Asap semburan nyamuk anti dengue

10/10/2013 12:56:00 AM

Assalamualaikum again
Dah lewat malam nak update pasal semburan asap nyamuk ni lagi bukan sebab I nak tidur lambat, tapi I terjaga dari tidur lepas susukan hero kesayangan,  sebenarnya terbangun sebab rasa tekak sakit gila lah akibat dari semburan nyamuk petang tadi.
Area rumah I ni jiran yang terkena denggi,  so kkm dah 3x termasuk kali ni buat semburan asap ni untuk bulan september - Oktober 2013 ni. Tahap kebimbangan mereka memang superb la.
Dorang datang bagi notis lebih kurang setengah jam,  Dorang cakap akan sembur asap tu dalam pukul 6.15 ptg mcm tu.
I pon apa lagi buatlah preparation nak tutup makanan semua,  yang paling stress I tengah masak makanan ala-ala jepun style kot dah la banyak guna pinggang mangkuk bagai - ye la nak buat onigiri bagai dengan salmon deep fried lagi - sabar je la.
So I ada masa lebih kurang 15 minit untuk tutup makanan semua tu,  I tak tahu nak tutup pakai apa,  so I pergi tengok kain kain batik yang ada terus I cover pinggang mangkuk,  air2 bersih yang I siap tapis and makanan jepun I -kih3 tu pun apa yang sempat je I tutup,  berus gigi pun I simpan dalam kotak.
Dah rasa cam yakin je tutup apa yang patut habis,  I terus ambil my hero and duduk luar duduk bawah pokok kemboja depan rumah auntie India.
Sambil dekat luar tengok kucing kucing berkeliaran entah kemana - mana dorang nak lari, mcm kucing gila dah tengok dorang kih3. Jiran sebelah ada kucing cantik siap letak kucing eh dalam kereta terus.
Tapi bila tengok banyak jiran tak buka pintu and tingkap and dorang hanya duduk dalam rumah je.  Ada taska pun budak2 kena kurung je dalam tu,  kesian dorang kan.
Sambil tunggu kat luar,  tukang sembur tu pun sampai rumah and dia pun sembur la rumah I siap dia masuk lagi cabut kasut dia, dia sembur cam dalam 2-3 minit lama juga bagi I - I datanh jenguk masa dia masuk rumah ye la mana tahu orang ni curik barang kita lak - nasiblah kan.
Lebih kurang setengah jam juga asap tu nak reda,  setiap kali nak masuk je I and hero I batuk2 lepas tu tunggu luar sekejap,  rasa mcm dah reda baru la I sambung buat makanan ala- ala jepun I ni.
Memang dada sesak juga sampai lewat malam sekarang ni,  balik je hubby dia dah membebel bagai jgn kasi org tu masuk next time kalau ada buat preparation makanan sebab bahaya katanya - walaupun I dah tutup dengan kain dia cakap asap tu boleh tembus kain tu - ha3.
Simptom yang I alami paru2 I tengah gatal lagi sampai sekarang,  ni baru I,  I tak tahu my hero yang setahun tu dia ok ke tidak?  I punya tempat tidur dekat bawah malas nak panjat rooms -  and I siap pasang kelambu moden queen size lagi.
Memang I mop lantai sebab berminyak kena fogging tu hubby cakap lantai melekit walaupun water-based asap.  Gila la I tak aware pasal tu,  pinggan-mangkuk hanya tutup ala kadar,  banyak cantik I la nak cuci satu2.  Penat mak jemah oihhh.
Ni yang tilam I ni masih bau asap tak de maknenyelah I nak basuh berat2 ni adoi stressnya.
Malam ni tekak sakit paru-paru gatal tak tahu nak buat apa nasib I la ;(
Korang kalau ada pengalaman atau apa -apa je komen la bawah ye.
Thanks again sanggup baca my pengalaman ;)

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee