Kaki bayi tendang di sebelah kanan

8/03/2012 09:39:00 PM


Hari ni dah 14 ramadhan, cepatnyakan, Alhamdulillah dah 36 minggu bayi dalam perut, tapi mama dapat puasa jugak, bagus anak mama, tak laparkan mama.
Ada sesiapa baca tak paper semalam ke ntah bila pasal suami isteri maut kena himpap dengan bas sekolah, Ina lillah. Mama sedih baca bila dapat tahu yang isteri tu ada anak dalam kandungan dah nak masuk 7 bulan. Papa pun macam nak menangis bila cakap ada bayi 7 bulan dalam perut orang tu. Sedih la. Ada bayi yang baru nak develop lagi, pergi macam tu je. Mama pun tak dapat nak tahan air mata nie. Sampai tadi pergi beli makanan kat Tesco, papa bawa kereta hati-hati sebab dia tak nak Xciden. Sayang juga ye papa kat mama. hehe.
Tak lama lagi dah nak masuk 37 minggu. Perut dah boyot sangat-sangat nie, bayi kuat betul menendang dan mengeras.
Tak sabar nak menunggu lagi dah - Harap sangat bayi keluar dengan tubuh badan yang sihat walafiat,cukup sifat dan cerdik pandai. Memang dah tak larat sekarang, nak makan pun rasa macam tak kenyang sebab asyik nak kena control je pemakanan, tidur pun tak lena, andai kata tidur pukul 12, pukul 3 dah terjaga. Pukul 6 atau je la selesa balik nak tidur sam[ai 12 tengah hari.
Memandangkan esok hari Sabtu, at least papa baby ada kat rumah, cuti kerja, bolehlah teman mama dekat rumah yang selalu tinggal sorang-sorang nie. Kalau boleh berharap sangatlah bersalin waktu Papa dia ni ada, tak ada lah menyusahkan orang lain. Biar papa bayi yang susah sebab mama mengandungkan anak papa.
Barang-barang bayi dah sediakan, barang mama je belum lagi. Mama ingat nak pakai simple-simple je pegi hospital nanti.
Sejak akhir-akhir ni, kaki bayi selalu betul dekat bawah payudara kanan and tendang- tendang bahagian kanan ni, sampai nampak anak kaki kecil di sebelah kanan ni, Oh sangat-sangat comel nengok kaki dia. Punggung dia macam dok sebelah kiri sebab yer la kaki dia dekat sebelah kanan. Bayi ni pusing-pusing, harap-harap kepala dia kat bawah je la. Penat mama telan air selusuh, air kelapa, makan buah kurma sebba nak senang bersalin, mama tak nak anak mama lemas. Mama nak anak mama sehat lepas keluar nanti.
Mama suka berjalan tapi sejak asyik sakit bahagian ari-ari ni mama kadang-kadang fikir sampai 20x nak keluar ker tak, kalau betul2 perlu sangat mama keluar sebab mama nak kena beli barang dapur, beli barang untuk mama lagi, kalau nak harapkan papa takut papa tak tahu mana satu nak beli, hehe.
Baby kena sayang papa sebab papa sanggup ambil cuti banyak kali untuk mama ngan bayi tau. Sampai sanggup beli macam-macam untuk anak mama. So waktu kecil-kecil lagi mama nak anak papa hormat pada papa and mama sebab bukan senang nak melahirkan bayi yang comel ke dunia, banyak tekanan selama 9 bulan mama mengandung. Nasib baik mama sanggup sabar dan tahan sakit.

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee