Apa yang kita tahu tentang POKOK ?

Pokok - sekeliling kita memang ada pokok, kadang-kadang ada yang tumbuh secara tiba-tiba tengok-tengok je dah membesar depan mata, kita pun gatal tangan, pokok yang tak kenal terus cabut dan buang. Kadang-kadang pokok yang tumbuh tu pokok herba, dan kita buang sebab apa sebab kita tak pernah tahu tentang fungsi pokok.

Pokok Kaduk ( Gambar dari http://comeylote.blogspot.my/p/pokok-herba.html )

Pokok Sireh ( Gambar dari http://comeylote.blogspot.my/p/pokok-herba.html )

Pokok yang tumbuh menjalar seperti kaduk dan sireh - nampak macam sama kan kedua-dua pokok herba ni ? Tapi pernahkah kita tahu kedua-dua pokok ni ada khasiat 1001 tersembunyi antaranya
  • Anti oksidan
  • Diare
  • Menghentikan pendarahan gusi
  • Menghentikan pendarahan hidung atau mimisan
  • Sakit gigi berlubang
Saya suka makan daun kaduk ni, mula mula buat macam bentuk kon lepas tu masukkan sayur, kacang dan sebagainya jangan lupa cili api yang kecil-kecil lepas tu lipat masuk mulut makan. Wow memang sedap tu ! :)

Banyak rupanya pokok kat dalam Malaysia ni nak di terokai, antara sebab saya update pasal pokok sebab saya memang suka pokok lebih-lebih lagi saya mempunyai emak yang suka bercucuk tanam, rumah dia dah macam nursery, kalau rumah saya jangan harap lah ruang tanah yang amat terhad jadi terpaksa buat letak pokok-pokok dalam pasu je, pasu tanah liat pun agak mahal, jadi saya guna konsep eco-friendly, recycle tin-tin atau botol-botol yang cantik untuk di letakkan pokok.

 
Antara barang-barang yang terpakai di guna kembali dan di isi pokok.

Ye kalau nak tahu ini sebenarnya adalah projek saya bersama anak saya untuk menyelamatkan bumi yang semakin tenat akibat pencemaran udara dan sebagainya, nak bawa bumi ke arah kehijauan, mungkin tak mampu secara menyeluruh tapi saya ada juga sikit berusaha. Orang kata nak memulakan sesuatu yang baik seeloknya dari rumah sendiri dan diri sendiri.

Baca lebih lanjut : http://www.syafierayamin.com/2015/09/dari-kebun-emak-ke-halaman-rumah-sendiri.html


Sejuta kehidupan yang lebih sihat, saya sebenarnya setuju dengan 'quote' Dr. Wangari Maathai, bayangkan kalau sejuta manusia dalam bumi ini menanam pokok melalui benih-benih yang disemai ? Semestinya bumi jauh lebih sihat dan ianya adalah sebagai satu harapan untuk generasi akan datang untuk hidup dalam bumi yang sihat daripada hidup di bumi yang penuh pencemaran.

Saya harap rumah saya akan lebih hijau berbanding dari saya masuk rumah yang kering-kontang dulu, rumah jauh lebih sejuk dan redup dan rasa macam seronok je nak ajak anak-anak bermain dekat luar. ;)  Harapan saya semoga kata kunci "POKOK" mampu membentuk sejuta kehidupan yang lebih sihat.

#KTT Korang tahu tak ?



Selamat mengembalikan kehijauan bumi ye rakan rakan ! ;)


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com