Cabaran berpuasa untuk ibu yang hamil di awal trimester dan menyusu.

6/18/2015 11:04:00 AM

Hi Assalamualaikum, so hari ni bermulalah seluruh umat islam berpuasa secara serentak di satu dunia untuk tahun 2015 kali ini.

So saya nak tanya ibu-ibu di luar sana, Adakah anda tengah hamil  dan masih menyusu ?
Kalau anda tanya saya, yes memang saya tengah melakukan 2 perkara, hamil di awal bulan dengan Masalah alahan yang turun naik turun naik, sekejap pening kepala, sekejap nak muntah... dan tambahan lagi dengan anak yang dah masuk 3 tahun yang masih menyusu.

Apakah persediaan utama yang ibu-ibu di luar lakukan jika berhadapan dengan situasi yang saya alami ? Saya tak boleh nak beritahu banyak, memandangkan ini hari pertama 18 Jun 2015 berpuasa... dah baru separuh hari saya masih boleh lagi menahan lapar dan letih.

Apa yang saya lakukan ketika sebelum sahur? Saya memang sukar tidur waktu malam sebab saya banyak hilang tenaga kerana anak saya yang menyusu memang target minum pada waktu malam iaitu waktu sepatutnya saya berehat. Memang sangat letih lebih-lebih lagi saya kena meminum air masak dengan banyak sekali, salah satu sebab saya nak kurangkan kandungan gula dalam darah dan juga untuk menambah susu.

Kalau nak mengikut pertanyaan lagi, Apa yang saya ambil ketika sahur tadi ? Memang agak banyak juga,

Saya listkan apa yang saya makan ketika sahur tadi..


  • Susu HL low fat perisa Coklat
  • Nasi Perang + Lauk Paprik ( Dalam kuantiti yang sedikit ) tak boleh nak sumbat banyak banyak sebab alahan nanti buat dia tolak balik.
  • Kurma 3 biji
  • Roti Gardenia Whole Meal 2 keping
  • Vitamin Shaklee ( B Complex + Omega Guard) Tak dapat ambil Vita-lea sebab minum susu.
Saya dah pastikan saya minum air setiap 2 jam sebelum bermula waktu puasa ni. Dan sebelum saya melelapkan mata juga saya sudah lengkapkan diri saya bersama 4 biji Ostemarix.

Tak leh nak makan mewah mewah... nausea pulak.. so kurangkan stress makan ringan ringan je.. Yang penting badan perlukan vitamin yang cukup kalau tak leh nak ambil makanan yang berat berat..
Posted by Syafiera Yamin on Wednesday, 17 June 2015
Kalau kita google, banyak tips sebenarnya untuk pastikan badan kita betul betul sihat untuk meneruskan puasa pada hari ni dan akan datang.

Dan yang pasti kena makan-makanan berkhasiat yang cukup khasiat dan mineral. Tapi saya galakkan ibu-ibu hamil dapatkan ESP Shaklee.. yang amat amat sesuai untuk ibu hamil - salah satunya untuk memberi tenaga yang berpanjangan.. Saya masih dalam tempoh percubaan bersama ESP, doakan saya berjaya ! ;) Gambateh ibu-ibu hamil dan yang masih menyusu ! Memang ini adalah cabaran untuk kita. Displinkan waktu makan untuk memastikan badan kekal sihat dan cergas. =)

Ini berdasarkan kisah saya - untuk tips lain saya syorkan anda melawat page ni




You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram