8 Tanda anda sebenarnya tidak gembira dengan kehamilan anda.

9/10/2015 02:33:00 PM

Kehamilan adalah salah satu kunci utama kebahagiaan suami isteri yang tak boleh di sangkal lagi. Walaubagaimanapun ada setengah yang hamil bukannya membenci bayi didalam perut tetapi lebih membenci kepada komplikasi yang dialami ketika hamil. Saya memang akui saya salah seorang daripadanya gembira sekali pada saat tahu akan berada dalam kehamilan yang kedua tapi siapa sangka disebalik kegembiraan yang ada pada wajah manis dan comel ni sebenarnya ada perkara yang saya tak suka berlaku ketika hamil. Jom ketahui apa 8 punca utama kehamilan yang saya alami tidak seindah yang disangka :

Tanda pertama : Sakit kepala yang berpanjangan
Ini adalah salah satu tanda yang sebenarnya agak asas bagi ibu yang hamil ketika awal trimister, dan paling teruk sekali bila ianya akan berlaku sehingga hari kelahiran yang akan tiba. Sakit kepala juga boleh menyebabkan ibu yang hamil tidak boleh bergerak banyak dan mungkin juga akan kehilangan banyak masa yang berharga dengan hanya berbaring di atas katil sementara menunggu sakit kepala reda. Saya akui simptom sakit kepala ini membuatkan saya menjadi lebih lemah dan juga tak mampu memberikan perhatian lebih pada suami dan juga anak lelaki yang pertama. Tekanan ini juga kadang-kadang membuatkan saya sebagai ibu hamil terasa jauh dengan mereka. ;(

Tanda Kedua : Sakit pinggul setiap kali baring sama ada ke sebelah kanan atau kiri
Saya tidak pasti jika ibu yang hamil ada yang tidak mengalami perkara sebegini, sebab saya mengalami masalah sakit pinggul yang amat perit rasanya walaupun dari kehamilan anak pertama lagi, Semakin besar bayi semakin kuat rasanya tekanan pada bahagian pinggul ini sekali gus membuatkan saya 'limit' untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang saya lakukan pada masa dahulu sebelum hamil. Bagi yang mengalami masalah seperti ini, bolehlah gunakan bantal yang banyak untuk memastikan badan dan tulang dalam keadaan yang selesa.

Tanda ketiga : Emosi walaupun perkara remeh
Ini adalah tanda yang paling saya tak suka - saya tak tahu jika ianya berlaku pada anda, saya lebih mudah tersentuh jika saya nak keluar jalan-jalan suami lambat untuk masuk ke dalam kereta, bayangkan benda ni sangat remeh saya apa lagi lari naik bilik atas nangis tak tentu pasal, apdahal benda yang seremeh tu rasa macam amat berat je bagi saya. Kadang-kadang kesian kat suami terpaksa bersabar pula dengan sikap emosi setiap kali kehamilan, Ingat lagi masa kehamilan pertama, suami secara tak tersengaja tertumpahkan air atas meja dah terkena pada diri sendiri, menangis sakan kot. Huhu. Bersyukurlah kalau dapat suami yang jenis memahami.

Tanda Keempat : Nak makan benda sedap-sedap, agak cerewet dalam pemilihan makanan
Ye, saya akui saya memang kuat makan dan agak memilih, kadang-kadang apa yang saya masak saya tak makan, kononnya saya dah selesai masak walaupun nampak menyelerakan di mata suami dan anak-anak, dalam waktu tengah makan tiba-tiba saya bersuara, sayang teringinlah nak makan cheezy wedges kfc, tak pun pizza, tak pun benda-benda berkeju, suami pun apa lagi, ni kan ada makanan, makan je la apa yang ada. Tak boleh bayangkan betapa peliknya 'pregnancy craving' kali ni. Nak makan sedap-sedap je, kalau tak memang tak jamah mulalah lapar bagai.

Tanda kelima : Terasa banyak urusan tidak dapat di'setelkan'
Perkara yang saya tak suka berlaku bila saya perlu uruskan sesuatu yang amat penting, contohnya bila hari isnin-jumaat ada pula urusan yang perlu disetelkan tapi suami tengah bekerja, saya akui jadi suri rumah sepenuh masa memang seronok cuma bila nak keluar ke mana-mana mesti nak suami temankan lebih-lebih lagi waktu hamil, kalau dulunya sebelum tak hamil, boleh je ke mana-mana tanpa suami, bawa je anak join sekaki. Tapi sekarang tak boleh nak uruskan anak yang pertama lagi, nak bawa perut lagi, memang tak lah walaupun urusan tu penting sangat, sampai suami terpaksa ambil cuti nak temankan isteri dia yang tercinta ni. Terima kasih sayang.

Tanda Keenam : Kuat marah walaupun anak tak buat slaah apa-apa
Ya Allah ! Yang ini tanda paling dibenci sekali, anak kita tak buat salah pun dia pun kena marah, kadang-kadang kesian juga, tapi tak tahu dia baru sentuh TV je kita dah naik angin, dia pegang cawan nak minum pun kita dah pandang dia semacam, apa kes mama dia ni ? Memang kronik betul kalau kuat marah ni. Nak control tapi macam tak boleh nak simpan pulak. Sorry la ye abang, biasalah ibu hamil kena faham walaupun abang dia masih 3 tahun. Ha3.

Tanda ketujuh : Menyampah tengok orang lain yang tengah happy bergembira
Haa yang ni pun tak tahu kenapa, tengok kawan-kawan pos dalam facebook pergi sana pergi sini, terus unfollow dorang, sebab taknak tengok dorang tengah happy dan ada banyak tenaga nak lakukan aktiviti harian yang lasak. Kita yang hamil ni nak buat perkara lasak-lasak jangan haraplah. Karang dua-dua masuk hospital kang, huhu.

Tanda Kelapan : Rasa macam tak sangka dah jadi mak orang walaupun umur masih 25 tahun
Ini paling kelakar sebab kawan-kawan aku yang 25 tahun hanya ada 2-3 je yang dah berkahwin dan beranak-pinak salah seorang nya adalah aku lah, kawan-kawan aku masih boleh enjoy lagi life dorang sebagai orang bujang, kadang-kadang jealous juga ye la, tak payah diaorang nak fikir panjang apa suami dorang makan, apa anak-anak makan, lagi best tak payah basuh berak anak hari-hari, seronok betulkan jadi bujang, haha, tapi sebenarnya saya akui life sebelum kahwin dan selepas kahwin saya lebih suka life selepas berkahwin. Sebab kawan paling rapat ialah suami dan lawan juga adalah suami. So suami kita lebih mengetahui kita lebih mendalam. ;)

Kesimpulannya, sebenarnya kehamilan adalah sesuatu yang amat berbaloi dan keterujaan seseorang ibu untuk menyambut orang baru lahir ke dunia. Mungkin ada segelintir memandang rendah pada seorang hamil dan tidak memberi banyak komitmen pada ibu hamil tapi percayalah ibu hamil ini sebenarnya dia sangat kuat dan tabah, walaupun mengalami banyak simptom dan komplikasi yang tak masuk akal dia masih cuba untuk lahirkan anak dengan harapan anak yang dilahirkan menjadi insan yang berguna, berakal, bijaksana, soleh dan solehah bagai. Itu adalah ujian yang cukup berat bagi ibu-ibu yang hamil lagi.

Coretan kali ni dah lama dalam kepala, akhirnya terluah juga. ;) 

Terima kasih pada suami dan anak-anak boleh bersabar dengan ibu hamil kali ini.

 

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram