kanak austisme ni bila besar dapat jadi 'new inventor' dan berbakti pada negara Malaysia.

Untuk anda semua kalau tak mampu untuk menderma sekali pun, anda boleh menonton video nyanyian dari remaja autistik berbakat, Umar Hasfizal. Bantu mereka untuk dapatkan 'NEW TARGET' 50,000 LIKES for RM50,000! Suria KLCC dan LiteFM bergabung untuk Sunshine September dan akan menderma RM50 000 kepada National Autism Society Of Malaysia (NASOM)- setiap satu like berharga RM1. Jangan lupa untuk berikan SUPPORT anda kepada anak-anak istimewa ini. Hanya kongsikan dengan rakan anda dan like ! Senang kan ?


Umar Hasfizal - You Raise Me Up
We have a new target – 50,000 LIKES for RM50,000!Give Umar Hafizal’s video below a LIKE because each LIKE is worth RM1Suria KLCC and LiteFM are teaming up for Sunshine September, and if you help get Umar’s video to 50,000 likes, Suria KLCC will donate RM50,000 to the National Autism Society Of Malaysia (NASOM).Go on - give this chap a “LIKE” and share it with your friends! Get them to support Umar by liking his video!www.sunshineseptember.com
Posted by LiteFM on Thursday, 3 September 2015

Utuk maklumat lanjut 

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com