Jom Bersahur dengan Kebaikan Horlicks sepanjang ramadan

7/13/2015 09:21:00 PM

Jom Bersahur dengan Kebaikan Horlicks sepanjang ramadan
(Kempen #sahurdenganhorlicks membantu kanak-kanak berpuasa dengan betul dan sihat)

Hi semua,
Hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya bersahur sepanjang bulan Ramadan tahun ini, sebelum
kempen Horlicks ini bermula saya memang sudah menikmati kebaikan yang ada dalam susu Horlicks
kerana sebagai ibu hamil dan masih menyusukan anak saya memang memerlukan lebih banyak
tenaga dan khasiat untuk memastikan saya dan anak-anak kekal cergas walaupun dalam keadaan
berpuasa.

Kempen #sahurdenganhorlicks ini dijalankan adalah sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran
ibubapa dan anak-anak tentang pemakanan yang sihat dan bernutrisi tinggi yang penting malahan
tenaga diperlukan oleh badan dalam masa sehari tanpa makan dan minum sepanjang ramadan.

Sahur adalah sunat iaitu waktu untuk umat islam makan dan minum sebelum Subuh. Disunatkkan
untuk memakan apa sahaja yang halal walaupun segelas air sahaja ketika hampir akhir-akhir waktu
sebelum Imsak dan Subuh. Jadi pentingnya umat islam untuk mencukupi nutrisi dan tenaga agar
boleh berpuasa dengan sihat ketika ramadan.

Jika saya, saya sebolehnya melengkapkan diri saya dengan makanan yang tinggi karbohidrat dan
protein supaya badan saya mampu bertahan sehingga waktu iftar(waktu berbuka puasa). Bukan saya
sahaja yang memerlukan tenaga yang cukup, malahan seisi keluarga saya termasuk suami dan anak-
anak. Antara displin yang terbaik untuk anak-anak ketika bersahur ialah memastikan mereka bangun
untuk memenuhi keperluaan untuk badan mereka juga.

Kali ini ibu bapa tak perlu risau lagi nutrisi yang lengkap telah disediakan oleh Horlicks dalam setiap
botol. Setiap botol Horlicks telah dilengkapi dengan 23 vitamin penting dan nutrisi yang diperlukan
oleh badan untuk khasiat yang diperlukan oleh badan yang tinggi dengan kandungan fiber. Ianya juga
telah diformulasi dengan tambahan kalsium, Vitamin D, Asid Folik, multi-vitamins dan minerals untuk memastikan anak-anak yang bersekolah tetap bertenaga dan fokus ketika berpuasa dan pada masa yang sama ianya juga menyokong sepenuhnya tumbuseran dan juga perkembangan otak si manja anda.

Tanpa pemakanan yang betul ketika waktu sahur ianya akan menjadikan perut kita tidak tahan
dengan perut yang lapar dan boleh mengakibatkan sakit kepala. Dengan itu Horlicks telah
menyediakan nutrisi yang lengkap seperti fiber yang tinggi untuk memastikan sistem penghadaman
yang baik kerana berpuasa boleh meningkatkan asid dalam perut. Fiber yang tinggi boleh
mengurangkan sakit perut ketika asid dalam perut meningkat. Dengan amaun nutrisi yang cukup dan
lengkap boleh melambatkan proses perut lapar ketika berpuasa di siang hari.

Cara-cara menyediakan makanan yang lengkap dengan nutrisi bersama Horlicks.
Kini ibu bapa tidak perlu risau lagi jika masa untuk bangun sedikit terhad iaitu 30 minit sebelum
Subuh jika mempunyai produk susu Horlicks di rumah. Hanya letakkan 2 sudu dalam cawan yang
tahan panas, kemudian tuangkan air panas dan bancuh. Horlicks mempunyai 2 perasa yang enak,
perasa original dan coklat, jika saya, saya lebih suka rasa Original kerana ianya memang sedap.
Perasa coklat juga adalah perasa yang agak baru. Saya lebih suka minum Horlicks dengan ais. Jadi
saya namakannya Horlicks Ais.

Setiap botol yang disediakan oleh Horlicks mempunyai tanda amaran jika 
Susu Horlicks perlu ditambah.


Nutrisi yang lengkap sangat diperlukan oleh badan untuk memastikan perkembangan kesihatan dan
badan berfunsi dengan baik terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak selalunya akan mengikut selera
makan yang mereka lebih suka. Oleh itu ibu bapa seharusnya memberi perhatian yang tinggi dalam
pemakanan yang diambil oleh anak-anak mereka supaya kanak-kanak bertenaga untuk belajar
kemahiran yang mereka akan guna dalam aktiviti harian mereka seperti penggunaan bahasa,
matematik, menulis dan juga dalam bidang sains. Perkembangan kognitif akan berhasil jika
keseimbangan mereka dapat dipenuhi dengan nutrisi yang lengkap, vitamins dan juga minerals,
lebih-lebih lagi mikro-nutrien yang tersangat diperlukan untuk kanak-kanak membesar dengan, sihat,
bijak dan cergas.


Dan sebagai seorang ibu yang masih menyusu dan juga hamil anak yang kedua, saya akan
memastikan badan saya dilengkapi nutrien yang tinggi dengan vitamin dan mineral, bukan sahaja
kanak-kanak yang memerlukan nutrisi yang tinggi malahan sesiapa sahaja yang bergelar manusia.
Kali ini saya tak perlu bimbang jika tak mampu bersahur kerana kali ini saya telah berjaya berpuasa
penuh sehingga kini tanpa rasa perut lapar yang memulas walaupun dalam keadaan hamil dan masih
menyusu. Saya dah tak perlu risau, Cuma bancuh dan minum sahaja 2 gelas semasa sahur dan
sebelum tidur, rasa Horlicks yang enak juga membuatkan saya lebih gemar untuk minum setiap pagi
dan malam.



Carta Nutrien yang terdapat setiap botol/pek Horlicks.


Horlicks bukan sahaja sedap diminum tapi boleh buat kuih raya dengan Horlicks, seronok kan ?
Di bawah ini terdapat beberapa resepi yang boleh di cuba untuk ibu-ibu yang suka buat kuih. Antara
resepi yang ada ialah resepi Biskut Meringue Horlicks, Biskut Bintang Horlicks, Kek cawan Lava
Horlicks, Biskut Horlicks Neopolitan dan juga biskut rangup badam Horlicks, saya masih belum
mencuba resepi yang diberikan tapi macam berminat nak buat, sebab nampak macam sedap kan ?


Dalam memberi sokongan untuk #sahurdenganhorlicks, Facebook Horlicks akan berkongsi tips
menarik sepanjang Ramadan dan memperkenalkan resepi yang berguna untuk ibu-ibu menyediakan
makanan yang sihat, cepat dan ringkas untuk anak-anak mereka. Rakan-rakan boleh berkongsi secara
“public” inovatif resepi sahur bersama Horlicks dengan memuat naik gambar ke media sosial dengan
hashtag #sahurdenganhorlicks. Ibubapa juga boleh memuat naik pengalaman berpuasa bersama
anak-anak mereka sepanjang bulan Ramadan tahun ini dan kemasukan yang paling menarik akan
dipilih setiap minggu, 5 pemenang bertuah akan dipilih dan mereka akan memenangi 12 pek Horlicks
Malt Coklat. Pertandingan bermula dari 18 Jun-16 Julai 2015.

Maklumat lanjut tentang Horlicks, sila lawati http://www.horlicks.com.my/my atau
https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia

Sementara itu, bolehlah semua menikmati iklan dibawah ni.. comel betul si Idham ni haha.


You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee