'Magical Moment with Lip Ice'

Kadang-kadang kita nak cantik, tapi 'some of us' memang keluar tak suka pakai 'lipstick' tebal-tebal, sebab rasa macam tak selesa, kalau pakai 'lip gloss' rasa macam melekit lebih-lebih lagi kalau rambut melekat kat situ, aiiih lagilah tak selesakan. So, Produk Lip Ice adalah pilihan yang terbaik untuk kalangan remaja macam kita. Lip Ice boleh didapati di farmasi yang berdekatan, tambahan pula terdapat dalam pelbagai perasa, warna, dan bentuk yang baik untuk penjagaan bibir seharian kita, maka dengan itu carilah pelembab bibir yang bersesuaian dengan bibir anda.

bestnya bibir sexy camnie :)


Kadang-kadang bila kita nak cepat, mesti terlupa nak pakai pelembab bibir. So, jangan lupa sediakan lip ice di mana-mana sahaja tak kiralah dalam kereta atau pun atas meja solek supaya memudahkan kita mencapai pelembab bibir nie, bukan apa, lebih-lebih dengan keadaan cuaca yang menentu sekarang nie, bibir mudah jadi kering. Pastikan bibir lembab supaya tidak mengelupas. Saya pernah mengalaminya masalah kulit bibir akibat terlalu kering.

Banyak-banyak pelembab bibir lipice, saya memang tak pernah 'miss out' sapukan lipice sheer color on my lip, memang banyak kebaikannya, contohnya :
-Tekstur yang Lembut
-Bebas dari Fragrance
-Memberi kesan merah jambu semula jadi yang cantik pada bibir. Ia hanya kelihatan seperti bibir ,tetapi lebih baik. Jika anda calitkan lagi, ia boleh memberikan anda bibir Fuchsia cerah.
-Bertukar warna mengikut suhu badan anda.
-Ia adalah pelembab yang amat lembut di bibir anda.
-Tahan lama pada bibir.
-Tidak mempunyai sebarang bau atau rasa perasa.
-Tidak begitu berkilat.

Berbalik pada tajuk asal kita iaitu 'Magical Moment with Lipice.' Jika nak di ingatkan memang banyak la pengalaman yang 'sweet sweet' berlaku bila pelembab bibir lip ice melekat di bibir ni.
Tapi saya nak cerita satu kisah yang memang terpahat di hati.

Masa zaman persekolahan dulu, memang tak boleh pakai alat solek, kalau nampak dek cikgu perempuan 'confirm' kena 'banned.' Saya ni memang jenis suka akan alat solek, lebih-lebih lagi masa tingkatan 5, saya minat dekat seorang guru praktikal lelaki ni, aih cam mane boleh minat sangat pun saya tak tahu. Tapi dia tak minat saya pun. Setiap kali dia balik dari bertugas sebagai guru praktikal, saya sanggup tunggu di pintu jaga untuk ucapkan selamat tinggal. Dia hanya membalas dengan senyuman sinis. | LOL | Oh, hatiku hancur. ;(

Dalam masa beberapa minggu, cikgu ni ditugaskan untuk mengganti cikgu yang dalam 'pantang' as a cikgu fizik kot, Oh dah lama tinggal, so dah lupa cikgu tu ajar apa, tapi dia pernah ajak untuk personal pembelajaran, dia tolong ajarkan 'addmath.' Waktu tu memang Happy wooh, tak sangka dia nak buat personal kelas, Ape lagi masa pergi, sapu lip ice on my lip la, Huhuhuhhuh.

Sampai jer kat sekolah untuk kelas personal, mata cikgu tuh tak pernah lari dari menatap bibir yang tak ayu nie. Sampai dia boleh kata, ' tak tahu pulak bibir kamu warna merah macam ni, sweet.' Oh, seriously malu ! :(

Sampai la ke hari ini saya tak pernah lupakan detik-detik manis bersama Cikgu tersebut. Dan kini kami masih berhubung walaupun telah lama saya terpisah dengan beliau. -The end-
Oh wait-wait, stories masih belum habis lagi !
Tapi ni berkaitan dengan hadiah-hadiah yang saya menang di Lip Ice !
Memang seronok sebab LIP ICE selalu anjurkan 'contest-contest' yang menarik sehingga dapat bersama-sama dengan artis popular iaitu 'Lisa Surihani.'

Sejak pakai Lip Ice ni hidup saya berubah dan saya sentiasa berasa CERIA selalu !
So ini lah PALING MAGIK untuk saya bila saya dapat berparti bersama-sama GIRLS yang lain and also WITH LISA SURIHAINI !
Anywhere GUYS my advice ! If you want sweet moment happens in your life !

JUST DO NOT FORGET TO USE LIP ICE AS YOUR LIPSTICK, LIPBALM & LIPGLOSS !

I know LIP ICE is really worth !

And kerana dirimu memang berharga.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com