Bilalah kawan aku nak bayar hutang aku nie.


Selamat pagi - Hari ni dah berapa hari kita berpuasa ye, Oh dah 21 Ramadhan. Dah start dah Malam Lailatul Qadar.
gambar curik dari http://kamalmustafa.com/wp-content/uploads/2012/02/cara-menuntut-hutang.jpg

Jika aku diberi kesempatan untuk Malam lailatul qadar, aku nak berdoa banyak-banyak pada Allah Taala, supaya aku tak menjadi orang yang berhutang, aku tak nak jadi orang yang tak menunaikan janji dan aku nak selamat dari fitnah dajjal.
Antara sebab aku tak nak berhutang sebab aku bukannya banyak duit cash pun, dan aku kena tahan nafsu membeli-belah aku.
Dan disebabkan berhutanglah menjadikan seorang yang itu berjanji untuk bayar hutang secepat mungkin, kalau kononnya aku pinjam duit kawan aku RM 300 lah- tiba-tiba kawan aku minta bayar secepat mungkin - aku waktu tu tak ada duit lagi kemudian aku mesti nak janji isnin nanti aku bayar... dah dah isnin aku tak bayar-bayar- maknanya aku dah mungkir janji lebih-lebih lagi waktu zaman fitnah ni, kawan aku yang tak puas hati tu mesti akan jadi sifat cam AHLONG...
Tapi cerita aku ni bukannya aku yang berhutang tapi kawan aku sorang tu.
Kitaorang hanya kawan biasa je bukan BFF# pun,
Tapi dia ada masalah so dia minta pinjam lah duit aku, Dan waktu dia pinjam tu dia janji dia akan bayar dalam bulan tu jugak waktu dia dapat gaji, aku pun waktu tu memang tak perlukan duit pun sebab aku tengah tak buat apa-apa ngan duit tu, ala, lagipun setakat RM ++++ je, tu yang aku tak heran, tapi kalo laki aku tahu aku kasi pinjam kat orang mesti dia ngamuk, dan dan aku tengah pregnant mesti nak guna banyak duit kot... tapi aku seriously kasi pinjam secara ikhlas supaya kawan aku tu dapat lah selesaikan masalah dia dalam tempoh dia tengah susah nie-aku kasi tempoh kot untuk dia bayar..#
Punyalah aku tunggu-tunggu dia bayar - aku niat memang ikhlas nak bantu dia tapi aku pulak perlukan wang waktu yang lainnya, aku minta bila dia nak bayar- tiba-tiba dia asyik cakap... I akan bayar.. berdosa I dunia akhirat tak bayar..
Aku pun OK, janji u punya masalah dah setel kira OK. Aku punya hati masih lembut dol, baiknnya akuu... laki aku selalu tanya duit dalam bank banyak tak ? laki aku selalu pesan duit dalam bank tu simpan jangan joli je keje... tapi aku ni cepat terpengaruh dengan orang, orang suka minta pinjam duit aku - aku ni pantang lak kasi je orang pinjam.. memang ramai yang tak bayar hutang aku ni- sampai aku pun lupa sapa yang aku kasi pinjam.. baik tul la aku.. tapi aku tak tahu lah aku halalkan tak sebab orang tu hanya pinjam dan hutang tu kena bayar.. Aku ni lebih baik kot dari PTPTN.. tak ada riba pun. kau pinjam 100 kau pulang 100 balik.
Aku sebenarnya tak heran pun - tapi bila dalam facebook kawan yang berhutang aku ni asyik updated status makan sedap-sedap, baju raya baru pun dah beli, lepas tu pergi travel sana sini bagai.. cakap tak ada duit tapi status ko membuatkan aku musykil.
Setiap kali aku minta duit yang kau pinjam kau asyik cakap benda sama je. Kau ingat aku tak cek ke ko punye FB status ? Kau updated status ko macam ko banyak duit, apa salahnya kau utamakan HUTANG ko dulu tu, kalo mati nanti SELAMATlah ko dari hutang ko tu.... dah nak dekat setahun ko pinjam duit aku... setiap kali aku minta Kau asyik cakap.. I bayar I bayar... boleh tak kasi 1 bulan lagi sekarang gaji tak ada la... Eiiii...
The reasons why aku nak balik duit aku sebab aku perlukan duit untuk aku bersalin nanti.. memang aku ada duit cukup tapi kalau boleh aku harap dari cukup tu biarlah berlebih untuk aku. sebab aku tak tahu apa akan jadi pada aku - mana tahu aku perlukan banyak duit ke untuk bersalin nanti- nak beli baju anak lagi.. ko buat- buat tak tahu je ea ?
Aku cerita kat MAK aku- mak aku cakap senang je HALAL kan je la.. Bapak kau dulu pinjamkan orang berpuluh-puluh ribu - orang tu tak pulang-pulangkan pun tak bayar pun sampai bapak kau malas dah nak amek tahu pasal hutang tu - aku rasa bapak aku tak heran sebab orang tu pun DAH MASUK dalam TANAH pun.. so nak harapkan anak-anak orang tu bayar ? Tak ada maknanyanlah- tunggu je la kat AKHIRAT... Astagfirullahazim aku ni - semoga orang tu bahagia la dalam KUBUR. tak sanggup aku @-@ seksaan KUBUR Allah Taala nie.
Sekarang ni memang susahlah disebabkan kawan aku tu berhutang ngan aku dan tak reti-reti nak bayar - So aku hanya mendiamkan diri jer la.. Aku minta gak kaunselor tolong aku.. MACAM MANA NAK MINTA HUTANG DARIPADA KAWAN , BFF and BLA BLA.. Dekat sini ada TIPS lahh yang boleh tolong aku minta hutang kat kawan aku tuh. Aku impot dekat sini nabeshnaim.blogspot.com dan aku impot dari http://kamalmustafa.com/cara-menuntut-hutang.html
1- Buat-buat nak pinjam duit.
Sekiranya si penghutang semacam buat-buat lupa yang dia berhutang dengan korang, cara paling lembut untuk meminta semula hutang tersebut adalah dengan mengadu masalah kewangan korang (reka-reka sikit pon takpe).Selesai jer buat aduan tu,korang pun cakap lah nak pinjam duit dengan diorang berjumlah sekian sekian (mengikut jumlah hutang tersebut). Selepas itu, korang pon buat-buat lah teringat yang dorang sebenanrnye ade hutang yang belum berbayar dengan korang. Contoh : “Aku dah migrain fikir mana nak cari duit. Kucing aku gena gastrik, nak hantar gi klinik. Boleh tak aku pinjam kau RM50?” Tanpa memberi sebarang peluang kepada penghutang untuk menjawab,korang harus cepat-cepat sambung ayat seterusnya. ” Eh baru aku teringat, hari tu kau pinjam RM50 belum bayar lagi kan?Hihi” *sambil mengedip-ngedip mata*
2-Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru penghutang
Korang harus sentiasa peka dengan perkembangan terbaru penghutang korang. Apabila korang dapat tahu bahawa penghutang mendapat kerja/memulakan praktikal/mendapat pinjaman PTPTN,JPA,MARA/elaun awal sem/masuk gaji/dapat bonus/menang wang tunai Power Root dan sebagainya, korang harus pantas membuat tindakan dengan menelefon atau berjumpa mereka untuk meminta hutang.
3- Jangan hilang jejak
Pastikan korang mempunyai maklumat lengkap tentang penghutang. Seperti alamat tempat tinggal sebenar, alamat semasa, no telefon terkini, akaun Facebook, YM/Skype, no telefon dan Facebook rakan-rakan serta bf/gf mereka. Lagi bagus kalau korang ada no telefon family dorang. Tak kira lah adik,akak,abang,mak,ayah.Sekiranya mereka menukar no telefon atau cuba lari dari korang,korang akan berjaya mengesan mereka melalui orang-orang ini. Dan jika penghutang memang bersikap lepas tangan dengan hutang tersebut, tak perlulah korang fikir 3-4 kali untuk memberitahu bf/gf dan family penghutang tentang perangai busuk mereka.
4 – Bergaul mesra dengan penghutang
Taktik ini juga adalah sejenis teknik halus untuk menuntut hutang. Rajin-rajinlah berbalas comment di Facebook dsb. Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra,korang bolehlah selitkan isu hutang tersebut. Sebagai contoh yang pernah aku lakukan di wall penghutang : Aku : Happy Birthday K !(bukan nama sebenar) Penghutang : Thank you. Mana hadiahnya? Aku : Alaa takde hadiah laa. Tak mampu nak bagi Penghutang : Cmne laa orang kaya boleh tak mampu pulak. Aku : Sebab ada orang tak bayar hutang kot. Cerita di atas ini adalah dari kisah realiti.
5- Ayat-ayat Hikmah
Sekiranya penghutang masih tak paham bahasa, sampailah masanya untuk gunakan taktik yang paling hardcore ini. Korang tak perlu pergi simbah cat merah kat rumah penghutang. Tak perlu baling bangkai ayam mahupun bom tangan buatan sendiri. Kadang-kadang dengan menggunakan perkataan sahaja, anda mampu menumpaskan penghutang tegar untuk membayar hutang anda. Post di status atau di wall penghutang ayat-ayat hikmah dan sebagainya sebagai bahan bacaan tambahan kepada penghutang. Contoh ayat bess yang aku jumpa : “orang yang berhutang di dunia dan sengaja tak langsaikannya, di akhirat nnt akan dibayar dengan pahalanya…kalau org berhutang tu pn xde pahala…harus menanggung dosa orang yang memberinya pinjaman…renung2kan..peringatan ntuk diri sendiri juga..” Kalau orang tu tak terasa jugak, memang penghutang tu selamber tahap mentibang laut.
6 – Jangan malu!
Sebenarnya TIPS ni pon aku masih tak try lagi, korang agak kalau aku tulis BLOG ni and kawan aku tuh baca- korang agak dia terasa tak.. yela orang perempuan.. kalau aku tulis blog ni sebab aku susah nak minta kat dia- dia pun amek sikap diam diri, buat-buat tak tahu yang dia ada hutang ngan aku.. AKU MALU kot nak minta kawan aku nie duit aku balik... dia ingat lama-lama aku akan HALALkan duit yang dia pinjam, seriously sapa yang pinjam barang aku atau duit aku memang aku NAK balik. yer la barang aku, penat-penat aku beruasaha untuk dapatkan sesuatu tu, kawan aku tuh boleh amek sambil lewa je ?
Yang ini mungkin cara terakhir untuk seseorang tu bayar hutang kita balik
Aku nak kongsi satu cara menuntut hutang yang dikongsikan oleh saudari Azlina Abdul Rahim pemilik blog linncomel.com. Beliau mengamalkan membaca doa dibawah.
“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”
(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. (Al-Anbiyaa : 87).
Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.
Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, tasbih di atas digunakan oleh Nabi Yunus Alaihissalam, Ketika ditelan ikan Nun. Cubalah petua diatas semoga anda dapat menuntut hutang anda kembali.
Aku tak tahu sama ada berkesan atau tak tpai aku mesti CUBA !! Aku nak beli barang untuk anak aku so aku kena mintak jugak !! Mesti berani !!
Good Luck Cik Limau !

2 ulasan :

  1. Terima kasih bagi tips yg sgt bagus.. saya pn sama la..suka bg hutang kt org...tp alhamdulillah mereka bayar molek.. tp skrg tgh bengang sbb ada org lggr kereta sy tp xnak bayar ganti rugi...

    BalasPadam
  2. sy pn ade masalah yg sama. kawan tu berhutang dr sy bujang. janji nk byr lps sebulan. sy pn x tuntut sbb mase tu xde nk pakai duit sgt.lgpn kesian dia xde keje lg mase tu.skrg ni rasenye dia dh stabil sket sbb dh keje ok.bile sy nk kawen mintaklah duit kt dia.asyik janji nk byr tp x byr2.pastu bile sy nk bersalin pn tuntut lg hutang kt dia.ayat yg same dia ckp.janji nk byr tp habuk pn xde.kol pn dia matikan.mmg sakit ati sgt.smpai penah 1 ari tu sy sms agak kasar dgn dia.bile tgk fb dia nmpak sgt dh senang skrg.bermanja2 ngn awek plak tu.nmpak gaya mcm nk kawwen dh.rs cam nk je gtau awek dia yg boifren kesayangan dia tu utang x byr2.bknnye sy mintak byr lumpsum.byr sket2 pn ape salahnye.skrg ni nk msk 3 thn dh dia wat bodo je.suami cuma ckp 'biarlah,nti dia dpt la balasan'. mane bole camtu kn.balasan tetap balasan tp hutang byr la.bkn sket2.byk tu.sy mmg xkan halalkan duit tu kalo dia x byr..
    skrg ni nk amalkan doa yg diberi.harap2 lembutlah hati si penghutang tu.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com