Antara 7 sebab "Telekung Reehans Pilihan Muslimah" ( Wow sangat menarik untuk di baca )

"Ibadah selesa, In Sha Allah Hidup Ceria"


 Assalamualaikum semua, harini nak update entri pasal jenama telekung Reehans khas untuk wanita muslimah yang rajin solat 5 waktu sehari dan solat sunat yang lain. Telekung yang semestinya amat selesa untuk dipakai dengan pelbagai corak dan warna yang boleh dipakai, siapa sangka nak solat pun masih boleh kelihatan menarik dan cantik baru lah rasa bersemangat dan berkobar-kobar nak solat dengan betul dan kusyuk ( Mudah-mudahan)

Reehans T.E.L.E.K.U.N.G
Tujuan telekung ini dicipta atas alasan  untuk memudahkan Wanita muslimah kategori yang moden masa kini untuk solat 5 waktu secara praktikal dari segi pemakaian yang selesa dalam mengerjakan ibadat sebagai seorang wanita islam dan setiap jahitan diberikan kualiti terbaik untuk setiap pemilik Telekung Reehans. Selain itu, telekung ini kemungkinan besar akan memberikan tahap keyakinan yang tinggi kepada pemilik untuk melakukan ibadah solat dengan sebaik-baiknya.

Antara sebab Telekung Reehans ni boleh dijadikan sebagai telekung pilihan Wanita Muslimah Moden.

Sebab pertama : Telekung Reehans menggunakan kain kualiti yang sangat da'best' iaitu dari
  • English cotton
  • Italian Valentro

    semestinya  kain yang teramat selesa apabila dipakai. Cuba dapatkan 1 dulu In Sha Allah hati berkenan dan bolehlah solat dengan kusyuk - bukan setakat nak nampak lawa je.

    Dengar cerita Telekung Reehans ni sangat-sangat terbaru di pasaran, jika dahulu telekung warnanya putih sahaja, kadang-kadang tengok muka sendiri pakai telekung kat cermin dah macam apa pulak taknak cakap nanti pucat muka.. sekarang dah ada warna warni, nampak lah berseri-seri sikit bila tengok dekat cermin.
Sebab kedua : Ada 3 jenis Koleksi yang mungkin anda teruja nak cuba
(Telekung Reehans Balqis)
Kalau ikutkan aku, aku lebih suka Telekung Reehans Balqis sebab banyak bunga-bunga rasa macam pencinta floranista gitu. Warna dia pun sangat sangat lembut, diperbuat daripada English Cotton tau kalau husband tengok ni mesti dia suka. Ada 24 Warna dan corak tak terhad  - memang banyak sangat pilihan bagi penggemar bunga-bunga mekar - Harga pasaran : RM190 Nak tengok yang lebih menarik lagi dalam Koleksi Reehans Balqis ->> http://goo.gl/YKxabN


(Telekung Reehans Nur)

Telekung Reehans Nur pulak ada 7 warna paling menarik warna pink la, rasa macam girlie girlie favorite gitu. Telekung Reehans Nur diperbuat dari kain Italian Valentro, kain yang mudah dibentuk, selesa dipakai, lembut dan tak panas, Percaya tak telekung ni amat sesuai digunakan setiap hari dan boleh dijadikan sebagai hadiah untuk majlis kesyukuran dan juga hadiah hantaran perkahwinan. Harga pun boleh tahan tapi untuk sesiapa yang rasa dia nak isteri dia nampak cantik dan mewah senantiasa boleh lah belikan satu. Harga pasaran : RM230 - Nak tengok yang lebih menarik lagi dalam Koleksi Reehans Nur ->> http://goo.gl/hQTYxF

(Telekung Reehans Rania)
  
Telekung Reehans Rania di jual dengan harga pasaran RM240, Ada 2 jenis warna vanilla dan dusty pink, beza antara Reehans Rania dan Reehans Nur mungkin dari segi tambahan bunga sikit di bahagian kepala dan masih menggunakan fabrik berkualiti dari Italian Valentro, sama juga sebagai pemakaian harian dan juga sebagai hadiah hantaran. Berminat dengan koleksi ni boleh klik sini ->> http://goo.gl/qnb0S8

Sebab ketiga : Bumiputra punya produk ( Orang melayu memang kreatif )
  • Selalu beli yang biasa-biasa je, kebanyakan import dari Cina dan Vietnam tapi sekarang dah ada orang melayu buat yang bagus punya material dan kualiti sedap kenapa kita tak cuba untuk sokong buatan bumiputra - nak solat pun bersemangat bila tahu orang kita sendiri yang cipta Telekung Reehans ni.
 Sebab Keempat : Senang sangat nak beli secara online tak payah keluar rumah pun, selamat pun selamat
  • Yahoo, aku paling gemar beli barang secara online salah satu sebab memang aku malas nak keluar rumah sebab tak ada transport, sebagai seorang ibu hamil kalau nak shopping penat nak jalan, so boleh beli secara online je, yang penting kena ada duit lah dalam Maybank2U, wee.

Sebab Kelima : Harga tersangat Berpatutan untuk telekung yang berfabrik kualiti tinggi 
  • Kain yang berkualiti tinggi sememangnya layak diletakkan dengan harga yang sepatutnya, barangkali ramai yang menganggap tak berbaloi beli mahal-mahal, bayangkan kita beli kain solat untuk pakai hari-hari rasanya tak terbeban dengan harga ni, kalau baju lain jenama lain yang seksi-seksi tu kita mampu beli mahal, takkanlah telekung kita untuk menghadap Ilahi tak boleh sedangkan rezeki itu datangnya dari ALLAH, biarlah kita cantik di depan ALLAH DARI CANTIK depan manusia tak semestinya semua menghargai kita. 


Sebab Keenam : Bakal Pengantin Lelaki tak pening kepala cari hadiah hantaran untuk bakal isteri
  • Lepas ni, yang nak berkahwin tak ada idea nak bagi apa dekat bakal isteri, bolehlah korang cuba-cuba bagi telekung bergaya dan cantik macam ni, mana tahu bakal isteri korang yang tak rajin solat sebelumnya tiba-tiba jadi rajin pulak nak solat 5 waktu semuanya gara-gara cantik bila nak solat dan yakin bila menghadap Ilahi sekali gus boleh jadikan solat tu kusyuk dan tak sia-sia.
Sebab ketujuh : Boleh Dilipat dan dimuatkan dalam bag kecil sesuai untuk kaki travel
  • Lepas ni tak ada alasan pergi travel taknak bawa telekung, kalau pakai telekung sendiri jauh lebih selesa dari pakai telekung orang, kadang-kadang yang tak bercuci penuh je kesan kotoran sekitar bahagian kepala tu lagi geli kalau sisa kotoran tu daripada bahan kosmetik yang melekat kan. So bila bawa telekung sendiri dapatlah rasa macam hygiene sikit tak adalah rasa macam kuman-kuman melekat di wajah.
 Sebab terakhir :  Rasa bersemangat tak nak tinggal solat 5 waktu lagi dah
  • Ini mungkin antara sebab yang betul-betul serious, takkan pakai telekung sebab nak lawa dan cantik je semata-mata, mestilah tanamkan azam taknak tinggalkan solat, kemungkinan besar bila dah pakai lawa-lawa time solat rasa macam seronok lah nak solat, mesti rasa serba-salah je kalau tinggal solatkan so eloklah tanamkan semangat macam tu. Mana tahu solat jadi lebih ikhlas berbanding sebelumnya kan ? Cuba dulu kalau tak boleh pandai-pandailah. hehe  ;) 
 Akhir kata : Ibadah selesa, In Sha Allah hidup bahagia, Amin.
Makin lama makin banyak sebab pulak, kalau korang berminat dan nak tahu lebih lanjut pasal Telekung Reehans ni Boleh lah rajin-rajinkan diri melawat tempat yang berkenaan :
Info Lanjut dan Tempahan
WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com
Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com