Jom bawa anak-anak bersuka-ria hujung minggu ini sambil bershopping.

8/29/2015 01:45:00 AM

Pada Sabtu lepas 22 Ogos 2015 di Avenue K, kisah ibu muda dan keluarga kali ini berpeluang menerokai taman permainan terbesar dalam bangunan iaitu STAR LIGHT KIDS' - salah satu cawangan pertama yang terletak di dalam tengah bandar Kuala Lumpur. Dilengkapi dengan "protective cover" yang lembut di setiap ruang untuk memberi keselesaan dan keselamatan yang terjamin untuk kanak-kanak ketika bermain yang dianggarkan lebih kurang 5,500kaki.



Diasaskan oleh 3 orang adik-beradik, Shaz Lydia, Shaz Elanie dan Shaz Elyza yang berkongsi pendapat untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan seronok untuk kanak-kanak bermain, belajar, bersosial dan bergerak aktif walaupun dalam bangunan. Ini juga menggalakkan kanak-kanak dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara ibu dan bapa masing-masing malahan meningkatkan imaginasi dan perkembangan otak untuk anak-anak.

Pada hari pelancaran, rakan-rakan media, "parenting bloggers,' dan juga rakan selebriti terkenal : Sasha Saidin, Jovian Mandagie serta isterinya, Nina Ismail turut hadir untuk menjayakan majlis gilang-gemilang ini. Selain itu, STAR LIGHT KIDS' juga telah menjemput tetamu lain untuk membawa anak-anak mereka mengalami sendiri pengambaraan angkasa dalam bangunan.

Tetamu yang hadir telah diberi pendedahan serta dapat menjelajah sekitar kawasan STARLIGHT KIDS'. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh didapati dalam taman permainan tersebut :


  1. Tempat permainan kanak-kanak
  2. Ball Pit
  3. Ball-blasting arena
  4. Trampoline
  5. A winding Obstacle Course
  6. Function Room ( Khas untuk buat private event - birthday party, etc. )
Ibu muda kali ini sangat teruja apabila STARLIGHT KIDS' indoor playground kali ini menitikberatkan kebersihan dan berusaha menghalang penyakit berjangkit ketika kanak-kanak sedang leka bermain. Sebelum kanak-kanak mula masuk ke dalam taman indoor. Mereka akan diberi sejenis cecair anti-kuman untuk membersihkan tangan mereka, kemudian diberikan sepasang stokin yang mempunyai anti-geseran daripada getah dan juga staff yang bertauliah untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.

Dua tujuan taman permainan ini diadakan dalam tempat membeli-belah adalah untuk memudahkan ibu yang kaki shopping membeli belah dengan perasaan yang tenang.
  • 1 entri membenarkan penjaga masuk untuk menemani anak-anak (bawah 4 tahun) dan
  • satu lagi adalah Konsep DROP & SHOP hanya atas 4 tahun ( dimana kanak-kanak tidak akan ditemani oleh ibubapa - kena ikut Terma dan syarat )

P/S : Wajib pakai Stoking dalam taman permainan ( Untuk memastikan kanak-kanak tidak tergelincir atau jatuh )

Kemudahan lain yang disediakan :
  1. Toilet
  2. Star Light Kafe
  3. Servis simpan barang secara percuma ( Free Locker)
Aktiviti tambahan yang lain ialah seperti :
  1. Personalised Party Package (akan datang pada September 2015) termasuk kelas Zumba dan Yoga untuk ibu bapa.
  2. Urban Gardening
  3. Yoga untuk Baby dan ibu bapa
  4. Kelas menari untuk kanak-kanak
Senarai Harga mengikut Kategori dan Umur



STAR LIGHT KIDS
L3-14A, Level 3,
Avenue K Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

untuk MAKLUMAT LANJUT dan aktiviti yang menarik, sila :

Call : +603-21818687





You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram