5 Rahsia untuk kekal sihat dan cantik ketika hamil.

9/09/2015 12:17:00 AM

Hi semua, entri harini nak update sedikit rahsia untuk kekal sihat dan cantik ketika hamil. Memang tak disangkal lagi sebenarnya kehamilan menjadikan seseorang wanita itu lebih kuat dan cekal, buktinya walaupun pinggul belakang semakin tertekan dengan beban pembawakan bayi, si ibu berkenaan tetap mampu mengemas rumah, memasak, bercucuk tanam dan sebagainya. Buktinya itu sendiri saya yang lakukan dan saya tahu perasaan sakit dan gembira itu ada.

Harini genaplah #24minggu kehamilan anak kedua saya. Tapi percayalah saya kadang-kadang terlupa yang saya sebenarnya hamil dan akan teringat bila bayi menendang-nendang dalam perut ni.
Hebatkan penyakit lupa yang saya alami ketika hamil anak kedua.

Sakit badan tu memang ada, sengal sengal bahagian pinggul kanan dan paling seronok kehamilan kali ini tak seteruk kehamilan yang pertama dimana kehamilan yang pertama pinggul lebih terasa mencucuk dan juga mengalami kekejangan kaki setiap malam. Saya yang merasa sakit itu jadi saya simpan dalam ingatan walaupun kadang-kadang lupa sakit kehamilan tu.

Kehamilan kedua ini jauh lebih baik simptom nya cuma kadang-kadang cepat marah sebab tak boleh tengok rumah bersepah, percayalah masa awal trimister - saya kuat marah, kuat merajuk dan kadang-kadang rasa nak lari rumah tapi tak tercapai dek badan nak lakukan semua tu sebab bukannya larat, pendam pun tak mahu - mangsanya suami dan anak-anak. Lepas tu terus reda kemarahan tu tapi timbul balik, ironi sungguh.



Jadi kali ni saya ada 5 rahsia saya nak kongsikan dengan pembaca semua untuk kekal sihat dan cantik ketika hamil.

  1. Rahsia pertama : Percaya tak yang kehamilan kedua saya kali ni - HB saya atas 10 je ? Apa saya dah lakukan ?
    Saya ambil B-complex + Vita-Lea Shaklee. Berbeza dengan kehamilan pertama, hb saya selalu jatuh sehingga bawah 10, doktor sahkan mungkin saya ada penyakit anemia dan sebagainya. Bagi yang tak tahu apa itu HB, jika anda hamil anda pasti akan berhadapan dengan isu ini dimana- tiap tiap bulan kena ambil darah untuk diperiksa.
  2. Rahsia Kedua : Jerawat berkurangan ketika hamil.Saya tak tahu sama ada pembawakan bayi atau tidak, saya memang ada masalah jerawat yang kronik masa saya muda remaja dulu - orang kata itu jerawat mengenyam, sebenarnya punca masalah jerawat adalah disebabkan oleh pemakanan, makanan yang berminyak dan juga kurang minum air. Tekanan hidup juga menjadikan kulit semakin tak bermaya dan kulit mudah berkedut. Jadi kurangkan tekanan dan cuba iktiarkan perkara yang boleh buat diri sendiri happy. Penggunaan tanah liat putih yang khas untuk muka juga sebenarnya boleh kurangkan jerawat dari keluar.
  3. Rahsia Ketiga : Minum air lebih dari 2 liter sehariAir ialah salah satu cecair yang natural untuk singkirkan lebihan lemak dalam badan. Kalau ambil apa-apa makanan tambahan memang digalakkan minum air yang banyak supaya badan tidak dehidrasi malahan air juga boleh dikatakan sebagai pembekal oksigen ke dalam darah secara efektif, betulkah ? Saya main petik dalam otak je, sebab air kan H20, ada oksigen tu. hah.
  4. Rahsia Keempat : Pastikan tidur yang cukup lebih dari 6 jam kalau hamilSaya akan pastikan saya menyimpan tenaga yang banyak, kadang-kadang saya akan tidur lebih sebab saya akan perlukan tenaga yang banyak ketika bangun, lebih-lebih lagi sudah ada anak yang pertama dengan sifat ekspolarasi dunia dia kita kena wujud juga. Kanak-kanak ni gemar buat sepah mungkin itu salah satu pembelajaran untuk perkembangan otak mereka, so saya sebagai ibu kena jadi positif kena tabah kalau rumah nampak macam tongkang pecah. Jadi memang saya perlukan tenaga yang banyak - itu sebab saya pastikan saya dapat tidur yan cukup.
  5. Rahsia Kelima : Tenangkan jiwa melihat benda yang positif atau tambah ilmu dunia dan akhirat serta berfikiran positifPerkara yang nak buat ketika hamil ialah memang akan secara automatik ingat pada tuhan minta kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk diri sendiri dan keluarga.  Menang benda macam ni jadi automatik ketika hamil tak tahu kenapa mungkin pembawakn bayi yang masih suci. Tengok benda benda yang seksi pun dah rasa macam sakit mata, tak tahulah kenapa ye. Tapi tu la orang kata seeloknya waktu hamil eloklah beringat-ingat tentang hidup dan mati. Sebenarnya bila kita tenang - badan kita automatik jadi lebih sihat dan bertenaga tanpa ada rasa tekanan dalam jiwa. Orang yang jiwanya bersih mesti senang nak melakukan perkara yang baik-baik kan ?
Okay itu adalah 5 rahsia untuk kekal dan sihat yang saya sendiri amalkan, kadang-kadang terbabas juga tapi masih nak buat  sebab tahu ianya baik untuk diri sendiri. Anda bagaimana ?

Terima kasih kerana sudi membaca. ;)


You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram