"So Much More" Johnson & Johnson serta KPJ bekerjasama untuk mendidik ibubapa yang baru dalam Deria sains (Science Of Senses)

5/21/2015 11:51:00 AM



Johnson’s Baby serta KPJ bekerjasama untuk mendidik ibubapa yang baru dalam Deria sains (Science Of Senses)
Deria sains telah mendedahkan interaksi multi-sensorial bersama bayi semasa waktu mandi bersama
ibubapa untuk menjana perkembangan otak bayi.

Kempen So Much More diadakan demi kepentingan kualiti masa dalam perkembangan otak yang bijak, terjamin dan stabil untuk masa depan anak-anak Malaysia yang telah bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan komuniti.


Dalam Menggalakkan ritual multi-sensorial untuk bayi ketika waktu mandi diantara ibubapa dan anak, ilmu pengetahuaan telah dikongsi bersama-sama ibubapa bersama Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.
Johnson’s Baby telah  melancarkan kempen terbaru pada 29 April 2015 di hoskan oleh pengacara TV, Belinda di KPJ Ampang Puteri iaitu kempen So Much More untuk mendidik Ibubapa Malaysia dalam ritual mandi untuk perkembangan otak bayi. Kajian telah menemui deria sains (Science of senses) menunjukkan keseimbangan diantara rutin keluarga dan novel stimulasi dalam menggalakkan deria dan membentuk perkembangan otak bayi. 


Antara produk dari Johnson’s Baby seperti dari cecair mandi, minyak bayi, pelembab dan bedak untuk memastikan kulit bayi terlindung, lembut dan wangi senantiasa supaya jangkitan penyakit dapat dibendung, sementara itu ibu bapa dapat memberikan masa yang berkualiti dengan anak-anak mereka untuk memupuk perkembangan deria rasa melalui produk yang mempunyai wangian yang sangat ringan.

Otak bayi meningkatkan proses pembelajaran apabila pelbagai deria di rangsang berbanding hanya satu deria sahaja. Kempen ini telah menggalakkan ibubapa baru untuk membuatkan masa mandi bersama bayi jauh berkualiti yang dipenuhi dengan rangsangan pelbagai deria untuk memupuk keupayaan bayi untuk belajar, berfikir, memberi kasih sayang dan membesar dengan sihat.

Otak bayi hampir berkembang sepenuhnya sebanyak 85% pada usia 3 tahun. Setiap pengalaman yang diterokai telah membentuk perkembangan otak bayi. Oleh itu, Johnson’s Baby telah berusaha dalam kajian “Global bath” untuk memberi kefahaman kepada ibubapa yang baru betapa pentingnya memupuk kasih sayang pada bayi mereka sepenuh jiwa dan raga. 

Pengetahuaan didedahkan antara ibu bapa di Malaysia ketika mereka menjaga bayi :
  • Hampir 1 dalam 2 ibubapa di Malaysia (48%) bersetuju bahawa penggunaan teknologi telefon pintar secara kerap akan menganggu mereka memberi tumpuan sepenuhnya pada anak-anak. Oleh itu, masa mandi bersama adalah waktu yang sesuai untuk dikongsi bersama kerana sebanyak 70% ibubapa memberitahu bahawa mereka jarang ke bilik mandi membawa telefon pintar mereka.
  • Sementara 94% ibubapa bersetuju kepentingan masa mandi bersama dengan pembersihan yang betul untuk memupuk pertaliaan yang erat, hanya 30% sahaja untuk sesi perkembangan otak.
  • Selebihnya, hanya 23% sahaja ibubapa memahami yang urutan bayi amat penting untuk perkembangan otak manakala 45% hanya pada rutin waktu tidur.
Langkah yang berkesan dalam memberi perhatian yang efektif pada penjagaan bayi, Johnson & Johnson telah melakukan kajian terperinci dalam Deria Sains untuk memberi inspirasi dalam suasana gembira dan sihat dalam perkembangan bayi. Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa multi-sensorial menggalakkan bayi seawal  3 tahun untuk memberi sokongan dalam komunikasi, pemahaman, perkembangan social dan emosi. Otak bayi mampu membina lebih daripada 1.8 juta hubungan sinaptik setiap dari sesaat. Galakkan multi-sensorial terbahagi kepada apa yang bayi merasa, bau, mendengar dan melihat – untuk menggalakkan hubungan sinaptik dalam jangka masa panjang.
  • Sentuhan : Bayi akan alami rutin sentuhan dan urutan dari ibu bapa atau penjaga sebanyak 50% lebih daripada perhatian melalui pandangan mata dan sekali gus menghasilkan eksperasi yang positif seperti senyuman dan pandangan mata.
  • Bau : Bau yang dikenali, seperti bau dari ibu  boleh menambah baikkan mood, ketenangan dan kecerdasan bayi. Bau yang wangi mampu memberikan bayi ketenangan dan kurang menangis ketika hendak tidur.
  •  Auditori : Bercakap bersama bayi ketika  waktu mandi juga boleh meningkatkan perkembangan dalam bahasa. Kajian membuktikan bahawa bayi  yang selalu berborak bersama ibubapa boleh menghafaz suku kata dalam umur 24 bulan.
  • Penglihatan : Bayi yang memberi respons pada stimulasi pandangan akan menghasilkan kordinasi mata-tangan dan Skil pemerhatiaan yang penting dalam perkembangan social.



Stuart Crabb, “Country Director of Retail Group, Johnson & Johnson Malaysia” berkata bahawa Johnson’s Baby telah menjadi perintis  utama dalam penjagaan bayi melalui sains dan tetapan mengikut standard global selama lebih dari 120 tahun. Standard “BEST FOR BABY” direka khas untuk bayi sebagai salah satu legasi dalam Johnson’s Baby. Kajian sains telah dilakukan dalam bisnes mereka yang tiada sempadan untuk memberi  yang terbaik dalam penjagaan bayi sebagai kemungkinan besar melalui proses memahami perkembangan bayi dan sifat jagaan ibubapa. Hari ini, mereka mengambil komitmen besar sebagai langkah awal untuk Ibu bapa di Malaysia memberikan didikan yang terbaik kepada golongan generasi pada masa hadapan.


Kuasa Sentuhan dan Bau.
Pada seawal 3 tahun, Apa sahaja interaksi diantara ibu dan anak boleh membentuk perkembangan otak bayi. Ritual setiap hari mampu memberikan pertaliaan yang kuat apabila deria badan digunakan secara serentak, seperti bau dan sentuhan. Bau yang harum dan di gabungkan dengan kasih sayang dari ibubapa, boleh mencipta bibit memori yang boleh tahan lama sehingga akhir hayat.






Untuk maklumat lanjut :
Layari :

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram